TanamSendiri.com adalah blog tentang berkebun di rumah. Selain daripada maklumat, anda juga boleh dapatkan benih serta perkakas berkebun di rumah. Hubungi kami melalui emel [email protected]
Selasa, 31 Mei 2016
Tawaran Benih Hari Ini
Bayam Merah Autumn Makin Galak Pertumbuhannya
Akuaponik, berkait dengan ternak ikan dan menanam sayur
Isnin, 30 Mei 2016
Jumaat, 27 Mei 2016
Manfaat Herba Berbunga Sebagai Pemanggil Serangga Pendebunga
Labels:
beluntas,
herba,
lebah,
serangga pendebunga,
video channel tanamsendiri
Khamis, 26 Mei 2016
Selasa, 24 Mei 2016
Tuaian Hari Ini -- Bendi, Terung, Sawi, Ginseng Jawa, dan Radish
Tuaian hari ini, untuk makan tengahari.
Kalaulah ambe tak menyemai bendi 12 minggu yang lalu, sawi dan radish bulan lepas, terung 4 bulan yang lalu, tak dapatlah ambe menikmati sayur segar tengahari ini.
Kalaulah ambe tak menyemai bendi 12 minggu yang lalu, sawi dan radish bulan lepas, terung 4 bulan yang lalu, tak dapatlah ambe menikmati sayur segar tengahari ini.
Isnin, 23 Mei 2016
Tuaian Hari Ini -- Bayam Amaranth
Bayam amaranth |
Bayam amaranth yang dituai dan dimasak segar rangup. Yang ini kami buat rencah mee hoon. Puas hati makan makanan tanamsendiri.
Labels:
adik-beradik,
bayam amaranth,
tuaian hari ini
Pokok Basil (Tulasi) Untuk Melawan Serangga Perosak
Video menunjukkan pokok tulasi yang menarik lalat buah jantan hingga berkerumun di atas daunnya.
Minggu ini saya akan adun semula cecair untuk kertas umpan lalat buah. Anda letakkan kertas unpan di dalam botol mineral yang digunting sisinya untuk dibuat perangkap. Pasang perangkap sebelum lalat buah menyuntik sayur buah yang anda tanam. Anda boleh pesan kertas umpan lalat buah sekarang. Harga sama, satu pek 5 kertas umpan hanya RM10.
Kendalian poslaju untuk satu penghantaran ialah RM10. Whatsapp 0183601610 untuk buat pesanan.
Labels:
herba,
lalat buah,
perangkap lalat buah,
serangga perosak
Ahad, 22 Mei 2016
Tawaran Hari Ini Sahaja
Sabtu, 21 Mei 2016
Jumaat, 20 Mei 2016
Khamis, 19 Mei 2016
Pembeli Tawarkan, Kalau OK, Proceed
Rabu, 18 Mei 2016
Khamis, 12 Mei 2016
Tanamsendiri Bendi
Labels:
bendi,
kacang lendir,
okra,
tanamsendiri bendi
Rabu, 11 Mei 2016
Ahad, 8 Mei 2016
Benih Moringa Dari Jauh Dah Bercambah
Musim Hujan
Hujan menandakan rezeki yang melimpah, terutamanya kepada serangga. Masa inilah seranggah akan mula membiak. Kenduri kahwin, tanaman kitalah akan menjadi mangsa. Tapi tak perlu risau, serangan hanya sementara.
Jumaat, 6 Mei 2016
Benih Percuma Bulan Mei
Khamis, 5 Mei 2016
Teh Kompos
Teh kompos atau Compost Tea adalah cecair larutan kompos yang kaya dengan nutrien terlarut serta organisma yang mesra tanaman. Anda boleh buat sendiri bancuhan teh kompos menggunakan bahan sedia ada, atau dapatkan uncang teh kompos daripada kami.
Teh kompos yang dihasilkan boleh dicairkan dan disiram ke atas tanaman dua hari sekali untuk menghasilkan tanaman yang subur dengan daun yang besar, rangup atau buah yang lebat dan ranum.
Teh kompos yang dihasilkan boleh dicairkan dan disiram ke atas tanaman dua hari sekali untuk menghasilkan tanaman yang subur dengan daun yang besar, rangup atau buah yang lebat dan ranum.
Gunakan air yang bebas klorin untuk pastikan mikrob di dalam teh kompos tidak mati.
Celup uncang teh kompos dan kacau campuran. Jika campuran berbau busuk, itu tanda kekurangan oksigen. Kacau campuran dengan lebih kerap, atauy pasang pam buih sebagaimana berikut.
Alatan dan Bahan
1. baldi saiz sederhana berisi air paras 3/4 baldi
2. pam udara saiz kecil
3. 3 tiub/salur udara, panjang 60 cm setiap satu
4. 1 tiub/salur penyambung udara, 15 cm
5. 3 batu buih
6. 3 klip saiz sederhana
7. splitter dari 1 salur ke 3 salur
8. uncang teh kompos
1. Sambungkan salur penyambung 15 cm daripada pam udara ke splitter.
2. Sambungkan 3 salur penyambung 60 cm ke splitter sebagaimana ilustrasi di bawah.
3. Pasangkan batu buih di setiap hujung salur.
4. Klip salur supaya batu buih berada di dasar baldi yang berisi air.
5. Masukkan uncang kompos dan hidupkan pam.
6. Biarkan udara dipam ke dalam baldi selama 48 jam.
7. Perhatikan cecair teh kompos. Sepatutnya ia berwarna perang atau warna teh dengan bau tanah. Jika berbau busuk seperti telur tembelang, buang teh kompos dan buat yang baru. Teh kompos yang elok berbau tanah.
8. Tuang teh kompos ke dalam bekas siraman kira-kira 1/4 paras bekas penyiram,
9. Tambahkan air sehingga 3/4 bekas.
10. Siram tanaman 2 hari sekali menggunakan teh kompos.
11. Tuang lebihan teh kompos dari dalam baldi ke dalam botol dan simpan untuk siraman seterusnya. Jangan tutup rapat botol teh kompos.
12. Kembalikan tanah teh kompos ke tanah dan isikan bunjut dengan tanah kompos yang baru. Ulangi langkah 1 hingga 11.
Tentang Ulasan
Kebanyakan ulasan (comment) dalam bentuk soalan yang diajukan adalah daripada rakan-rakan yang benar-benar tidak tahu tentang perkara yang berkait dengan home gardening. Kadang-kadang saya lambat semak blog, jadi ada orang yang akan tolong jawabkan. Namun begitu ada tone jawapan yang merendahkan rakan yang bertanya.
Sebenarnya saya kurang senang dengan orang yang tolong jawabkan tetapi seolah-olah merendahkan orang yang bertanya. Tolong, jika ingin bantu, jangan jawab soalan dengan nada yang merendahkan orang yang bertanya. Jika anda menggunakan nada yang merendahkan orang lain, ulasan anda dihapuskan.
Sebenarnya saya kurang senang dengan orang yang tolong jawabkan tetapi seolah-olah merendahkan orang yang bertanya. Tolong, jika ingin bantu, jangan jawab soalan dengan nada yang merendahkan orang yang bertanya. Jika anda menggunakan nada yang merendahkan orang lain, ulasan anda dihapuskan.
Langgan:
Catatan (Atom)