TanamSendiri.com adalah blog tentang berkebun di rumah. Selain daripada maklumat, anda juga boleh dapatkan benih serta perkakas berkebun di rumah. Hubungi kami melalui emel [email protected]
Ahad, 31 Julai 2016
Soalan Pengunjung -- Baja Kimia dan Cacing Tanah
Labels:
baja kimia,
cacing tanah,
soalan pengunjung
Ahad, 24 Julai 2016
Gambar Hari Ini -- Tanaman Di Dalam Kotak Gabus
Rabu, 13 Julai 2016
Berkebun Di Dalam Kotak Gabus, Kelembapan Tanah
Kelembapan tanah memainkan peranan penting dalam pertumbuhan tanaman. Jika menanam dalam bekas, air yang boleh diserap oleh tanaman adalah air yang kita siram. Ini kerana jika bekas kering, tanaman tidak akan mendapat air. Tidak seperti menanam di atas tanah, jika anda tidak menyiram, akar boleh merayap jauh mencari air.
Tapi kalau disiram lebih, tak elok juga kerana tanah menjadi terlalu basah boleh menyebabkan akar reput. Akar yang reput tak dapat serap air. jadi pokok mati kehausan walaupun anda dah siram.
Jumlah air dapat dikawal dengan menebuk lubang, serta menggunakan adunan tanah yang serasi.
Kalau uji tanah dengan meter uji tanah, ia akan menunjukkan bacaan Normal jika kelembapan tanah serasi dengan tanaman. Anda tak perlu miliki meter tersebut, memadai ikut arahan yang diberi dalam ebook "Berkebun Di Dalam Kotak Gabus, Langkah Demi Langkah."
Jangan lupa, dapatkan ebook tersebut.

Berkebun Di Dalam Kotak Gabus, pH Tanah
Dalam aktiviti berkebun dalam bekas, adunan tanah perlu serasi kerana ia mempengaruhi pH tanah. Kenapa pH tanah penting? ia menentukan samada tanaman dapat atau gagal menyerap nutrien kerana nutrien yang diserap adalah dalam bentuk zarah-zarah bercas yang disebut ion. Jika tanah terlalu bersid atau beralkali, ia akan mengunci nutrien dan menyebabkan tanaman gagal menyerap nutrien tersebut. Sebab itulah jika pH tak serasi, letak banyak mana pun baja, pokok tetap seperti tidak dibaja.
pH yang serasi yang lazim untuk tanaman sayur adalah antara 5.5 hingga 6.8 (ikut jenis tanaman).
Adunan yang disarankan dalam ebook "Berkebun Di Dalam Kotak Gabus, Langkah Demi Langkah" menghasilkan tanah dengan pH yang serasi iaitu 6.5. Walaupun anda tidak memiliki meter uji tanah, jika ikut arahan yang diberi, insyaAllah anda akan dapat sediakan tanah dengan pH yang serasi.

![]() |
Bacaan Meter Uji Tanah menunjukkan pH tanah serasi dengan tanaman. |
Labels:
Berkebun Di Dalam Kotak Gabus,
ebook,
pH tanah
Selasa, 12 Julai 2016
Soalan Pengunjung, Vermikompos
Soalan Pengunjung,
Salam en Iskandar. Ramai yang sebut tentang vermikompos. Boleh tak bagi pencerahan?
------------
Waalaikum salam.
Boleh.
Vermi maksudnya cacing tanah, cacing tinja, ... kompos ialah bahan organik yang telah terurai.
Jadi vermikompos ialah bahan yang terhasil daripada proses penguraian bahan organik oleh cacing tanah atau cacing tinja. Bahan tersebut disebut heterogenus, yang bermaksud telah terurai atau teradun dengan sekata, sebab sumber bahan organik adalah pelbagai, misalnya sisa sayur, kertas, daun kering, serta sisa kebun. Semuanya dicerna oleh cacing menghasilkan bahan seperti serbuk kopi, tidak lagi dalam bentuk asal.
Vermikompos sebenarnya ialah tinja cacing, yang kaya dengan nutrien dalam bentuk yang ringkas yang dapat diserap oleh tumbuhan. Nutrien tersebut mampu meningkatkan keupayaan tanah menyimpan air, melembutkan tanah, serta mudah larut di dalam air, jadi mudah diserap oleh tanaman kerana tanaman menyerap nutrien dalam bentuk larutan.

soalan pengunjung,
vermicomposting,
vermikompos
Khamis, 7 Julai 2016
Sayur apa sesuai untuk beginner?
Selasa, 5 Julai 2016
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Tuaian terakhir bulan ramadan untuk berbuka. Alhamdulillah.
Baby kailan, betul betul kailan, kohlrabi dan radish.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri.

Isnin, 4 Julai 2016
Jaga Tanah
Macamana nak jaga tanah?
Bila tanah dah ok, pokok dihasilkan subur, kekalkan tanah tersebut.
1. Kekalkan kelembapan tanah. Siram sekurang-kurangnya 5 cm air seminggu jika tak hujan. Jika tanam dalam pasu atau bekas, siram setiap pagi, sekurang-kurangnya sekali sehari.
2. Jangan cangkul tanah kerana ia akan membunuh atau menaglih hidupan di dalam tanah. Ia juga memecahkan strukitur tanah. Menyangkul hanya di peringkat awal ketika menyediakan tanah. Selepas itu, jangan menyangkul lagi.
Jadi, mudah aja nak jaga tanah.
1. siram, 2. Dah elok, jangan cangkul. 3. Topup karbon bila tuai.
Untuk bacaan lanjut, sila dapatkan eBook "Menanam Secara Organik Di Rumah". Whatsapp 0183601610 untuk dapatkannya.

Tanah yang elok kaya dengan bahan organik. |
3. Topup dengan menambah kompos atau baja organik setiap kali selepas menuai. Jika tuai sekilo, topup sekilo baan organik. Ini untuk kekalkan kesinambungan dalam sistem tanah.
![]() |
Gambar Puteri (anak bongsu) dengan tuaian bayam yang subur. |
Jadi, mudah aja nak jaga tanah.
1. siram, 2. Dah elok, jangan cangkul. 3. Topup karbon bila tuai.
Untuk bacaan lanjut, sila dapatkan eBook "Menanam Secara Organik Di Rumah". Whatsapp 0183601610 untuk dapatkannya.
Ahad, 3 Julai 2016
Petua Menanam Secara Organik
Jika menanam secara organik, untuk dapat tanaman yang subur, mudah aja. Anda hanya perlu jaga tanah.
----------------
Apabila tanah subur, pelbagai hidupan dalam tanah akan membiak. Ia akan makan baja organik serta sisa tanaman dan menguraikannya mejadi nutrien yang boleh diserap oleh tanaman secara terus. Hidupan besar seperti cacing tanah akan mengorek tanah menghasilkan ruang untuk oksiden dan menyimpan air. Jadi jika kita jaga tanah, sistem tanah itu sendiri akan jaga tanaman kita.
Jika kita guna baja kimia dan pestisid, kita tak jaga tanah, sebab ada hidupan di dalam tanah akan mati.
Petua ringkas tanamsendiri.com, Sila Share.
Sabtu, 2 Julai 2016
Petua Tanam Tomato
Langgan:
Catatan (Atom)