Halaman

Cari Blog Ini

Ahad, 27 Disember 2015

Video: Kesan Kekurangan Cahaya Terhadap Tanaman Sawi


Rumpai Ada Manfaatnya...

Apabila disebut rumpai, ia menjadi suatu yang menggerunkan mereka yang menjalankan aktiviti berkebun, dan ada yang akan terus terfikir untuk dapatkan racun rumpai untuk menghapuskannya dengan mudah.

Rumpai adalah tumbuhan yang tumbuh di tempat yang tidak dikehendaki.  Biasanya rumpai dikaitkan dengan tumbuhan yang tidak dikehendaki yang tumbuh di dalam ruang tanaman.

Kadang-kadang rumpai tumbuh di kawasan yang terbiar, terutamanya di kawasan yang tanahnya terdedah.  Ini bukannya sesuatu yang tidak elok kerana rumpai atau juga disebut semak membantu menutup ruang yang terdedah dan menghalang kerosakan pada tanah akibat daripada hakisan air selepas hujan serta hakisan angin.

Jadi secara semulajadi, rumpai membantu menyelamatkan bumi ini.  Ia juga meningkatkan biokepelbagaian, serta membekalkan makanan kepada hidupan lain.  Kehadiran rumpai juga menandakan tanah subur.  Ia mampu menampung tumbuhan walaupun tidak disiram dan dijaga.

Rumpai bukannya suatu yang tidak elok.  Ia sebenarnya elok untuk bumi ini.

Untuk ketahui manfaat serta bagaimana untuk manfaatkan rumpai, sila rujuk ebook "Menanam Secara Organik Di Rumah".
Harganya RM50.  Hari ini ada surprise gift.  Pesan sekarang.
Whatsapp 0175009364 untuk buat pesanan.

Rabu, 23 Disember 2015

TAWARAN HARI INI (23 DISEMBER)

1. BENIH HERBA ROSEMARY -- Lebih kurang 100 benih, hanya RM10. Ada dalam stok 10 pek sahaja. Tambah RM10 untuk kendalian poslaju. Jika membuat pesanan dan membuat pembayaran hari ini, dapat 5 pek benih percuma, iaitu sawi daripada baka yang istimewa, tanpa perlu perlu membuat bayaran tambahan.

atau
2. Pembelian ebook "MENANAM SECARA ORGANIK DI RUMAH" dengan harga RM50. Dengan pembayaran hari ini, akan diinvite masuk ke group berkaitan. Anda akan dapat muat turun fail terkini dan tonton video berkait dengan ebook tersebut, yang akan mula dimuat naik bermula 1 Januari tahun depan. Dan anda juga dapat benih percuma, iaitu 5 pek benih sawi daripada bakan istimewa, dikirim secara percuma, tiada bayaran tambahan.

atau
3. Setiap pembelian yang membuat bayaran hari ini akan terima benih percuma iaitu lima pek sawi daripada baka istimewa.

Ataupun,
tidak perlu membeli. Anda hanya perlu buat bayaran kendalian poslaju sebanyak RM10 dan dapat benih tersebut secara percuma. Anda boleh membantu dengan like dan share posting ini, supaya kami pula dapat perhatian percuma daripada rakan-rakan anda.
Untuk pesanan sila whatsapp/sms 0175009364.

Tuaian Hari Ini -- Gelam Pasir

Gelam pasir, masak seperti bayam. Ada rasa sari masam. Kaya dengan Omega 3.

Niatnya Ada

Bila sebut saja aktiviti berkebun (sayur) di rumah, bebarapa isu atau persoalan akan disebut sebagai alasan untuk tidak menjalankan aktiviti tersebut. Antara alasan yang lazim ialah, tiada masa, tiada ruang, tiada pengetahuan atau kemahiran, masalaah serangan perosak, dan tiada benih yang elok.
Untuk alasan yang pertama, saya tidak dapat bantu kerana masa yang dianugerah kepada kita sama, iaitu 24 jam sehari. Orang berduit mengatasi masalah tersebut dengan membeli masa orang lain. Kita bekerja, sebenarnya kita jual masa kita kepada seseorang, sesebuah organisasi, ataupun kepada negara. Jika disambung cerita tentang masa, saya terpaksa buka satu laman baru, jadi biarlah anda sendiri yang buat keputusan.

Alasan kedua, tiada ruang. Ini memang benar, ruang adalah faktor penting. Ada pengunjung yang begitu bersungguh mencari ruang. Ruang di antara bangunan, ruang di depan jalan mati, ruang di sepanjang tepi storm drain, ada yang menyewa ruang di atas bangunan. Untuk orang macam kita, mungking gantung pada dinding, tiang rumah, di tepi tingkap. Yang rahmat ada ruang bertanah, janganlah dibazirkan. Orang lain menangis nakkan ruang. Yang tidak bertanah, janganlah merintih, cari penyelesaian.

Masaalah tiada pengetahuan atau kemahiran, serangan makhluk perosak dan lain-lain, insyaAllah kami ada sediakan peluang untuk menyelesaikannya. Kami ada buka blog dan laman untuk berkongsi pengalaman berkebun. Saya ada tulis ebook (dan buku bercetak dalam penerbitan) berkait dengan aktiviti berkebun. Terkini, ebook "Menanam Secara Organik Di Rumah". SMS/Whatsapp 0175009364 untuk buat pesanan.

Untuk dapatkan benih, pasaraya, kedai nurseri, kedai pertanian ada. Tiada masa ke sana, kami ada kongsikan benih dengan nilai yang murah semurah sepinggan nasi lemak segelas teh tarik.

Aktiviti semalam, membina petak tanaman ke 5. 

Aktiviti semalam, membina petak tanaman ke 5. Di sebelah pagi kami menyusun bata dan meletak lapik kotak yang disiat. Petak ini kecil sahaja iaitu 6 kaki persegi, kerana ruang di tepinya tidak rata, jadi kami biarkan ruang tersebut kosong. Tujuan ruang dilapi kotak ialah untuk mengawal rumpai dan menghalang pertambahan mikroorganisma tanah secara mendadak di luar petak tanaman dan supaya perumahan persekitaran berlaku dengan lebih perlahan, supaya tanaman di dalam petak dapat dimanfaatkan pada tahap yang optima.

Di sebelah petang kami isi petak tersebut dengan campuran tanah untuk menanam. kandungan campuran tertumpu kepada pembentukan struktuur tanah, pH dan kandungan bahan organik yang serasi dengan tanaman.

Saya tutup permukaan tanah yang terdedah dengan jaring plastik, maklum sajalah kalau kucing nampak, wohoooo.... ini jamban kelas satu.


Alat uji tanah digital, memudahkan tetapi bukannya alat yang wajib dimiliki.
Ada banyak gejet dan perkakas yang memudahkan kita menjalankan aktiviti berkebun. Gejet elektronik seperti ini bukannya suatu kemestian, tetapi ia memudahkan kita dan mengelakkan daripada main agak-agak.

Tanah yang diisi ke dalam petak disukat nilai pH nya. 6.5 adalah nilai yang serasi untuk menanam sayur. Mengapa ada julat yang serasi? Ia ada kaitan dengan kadar pertumbuhan populasi hidupan di dalam tanah, kadar penyerapan nutrien dan keupayaan menyerap nutrien tertentu.
Suhu tanah tak lah dirisaukan sangat sebab di negara kita inilah suhunya. Bagaimanapun kita nak elakkan suhu terlalu tinggi kerana jika terlalu panas, pokok mati atau terbantut pertumbuhannya.
Air pun nak pakai meter? Ia membantu sebab kadangkala tanah kelihatan kering tapi air cukup, tanah kelihatan basah, tapi di dalamnya kering. Meter banyak membantu memberitahu situasi yang sebenar.

Sukat cahaya? Hmmm.... bolehlah pakai meter, tapi lebih praktikal kalau silau silau sendiri. Kalau cerah, tanda ada cahaya matahari. Kalau gelap, hmmmm....

Buku tiga lima menjadi pelantar catatan aktiviti berkebun.

Simpan jurnal, sirius, ia akan banyak membantu di kemudian hari.
Kami guna buku tiga lima disimpan di dalam plastik zip.


Untuk mempelajari atau memahami aktiviti tersebut dengan lebih lanjut, sila rujuk ebook "Menanam Secara Organik Di Rumah" yang kini diedarkan melalui emel. Pembeli juga dipelawa ke group "Menanam Secara Organik Di Rumah." Bermula dari awal Januari, kami akan muat naik video yang berkait. jangan lepaskan peluang.

Isnin, 21 Disember 2015

Teks Pendahuluan dalam Ebook "Menanam Secara Organik Di Rumah"

Teks pendahuluan daripada ebook "Menanam Secara Organik Di Rumah."  SMS/Whatsapp 0175009364 untuk dapatkannya.  Hari ini ada offer.  Ebook + Set Ulam + Set Salad, hanya RM100.  Pembeli ebook ini juga akan dipelawa menyertai Group "Menanam Secara Organik Di Rumah."  Group ini belum aktif sepenuhnya.  Mulai Januari, saya akan mula upload video dan nota berkait dengan aktiviti berkebun secara organik ke group tersebut untuk membantu memudahkan pembeli menjalankan aktiviti berkebun di perkarangan rumah.
Pengarang telah berkebun sejak dari kecil lagi, kerana ketika itu ayah pengarang ada tanah kebun.  Jadi, sejak dari zaman pra-sekolah lagi pengarang telah mula di dedahkan dengan aktiviti berkebun.  
Tanah tersebut terbahagi kepada dua bahagian iaitu kawasan yang tidak ditenggelami air dan kawasan yang tenggelam ketika musim tengkujuh.  Kawasan yang tidak tenggelam di musim tengkujuh ditanam dengan pokok kekal, termasuk rambutan, limau manis, limau gajah, mangga, mempelam dan ciku.
Kawasan yang ditenggelami air di musim tengkujuh ditanam dengan sayur-sayuran, jagung dan ubi keledek, iaitu tanaman jangka pendek.  Apabila masuk bulan Oktober, sebelum musim tengkujuh, kawasan ini diganti dengan kangkung, kesom dan sayur-sayuran lain yang tahan air.
Oleh kerana rumah pengarang jauh daripada kebun, sukar untuk kami menyiram setiap hari.  Kami hanya menyiram di peringkat awal sahaja, iaitu ketika menyemai.  Selepas itu kami bergantung sepenuhnya kepada hujan.
Walaupun tidak disiram, ketika itu, kawasan tersebut mendapat hujan yang cukup.  Di musim kemarau, pokok dapat bertahan lama kerana kaedah menanam yang digunakan mampu menyimpan air di dalam tanah dalam masa yang lama.  Kekurangan air tidak menjadi masalah utama kepada kami di dalam aktiviti berkebun.
Kaedah yang digunakan ketika itu memungkinkan tanaman mendapat bekalan air yang cukup walaupun kebun telah lama tidak disiram.
Tidak dinafikan ketika di peringkat awal kami berkebun, rumpai menjadi masalah yang utama kerana kawasan tersebut dipenuhi dengan lalang. Tanah dibajak sebelum menanam, tetapi ayah pengarang mendapati aktiviti tersebut telah mendedahkan tanah yang menyebabkan kawasan tersebut lebih mudah ditumbuhi rumpai, serta tanah juga lebih mudah menjadi kontang.  Bahagian tanah atas yang subur juga mudah hilang dibawa air ketika hujan lebat.
Masalah rumpai dan air dapat diselesaikan dengan menggunakan sungkupan, iaitu menutup permukaan tanah dengan jerami jagung, daun kering, dan keratan rumpai yang telah dibiarkan reput.
Setelah selesai menuai, timbunan jerami dan rumpai dibiarkan mereput di dalam kebun.  Selepas beberapa minggu, timbunan tersebut menjadi semakin rendah dan setelah timbunan hampir mereput sepenuhnya, yang tinggal hanyalah jerami dan ranting serta serbuk yang kehitaman seperti serbuk kopi.Pengarang dan adik adik ditugaskan untuk mengutip serta menabur serbuk tersebut di kawasan tanaman.  Walau pun tidak mengetahui bahawa kaedah tersebut telah dilakukan dengan jayanya di kebun di negara lain, kami dengan secara kebetulan telah mengamalkan kaedah yang kini dikenali sebagai “berkebun secara organik”.  Kaedah tersebut telah diamalkan oleh beberapa genarasi di dalam keluarga kami.  Oleh kerana kebun tersebut terletak jauh dari rumah, pengarang tidak berpeluang untuk ke kebun setiap hari.  Aktiviti hanya tertumpu di hujung minggu ketika cuaca elok.
Pengarang mula melepaskan rindu berkebun dengan menanam sendiri di belakang rumah selepas pulang dari sekolah.  Aktiviti dilakukan sebelah petang kerana kami tinggal di kawasan berdekatan dengan laut yang suhunya amat tinggi.
Tanah berpasir, suhu yang tinggi, persekitaran yang kering, angin yang kencang serta tanaman sering diganggu ayam dan kambing peliharaan jiran menjadi cabaran utama kepada pengarang ketika itu.
Namun begitu, kebun di belakang rumah pengarang yang ketika itu masih belajar di sekolah rendah boleh dibanggakan.  Tanaman kacang panjang, timun, labu manis, tebu, pisang, cili, terung dan tomato menjadi makanan harian pengarang sekeluarga.
Kadang-kadang ada jiran datang bertandang untuk menuai pucuk labu untuk dibuat sayur.  Ketika itu juga pengarang mengetahui bahawa ada bahagian tumbuhan yang boleh dimakan.  Misalnya labu manis, bukan sekadar memakan buahnya.  Daun dan bunga boleh dibuat sayur.
Di peringkat awal, aktiviti berkebun sememang memenatkan kerana persekitaran belum seimbang untuk aktiviti berkebun.   Pengarang terpaksa menimba air daripada telaga dan diangkut dengan baldi ke belakang rumah secara manual untuk menyiram.  Untuk baja pula, pengarang mengangkut sisa bakar daripada tempat membakar.  Ketika itu tiada Majlis Perbandaran yang datang mengutip sampah.  Sisa organik yang tidak dapat dikitar semula di bakar di dalam lubang yang telah digali.
Biasanya sisa cebisan kertas dan kayu daripada rumah-rumah yang berdekatan di bakar di situ.  Kertas dan plastik yang masih elok dijual di pasar untuk digunakan sebagai pembungkus sayuran dan ikan.  Botol kaca dibersihkan dan dijual ke kilang kicap, cuka keropok dan budu.  Ketika itu belum ada botol plastik.  Sisa dapur pula dijadikan makanan haiwan ternakan.  Tiada satu pun dibazirkan.
Kadang-kadang pengarang mengaut tanah di bawah reban ayam, dan diletakkan di dalam lubang bakar.  Selepas dibakar, sisa dikutip untuk dijadikan baja.  Ada juga antara jiran yang memerhati dari jauh kerana kagum dengan aktiviti kami adik beradik.  Jiran yang berpengalaman berkebun betandang berkongsi pengetahuan. Aktiviti ini memang sukar, tetapi kerana minat, pengarang teruskan juga.  Apabila tanaman telah tumbuh memenuhi ruang menanam dengan subur, pengarang tidak lagi perlu bersusah payah kerana tidak lagi perlu menyiram dengan kerap kerana tanah kekal lembap.  Pohon yang besar yang ditanam di sepanjang pagar rumah memecahkan tiupan angin dan ini mengurangkan kadar kehilangan air melalui sejatan.  Daun-daun yang luruh serta sisa kebun yang reput digunakan sebagai sungkupan.  Bahan tersebut juga akan terurai secara perlahan-lahan seterusnya menjadi baja.  Cuma kadang-kadang pengarang tidak berpuas hati dengan hasil tuaian kerana ia agak kecil berbanding dengan sayur di pasar.  Ketika itu pada sangkaan pengarang, pokok kecil disebabkan kekurangan baja.
Pernah pengarang mengajak abang sepupu temankan ke Pejabat Pertanian di pekan Chukai dengan tujuan untuk membeli baja.  Bayangkan anak kecil dalam darjah 3 dengan abang sepupu dalam darjah 5 berpimpin tangan melintas jalan dengan seorang daripadanya membawa tin susu pekat manis yang telah dikeluarkan penutup atas.   “Nak baja apa?”, tanya pegawai yang dari wajahnya kagum kerana ada anak kecil berkunjung ingin beli baja.“Baja pokok,” jawab pengarang.“Tanam pokok apa?” Tanya pegawai tersebut untuk tentukan baja yang sesuai.Setelah diberitahu, tin susu diisi penuh dengan baja yang rupanya seperti garam.  Kemungkinan besar baja urea yang lazimnya digunakan untuk daun.Saya keluarkan duit syiling 10 sen untuk membayar harga baja.  “Tak perlu bayar, nak apa-apa lagi adik datang aja.  Baja, benih, semua boleh dapat di sini.  Ini kerajaan punya, milik kita semua.  Semuanya diberi percuma.  Tapi lain kali jangan datang sendiri, bahaya lintas jalan.  Datang dengan ayah.”  Pesan pegawai tersebut.Dengan baja tersebut, pengarang mendapat pengalaman menanam secara tak-organik buat pertama kalinya.  Dengan riangnya, setiap pokok ditabur baja.  Tidak sabar untuk melihat hasilnya.  Keesokan harinya, cepat-cepat pulang dari sekolah untuk melihat pokok yang subur.
Alangkah terkejutnya apabila melihat sebahagian besar daripada tanaman melecur seperti terbakar.  Lebih daripada separuh tanaman mati akibat terlebih baja.  Apabila ayah pengarang pulang, pengarang diajar tentang penggunaan baja tak organik dengan cara yang betul.  Pokok tumbuh subur, gemuk. Tetapi lebih air diperlukan.  Belum sempat tuai, timbul masalah baharu.
Sebahagian besar daripada tanaman telah dimakan ulat.  Kacang berlubang, cili melecur, terung bengkok ada ulat di dalamnya.  Sebelum ini ada serangan ulat tapi serangannya tidak seteruk selepas menggunakan baja sintetik.Pengarang ketika itu tidak tahu amalan berkebun sebelumnya adalah amalan berkebun secara organik dan amalan kemudiannya adalah amalan berkebun secara tak-organik.  Walaupun amalan berkebun secara tak-organik jelas mengundang masalah yang baru, pengarang tidak mengetahuinya.  Yang pengarang sangka ialah pokok rosak kerana tidak meracun.  Mujurlah ketika itu racun tidak dijual kepada kanak-kanak.  Sekarang setelah lama berkebun di rumah, pengarang sedar bahawa, bukan kaedah yang digunakan salah, tetapi penanaman tak-organik itu sendiri sebenarnya adalah amalan yang kurang elok kerana kaedah itu sendiri mengundang masalah yang baru.
Tuaian tidak gemuk bukannya bermakna tuaian kurang bermutu.
Jika dikecap, rasanya jauh lebih enak daripada sayur di pasar (yang ditanam secara tak-organik), dan pastinya tuaian tak gemuk tersebut jauh lebih berkhasiat. Buku ini ditulis berdasarkan amalan yang telah dipraktikkan oleh pengarang sejak kecil lagi yang telah diajar oleh ayahnya serta lain-lain kenalan yang berpengalaman berkebun di rumah.
Kaedah tersebut dikemaskan lagi melalui pengalaman yang diperoleh ketika belajar.  Pengarang bukannya lulusan pertanian, jadi kaedah yang digunakan mungkin berlainan sedikit daripada yang telah diamalkan oleh pekebun yang mengamalkan kaedah yang konvensional.
Pengarang adalah lulusan biologi atau sains hayat.  Ilmu tentang komuniti hidupan di dalam tanah digunakan untuk memanfaatkan mutu tanah serta kawalan makhluk perosak.
Buku ini ditulis khas untuk aktiviti menanam di rumah oleh mereka yang sibuk bekerja.  Ia ditulis dengan bahasa yang ringkas yang mudah difahami semua.  Perkakasan yang diperlukan juga adalah ditahap yang minima.  Sasaran pengarang ialah pembaca dapat menghasilkan tuaian yang bermutu tinggi, enak dimakan, bebas racun, tidak memerlukan masa yang banyak untuk penjagaan serta menjimatkan perbelanjaan dapur. Selamat membaca dan selamat berkebun.

Ahad, 20 Disember 2015

Puteri Menuai Sawi Renek

Kaitan Struktur Tanah Dengan Kesuburan Tanaman

Struktur tanah penting untuk mengekalkan kesuburan tanaman. Sistem akar yang sihat akan menghasilkan tanaman yang subur, seterusnya menghasilkan tuaian yang bermutu tinggi.

Ketahui selanjutnya dengan merujuk kepada ebook "Menanam Secara Organik Di Rumah".  SMS/Whatsaap 0175009364 untuk dapatkan ebook tersebut.

Sabtu, 19 Disember 2015

Tuaian Sayur Organik



Video tuaian sawi renek, menceritakan serba sedikit tentang kehadiran kekabuh kura-kura (ladybird) yang membantu mengawal serangan bena.

Jumaat, 18 Disember 2015

Di petik daripada Ebook "Menanam Secara Organik Di Rumah"

Pekebun organik membaiki struktur tanah, menghidupkan komuniti tanah, menghasilkan baja yang terlarut cukup untuk tanaman, dibebaskan secara perlahan-lahan, mengurangkan pembuangan sisa serta menggalakkan kitar semula.  Ia secara menyeluruh memulihkan bumi serta menyelamatkan manusia.

---------------- Mulakan sekarang, SMS/Whatsapp 0175009364 untuk dapatkan ebook.

Video Petak Nombor 1 Selepas Tuaian Pertama


Petak nombor satu, video diambil hari ini. Petak ini bersaiz 4X3 kaki, iaitu 12 kaki persegi ditanam dengan pokok mulberi sebagai tanaman utama. Ruang kosong diisi dengan pelbagai tanaman sayur. Genap 3 minggu, kami telah tuai pokok sawi renek dan kangkung. Ini memberikan ruang kepada semaian yang lebih kecil untuk membesar dengan lebih galak. Kelihatan pokok salad merah yang semakin besar, lobak putih masih struggling dan mulberi sendiri telah menghasilkan putik buah.

Apabila  diletakkan video ini di dalam laman facebook.com/Tanamsendiri, ada yang bertanya tentang tanah yang digunakan.  Saya gunakan tanah daripada petak lama digaul dengan kompos daripada ladang ternak kambing (kompos tinja kambing), kompos daripada bongkah cendawan terpakai (habuk kayu yang terurai), pasir kasar, dan kompos daripada ruang perkarangan rumah yang telah terurai.  Untuk kaedah membuat kompos dan penyediaan tanah, rakan-rakan boleh dapatkan ebook "Menanam Secara Organik Di Rumah".  Harganya RM50 sahaja.  Whatsapp/SMS 0175009364 untuk pesanan.

Oh ya, saya telah menerima beberapa jenis benih yang baharu.
Tomato buah panjang, terung purple berbuah lebat, cili merah, sawi putih baka emas. Dapatkan kesemuanya dengan harga RM20. Tambah RM10 untuk kendalian poslaju. Jadi jumlahnya RM30. Hanya ada 10 set. Kami akan tambah 5 pek benih yang lain secara percuma. Benih percuma termasuk sawi, kailan, bayam, salad, dan kangkung. SMS/Whatsapp 0175009364 untuk pesanan.

Rabu, 16 Disember 2015

Petak Baru Selesai Dibina dan Diisi dengan Kompos Sisa Rumpai

Petak tanaman diisi dengan bahan organik daripada rumpai dari perkarangan rumah.

Alhamdulillah pagi ini dapat siapkan petak no 4. Petak ini diisi dengan tanah kebun (top soil), pasir, dan kompos kebun daril daripada rumpai daripada perkarangan rumah ini yang dikerat dan dikomposkan 4 minggu yang lalu. Kompos ini belum terurai sepenuhnya, dan serat rumput masih kelihatan dengan jelas. Tapi dah tak sabar nak tunggu hingga kompos reput sepenuhnya. Selepas ditambah ke dalam petak saya dapati pH tanah berada pada julat antara 5.5 hingga 6.5. dah serasi untuk tanam sayur hijau. Oleh kerana campuran ini terlalu basah, saya akan tunggu kandungan air kurang sedikit, barulah saya akan mula mengalih tanaman ke dalam petak ini.

Gambar di sebelah kanan menunjukkan sumber bahan organik, iaitu kompos dari sisa kebun yang kami manfaatkan di dalam petak no. 4. Petak tersebut belum diisi dengan tanaman. Saya menunggu tanah stabil dulu.
Ruang ni sebenarnya kami rancang nak letak sistem kompos 3 fasa, tapi kami terpaksa longgok bahan kompos dulu kerana sistem tersebut belum sempat dibina.

Untuk maklumat yang lebih lanjut tentang kaedah menanam secara organik di perkarangan rumah, dapatkan ebook "Menanam Secara Organik Di Rumah." SMS/Whatsapp 0175009364
------------------------------------------
One of the issues in building a raised-bed is what to fill in, that is the soil. You are going to buuild a place that will host soil organisms. One of the ingredients for the soil is organic material, for the organisms and as a soil conditioner. For this raised-bed, Read More

Isnin, 14 Disember 2015

Tuaian Pertama Di Tempat Baharu

Tiga minggu yang lepas kami ada membina batas timbun (raised bed) menggunakan batu blok yang diisi dengan tanah kebun yang digaul dengan pasir dan komppos daripada kandang kambing. Ketika ini tempat kami dirahmati dengan hujan di sebelah petang, jadi kami belum setup sistem titis. Cahaya matahari penuh, jadi amat sesuai untuk tanam sayur daun seperti sawi, kailan dan kangkung.

pH tanah ketika menanam ialah 5.5, kini telah stabil pada 6.5. Tanah elok strukturnya dan cacing mula membiak dan dah gemuk.

Petak tersebut ditanam mulberi (pokok utama dan kekal) di diselit sayur hijau iaitu sawi renek, kangkung dan salad. Semalam tepat 3 minggu anak-anak pulang dan kami tuai sayur daripada petak tersebut untuk dihidangkan dalam steamboat.
Niatnya anak-anak pulang, bolehlah buat petak tanaman bersama-sama, tetapi hujan lebat jadi aktiviti outdoor dibatalkan.
Jadi aktiviti tertumpu kepada steamboat sahaja. Memang best sebab sayur rangup bersari manis. Ada yang makan sayur tanpa dimasak. Ketika menuai saya dapati sayur amat rapuh. Ketika membasuhnya, saya boleh rasa sayur meretak (cracking) dan tangkai patah kerana terlalu rangup.

Inilah yang best jika tanam sendiri sayur untuk makanan. Sayur sebegini tidak menunjukkan kesan serangan serangga perosak walaupun kami tidak menggunakan racun. Ini kerana kami amalkan kaedah pengurusan serangga perosak. Kaedah tersebut ada dibincangkan dalam posting terdahulu, serta di dalam ebook "Menanam Secara Organik Di Rumah." Ebook tersebut terlalu panjang, jadi sekarang saya pecahkan ebook tersebut kepada 4 fail.
Hari ini saya topup tanah dengan bahan karbon untuk menggantikan karbon yang dikeluarkan daripada tenah, iaitu tuaian. Tujuan menggantikan apa sahaja yang diambil ialah untuk mengekalkan kesinambungan komuniti tanah. Ini kerana saya amalkan kaedah menanam secara organik.

Kaedah yang saya gunakan mungkin berbeza sedikit dengan apa yang diamalkan oleh professional grower kerana by training saya orang biology, jadi kaedah yang saya gunakan memanfaatkan komuniti di dalam tanah.
Prinsip yang dipegang, jaga tanah biar hidup, tanah akan jaga tanaman. Semuanya ada dicatat di dalam ebook tersebut.

Rabu, 9 Disember 2015

Sayur yang kaya dengan Omega 3

Gelam pasir atau purslane.
Sayur ini mudah tumbuh melata kerana ia tanaman yang kukuh.  Benihnya yang halus mudah tersebar.  Oleh sebab itu ia menjadi seperti rumpai.  Purslane atau gelam pasir sayur yang berair, rangup dengan sari masam.  Ia enak dicampur ke dalam mangkuk salad, atau diasak seperti bayam.  Sayur ini kaya denagn Omega 3.  Baik untuk kesihatan jantung.

Isnin, 7 Disember 2015

Jaga Tanah, Kekalkan Kesinambungan

Jika tanah dah stabil, tanaman tumbuh subur, kita kekalkan tahap kesinambungan tersebut. Setiap kali tuai, ganti. Jika tuai sekilo, tabur bahan organik sekilo. InsyaAllah tanaman akan kekal subur. Menyangkul sekali aja, di peringkat awal. Lepas itu jangan lagi cangkul. Jika dicangkul juga, cacing akan teralih dan ada yang mati. Kita nak tanah hidup supaya ia jaga pokok.