Halaman

Cari Blog Ini

Khamis, 11 Februari 2016

Status tanamsendiri.com

Status Penghantaran Benih
Alhamdulillah, hari ini kami dapat sempurnakan kiriman yang terbengkalai sebelum CNY.  Kepada pembeli yang telah menerima no trekking, tetapi masih belum menerima kiriman, insyaAllah akan terima benih yang dipesan tak lama lagi.

Saya juga sedang memproses enkuiri serta pesanan yang dibuat beberapa hari sebelum CNY serta ketika cuti CNY.  Saya harap rakan-rakan dapat bersabar kerana jumlah enkuiri adalah luar biasa banyaknya.  Saya akan cuba sempurnakan seorang demi seorang.  Diharap dapat bersabar.
Kami bersyukur dan menghargai sokongan rakan-rakan yang datang dalam pelbagai cara.  Kami akan cuba sempurnakan dalam masa yang terdekat.

Saya juga merasakan bahawa sasaran kami telah tercapai.  Tibalah masanya untuk kami mengensot ke sasaran yang seterusnya.  Oleh itu, mulai hari ini saya tidak akan lagi menerima pesanan benih yang baru.  Kami akan hanya sempurnakan pesanan benih serta enkuiri sebelum ini.  Pesanan daripada enkuiri yang baharu tidak akan diterima.

Kami akan cuba sempurnakan semua pesanan benih.  Pesanan anak pokok pula akan disempurnakan apabila anak pokok sedia untuk dikirim.  Kepada rakan-rakan yang memesan anak pokok, ia akan dikirim apabila anak pokok sedia nanti.  Di harap rakan-rakan dapat bersabar.

Selepas ini kami akan teruskan dengan aktiviti berkebun di rumah, aktiviti penulisan buku dan ebook serta training.  Kami juga akan terus memuat naik video ke dalam laman ini, group "Menanam Secara Organik Di Rumah," serta laman utama tanamsendiri.com.  Untuk waktu ini kami masih terhutang dua ebook, iaitu "Cendawan Tiram Dari Dapur" dan "Minyak Kelapa Dari Dapur."  Ebook tersebut terbengkalai kerana proses berpindah rumah, dan akan disegerakan selepas ini.  Dah ramai yang membuat pesanan awal, dan mereka amat bersabar dan telah lama menunggu.  InsyaAllah kami akan cuba sempurnakan ebook tersebut dengan kadar yang terdaya.

Anda boleh membantu kami dengan membeli buku, ebook, benih tawaran, serta mengikuti aktiviti yang kami usahakan.

5 ulasan:

  1. Semoga sukses & order baru untuk benih dibuka secepat mungkin. Saya baru pindah rumah,tanah tepi luas sikit..teruja nak tanam pokok sendiri..apakan daya,nursery pun masih tutup cuti tahun baru cina

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kami ingin tumpu pada bidang penulisan dan aktiviti hands-on di perkarangan rumah. Tentang benih, kami akan fikirkan penyelesaiannya sebab untuk berkebun masih perlukan benih.

      Padam
  2. Aduhai... kenapa tuan tak terima lagi pesanan benih? sob3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kami cuba ikut perancangan yang kami buat. Selepas sasaran tercapai kami melangkah ke stage yang berikutnya. Tentang benih, tak perlu risau. Kami akan fikirkan penyelesaiannya.
      Sebenarnya ini bukan berita buruk. Ia sesuatu yang baik untuk rakan-rakan.

      Padam
  3. Ala..En.Is sy baru nk buat pesanan benih. Huhu..terpaksa menunggu lah nmpk nya ya..:-(

    BalasPadam