Khamis, 5 Mei 2016

Teh Kompos

Teh kompos atau Compost Tea adalah cecair larutan kompos yang kaya dengan nutrien terlarut serta organisma yang mesra tanaman.  Anda boleh buat sendiri bancuhan teh kompos menggunakan bahan sedia ada, atau dapatkan uncang teh kompos daripada kami.

Teh kompos yang dihasilkan boleh dicairkan dan disiram ke atas tanaman dua hari sekali untuk menghasilkan tanaman yang subur dengan daun yang besar, rangup atau buah yang lebat dan ranum.

Gunakan air yang bebas klorin untuk pastikan mikrob di dalam teh kompos tidak mati.
Celup uncang teh kompos dan kacau campuran.  Jika campuran berbau busuk, itu tanda kekurangan oksigen.  Kacau campuran dengan lebih kerap, atauy pasang pam buih sebagaimana berikut.

Alatan dan Bahan
1. baldi saiz sederhana berisi air paras 3/4 baldi
2. pam udara saiz kecil
3. 3 tiub/salur udara, panjang 60 cm setiap satu
4. 1 tiub/salur penyambung udara, 15 cm
5. 3 batu buih
6. 3 klip saiz sederhana
7. splitter dari 1 salur ke 3 salur
8. uncang teh kompos



Cara Membancuh Teh Kompos
1. Sambungkan salur penyambung 15 cm daripada pam udara ke splitter.
2. Sambungkan 3 salur penyambung 60 cm ke splitter sebagaimana ilustrasi di bawah.
3. Pasangkan batu buih di setiap hujung salur.
4. Klip salur supaya batu buih berada di dasar baldi yang berisi air.
5. Masukkan uncang kompos dan hidupkan pam.
6. Biarkan udara dipam ke dalam baldi selama 48 jam.
7. Perhatikan cecair teh kompos.  Sepatutnya ia berwarna perang atau warna teh dengan bau tanah.  Jika berbau busuk seperti telur tembelang, buang teh kompos dan buat yang baru. Teh kompos yang elok berbau tanah.
8. Tuang teh kompos ke dalam bekas siraman kira-kira 1/4 paras bekas penyiram,
9. Tambahkan air sehingga 3/4 bekas.
10. Siram tanaman 2 hari sekali menggunakan teh kompos.

11. Tuang lebihan teh kompos dari dalam baldi ke dalam botol dan simpan untuk siraman seterusnya.  Jangan tutup rapat botol teh kompos.
12. Kembalikan tanah teh kompos ke tanah dan isikan bunjut dengan tanah kompos yang baru. Ulangi langkah 1 hingga 11.


12 ulasan:

  1. Info yang amat menarik. Terima kasih En Iskandar!

    BalasPadam
  2. Maknenye cume perlu hidupkan pam udara utk proses buat teh kompos shaja la ye...lepas siap...tak perlu pam udara lagi dan boleh trus disimpan didalam botol...tp perlu disimpan ditempat gelap atau cerah....boleh tak klu saya lubangkan penutup botol....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Seeloknya teh kompos digunakan segera. Jika ingin simpan, jangan tutup hingga kedap udara. Kita tak mahu penguraian tanpa udara (anaerobik) berlaku untuk mengelakkan gas berbau busuk (hidrogen sulfida) dibebaskan.

      Padam
  3. very interesting and sounds easy. terima kasih banyak2x

    BalasPadam
  4. assalamualaikum encik is,splitter ni nak dpat kat mane?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikum salam.
      Biasanya splitter ada dijual di kedai akuarium.

      Padam
  5. Boleh tak kalau saya larutkan kompos, tapis akhirnya air itu saya pasang tubing udara bubbling mcm dalam akuarium tu saja. Cukup tak?

    BalasPadam
  6. En is, bgaimna ada kaedh yg tnpa mggunkn bubbling dan cuma perlu dikacau sekali sekala, effektif juga kan?

    BalasPadam
  7. Yasmin, boleh juga kacau setiap dr 1 jam tp penat la.

    BalasPadam