Halaman

Cari Blog Ini

Rabu, 13 Julai 2016

Berkebun Di Dalam Kotak Gabus, pH Tanah

Dalam aktiviti berkebun dalam bekas, adunan tanah perlu serasi kerana ia mempengaruhi pH tanah. Kenapa pH tanah penting? ia menentukan samada tanaman dapat atau gagal menyerap nutrien kerana nutrien yang diserap adalah dalam bentuk zarah-zarah bercas yang disebut ion. Jika tanah terlalu bersid atau beralkali, ia akan mengunci nutrien dan menyebabkan tanaman gagal menyerap nutrien tersebut. Sebab itulah jika pH tak serasi, letak banyak mana pun baja, pokok tetap seperti tidak dibaja.

pH yang serasi yang lazim untuk tanaman sayur adalah antara 5.5 hingga 6.8 (ikut jenis tanaman).
Adunan yang disarankan dalam ebook "Berkebun Di Dalam Kotak Gabus, Langkah Demi Langkah" menghasilkan tanah dengan pH yang serasi iaitu 6.5. Walaupun anda tidak memiliki meter uji tanah, jika ikut arahan yang diberi, insyaAllah anda akan dapat sediakan tanah dengan pH yang serasi.

Bacaan Meter Uji Tanah menunjukkan pH tanah serasi dengan tanaman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan