Kelembapan tanah memainkan peranan penting dalam pertumbuhan tanaman. Jika menanam dalam bekas, air yang boleh diserap oleh tanaman adalah air yang kita siram. Ini kerana jika bekas kering, tanaman tidak akan mendapat air. Tidak seperti menanam di atas tanah, jika anda tidak menyiram, akar boleh merayap jauh mencari air.
Tapi kalau disiram lebih, tak elok juga kerana tanah menjadi terlalu basah boleh menyebabkan akar reput. Akar yang reput tak dapat serap air. jadi pokok mati kehausan walaupun anda dah siram.
Jumlah air dapat dikawal dengan menebuk lubang, serta menggunakan adunan tanah yang serasi.
Kalau uji tanah dengan meter uji tanah, ia akan menunjukkan bacaan Normal jika kelembapan tanah serasi dengan tanaman. Anda tak perlu miliki meter tersebut, memadai ikut arahan yang diberi dalam ebook "Berkebun Di Dalam Kotak Gabus, Langkah Demi Langkah."
Jangan lupa, dapatkan ebook tersebut.
Hello en Iskandar, saya Tai, saya ingin beli benih terung pipit, Dan saya Di beritahu en Iskandar ada stock tidak lama lagi.
BalasPadamYa, tunggu dalam 2 minggu lagi.
Padam