Rabu, 16 Mac 2016

Jika pertumbuhan tanaman terbantut...

Jika pertumbuhan tanaman terbantut, ada kemungkinan bukan sebab kekurangan baja tetapi kerana persekitaran menghalang tanaman menyerap nutrien.  Jadi, jangan terus tambah baja, sebaliknya cari punca masalah tersebut.  Mulakan denagn menyukat pH tanah.



Jika pokok kelihatan kurang nutrien tetapi tanah kaya dengan baja, jangan ditambah baja. Mungkin pokok tidak subur kerana ia gagal serap nutrien.Periksa pH. Pokok akan serap nutrien jika tanah terlalu berasid atau beralkali. Jika pH punca masalah, tambah bahan yang mampu pulihkan pH tanah.
Posted by tanamsendiri.com on Tuesday, March 15, 2016

6 ulasan:

  1. Salam En. Iskandar...saya selalu menghadapai masalah setelah mengalihkan anak pokok cili padi/burung selepas disemai.pokok akan jadi terbantut dan daunnya bergulung? apakah puncanya? saya memang tidak tahu bagaimana untuk menyukat pH tanah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Daun cili bergulung, biasanya disebabkan serangan penyakit, tanda pokok lemah. Ini mungkin terjadi sebab ketika mengalih anak pokok ambil masa untuk pulihkan akarnya. Ketika ini patogen iaitu kuman penyakit atau serangga perosak akan ambil kesempatan.
      Alih sebelah petang. kalau boleh 4 hari pertama lindung dulu pokok, supaya kadar kehilangan air tidak terlalu banyak. Apabila akar dah settle semuanya akan ok, kecuali jika keadaan tanah kurang serasi.

      Padam
  2. Salam en. Iskandar. Daun pokok cili saya sering di serang warna2 putih di bahagian belakang daunnya. Lama kelamaan daun2 pokok cili itu akan kekuningan dan gugur. Bagaimana saya nak mengatasi masalah ini. Pokok cili saya ini cili scoth bonnet/cili hantu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kemungkinan besar serangan lalat putih.
      Biasanya lalat putih menyerang pokok yang pernah kekeringan selama beberapa hari.
      Kerat daun dan ranting yang telah diserang. Tambah baja dan siram sebelum pokok layu.

      Padam
    2. Terima kasih! en Iskandar.

      Padam
  3. Mcm mana nak semai pokok cili,sy semai ianya tumbuh setakat 2 helai daun je,lama kelamaan ianya mati

    BalasPadam