Selasa, 12 Julai 2016

Soalan Pengunjung, Vermikompos

Soalan Pengunjung,
Salam en Iskandar.  Ramai yang sebut tentang vermikompos.  Boleh tak bagi pencerahan?
------------
Waalaikum salam.
Boleh.
Vermi maksudnya cacing tanah, cacing tinja, ... kompos ialah bahan organik yang telah terurai.
Jadi vermikompos ialah bahan yang terhasil daripada proses penguraian bahan organik oleh cacing tanah atau cacing tinja.  Bahan tersebut disebut heterogenus, yang bermaksud telah terurai atau teradun dengan sekata, sebab sumber bahan organik adalah pelbagai, misalnya sisa sayur, kertas, daun kering, serta sisa kebun.  Semuanya dicerna oleh cacing menghasilkan bahan seperti serbuk kopi, tidak lagi dalam bentuk asal.
Vermikompos sebenarnya ialah tinja cacing, yang kaya dengan nutrien dalam bentuk yang ringkas yang dapat diserap oleh tumbuhan.  Nutrien tersebut mampu meningkatkan keupayaan tanah menyimpan air, melembutkan tanah, serta mudah larut di dalam air, jadi mudah diserap oleh tanaman kerana tanaman menyerap nutrien dalam bentuk larutan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan