Halaman

Cari Blog Ini

Khamis, 10 Mac 2016

Menyemai Benih Di Musim Panas

Benih perlukan haba untuk aktiviti percambahan.  Lebih tinggi suhu, lebih tinggi kadar percambahan.  Bagaimanapun, jika suhu terlalu tinggi benih akan menjadi tidak aktif (dorman) dan jika disemai, kebiasaan benih tidak bercambah.

Untuk pastikan kadar percambahan tinggi, semai di tempat yang tidak terlalu panas, seeloknya di tempat yang suhu persekitaran tidak mencecah 33 darjah Celsius.  Di waktu begini saya letak bekas semaian di tempat teduh yang mempunyai aliran udara yang bebas.  Untuk pastikan medium semaian tidak kering, saya letakkan bekas semaian di dalam dulang takungan air dan di waktu pagi diisi air sedalam 2.5 cm.

Apabila benih bercambah, saya kurangkan aras takungan air secara perlahan-lahan daripada 2.5 cm kepada 1 cm.  Jika cambahan tumbuh lonjong (terlebih tinggi) walaupun cahaya persekitaran mencukupi, itu tanda cambahan berada di tempat yang terlalu panas.  Alih ke tempat cerah yang tidak mempunyai suhu yang tertalu tinggi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan