Halaman

Cari Blog Ini

Ahad, 21 Februari 2016

Tuaian Hari Ini -- Cili

Tuaian hari ini, untuk dibuat minyak cili.
Pedas ni.  Ketika awal berbuah dahulu, rasanya tidak pedas langsung.  Sekarang, sebulan kemudian, rasanya amat pedas.

Tuaian cili padi. 

Khamis, 18 Februari 2016

Tawaran Bulan Febuari

TAWARAN BULAN FEBUARI
Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini kami telah berhenti jual benih secara runcit runcit kerana ia memakan masa yang terlalu lama, untuk luangkan masa supaya kami boleh teruskan dengan perancangan seterusnya.
Kami akan tawarkan benih secara pakej dengan harga yang murah untuk terus membantu rakan-rakan mendapat benih yang lazim supaya dapat menjalankan aktiviti berkebun seperti biasa.
Kami memilih cara ini kerana ia tidak mengambil masa yang lama untuk packing dan masa yang terluang dapat digunakan untuk kami teruskan aktiviti lain dalam sasaran kami.
Untuk bulan ini kami tawarkan 20 pek benih daripada 10 jenis sayuran baka OP, iaitu baka kampung (pendebungaan terbuka) yang serasi dengan iklim di Negara kita yang panas dan lembap.  Untuk stage pertama, kami telah sediakan hanya 100 sampul benih.
Sampul mengandungi
1.  3 jenis sayur buah, iaitu terung, tomato dan cili,
2.  4 jenis sayur daun, iaitu sawi bunga, sawi renek, kailan, dan kangkung, dan
3.  3 jenis herba, iaitu aromatic basil, flat-leafed parsley, dan kucai. 

Nilai sebenar benih bersama kendalian poslaju ialah RM59.  Jumlah yang perlu dibayar hanya RM20.  Kiriman akan dibuat bermula hari Rabu depan.

Cara memesan:
Buat bayaran RM20 ke akaun yang diberi.
Kemudian emel atau whatsapp ( Emel maklumat ke [email protected] atau whatsapp 01127005586) bukti bayaran, atau berikan nama bank pembayaran, jumlah bayaran, serta waktu bayaran. Berikan Nama penerima, alamat penerima, serta HP atau emel penerima (untuk urusan poslaju).
Nyatakan juga bilangan sampul yang dipesan, serta taipkan 'TAWARAN FEBUARI'.
Emel maklumat ke [email protected] atau whatsapp 01127005586 . 
Saya akan mula memuat naik satu siri video contoh cara kami menyemai benih benih tersebut. 
Buat bayaran melalui mana-mana akaun berikut.
Iskandar ab Rashid
Affin 205470241951, atau
BSN Giro 1010929000080825, atau
Bank Islam 12092020181754
atau
Zaitun Ismail
CIMB
7017583738
Abdul Rahman bin Iskandar
Maybank
162441150114
atau bayar ke akaun PayPal
[email protected]
Ketika membuat bayaran gunakan maklumat berikut:
Recipient email:  [email protected]
Recipient Mobile: 01127005586

Rabu, 17 Februari 2016

Tawaran Benih

Jangan lupa semak posting esok. Ada tawaran benih.
Benih baharu baka kampung. 10 jenis, 20 pek. Harga biasa RM40, dengan kendalian poslaju RM50.

Kami pek 100 sampul sahaja. Hanya perlu bayar RM20.
Jangan lupa, esok.

Sabtu, 13 Februari 2016

Aktiviti petang sabtu

Beginilah cara kami sekeluarga mengisi masa lapang di hujung minggu. Hari ini, clear perkarangan rumah untuk aktiviti berkebun.

Sebagai bonus, dapat makan sayur segar.

Khamis, 11 Februari 2016

Status tanamsendiri.com

Status Penghantaran Benih
Alhamdulillah, hari ini kami dapat sempurnakan kiriman yang terbengkalai sebelum CNY.  Kepada pembeli yang telah menerima no trekking, tetapi masih belum menerima kiriman, insyaAllah akan terima benih yang dipesan tak lama lagi.

Saya juga sedang memproses enkuiri serta pesanan yang dibuat beberapa hari sebelum CNY serta ketika cuti CNY.  Saya harap rakan-rakan dapat bersabar kerana jumlah enkuiri adalah luar biasa banyaknya.  Saya akan cuba sempurnakan seorang demi seorang.  Diharap dapat bersabar.
Kami bersyukur dan menghargai sokongan rakan-rakan yang datang dalam pelbagai cara.  Kami akan cuba sempurnakan dalam masa yang terdekat.

Saya juga merasakan bahawa sasaran kami telah tercapai.  Tibalah masanya untuk kami mengensot ke sasaran yang seterusnya.  Oleh itu, mulai hari ini saya tidak akan lagi menerima pesanan benih yang baru.  Kami akan hanya sempurnakan pesanan benih serta enkuiri sebelum ini.  Pesanan daripada enkuiri yang baharu tidak akan diterima.

Kami akan cuba sempurnakan semua pesanan benih.  Pesanan anak pokok pula akan disempurnakan apabila anak pokok sedia untuk dikirim.  Kepada rakan-rakan yang memesan anak pokok, ia akan dikirim apabila anak pokok sedia nanti.  Di harap rakan-rakan dapat bersabar.

Selepas ini kami akan teruskan dengan aktiviti berkebun di rumah, aktiviti penulisan buku dan ebook serta training.  Kami juga akan terus memuat naik video ke dalam laman ini, group "Menanam Secara Organik Di Rumah," serta laman utama tanamsendiri.com.  Untuk waktu ini kami masih terhutang dua ebook, iaitu "Cendawan Tiram Dari Dapur" dan "Minyak Kelapa Dari Dapur."  Ebook tersebut terbengkalai kerana proses berpindah rumah, dan akan disegerakan selepas ini.  Dah ramai yang membuat pesanan awal, dan mereka amat bersabar dan telah lama menunggu.  InsyaAllah kami akan cuba sempurnakan ebook tersebut dengan kadar yang terdaya.

Anda boleh membantu kami dengan membeli buku, ebook, benih tawaran, serta mengikuti aktiviti yang kami usahakan.