Isnin, 30 November 2015

PENDEBUNGAAN

Pendebungaan adalah pergerakan debunga dari stamen ke pistil atau dari staminate strobuli ke ovulate strobili. Tanpa pendebungaan, tiada penyatuan gamet jantan dan gamet betina, maksudnya tiada persenyawaan. Tanpa persenyawaan, tiadalah pembentukan buah. Tanpa buah, tiadalah benih.

Ahad, 29 November 2015

Harvesting Kangkong

Cut the stem about 5 cm (2 inches) from the ground level after 4 to 6 weeks after sowing or when the plant is 20 to 30 cm long.  Use the cut and comeback method.  After harvesting, water and replace the carbon taken from the soil to maintain the soil balance, meaning add some organic materials into the soil.  The simple rule is, add the same weight of organic material as the weight of the harvested kangkong.
Read More

Serangga Merah

Serangga perosak ini ada yang memanggilnya kepinding, tempat saya memanggilnya Anak Dara Cina, mungkin kerana warnanya yang merah hitam dikaitkan dengan warna ceongsam. Di tempat anda, apa namanya?

Dysdercus cingulatus

Jumaat, 27 November 2015

Mengensot Ke Tempat Baru

Laman edible, cantik dipandang, sayurnya lazat dimakan. 
Mulai bulan ini kami ke tempat baru.  Tak jauh dari tempat terdahulu tapi semuanya akan bermula kembali dari sifat.  InsyaAllah tak lama lagi, lam kebun akan kembali meriah.

GROW YOURSELF KANGKONG

The seeds will germinate three days after sowing
Read More

Selasa, 24 November 2015

Benih Untuk Dijual -- Set Sawi Renek

SET SAWI RENEK

Set ini mengandungi  15 pek sawi baka renek daripada 5 jenis sawi renek, pak choy, dan sayur putih.

Cara Menyemai Sawi
1.  Lembapkan tanah semaian.
2.  Buat lurah sedalam 2 cm.
3. Tabur benih ke dalam lurah.
4. Tabur tanah ringan ke dalam lurah untuk tutup tanah.
5.  Sembur dengan air dengan semburan lembut berkabut.
6.  Sembur air setiap hari supaya tanah kekal lembap.
7.  Apabila cambahan telah tumbuh dan ada 4 helai daun, alih ke tanah atau bekas yang besar. Gunakan tanah yang kaya dengan bahan organik.
8.  Di peringkat awal siram setiap hari jika tidak hujan.

Sawi renek

Isnin, 23 November 2015

My Edible Home Garden

A newly prepared raise-bed
If you have a landed space, do not worry if the soil is not suitable for gardening.  You can always ammend the soil according to the need.  From where I came from, the soil in a housing area is loaded with stones.  If that is the case, you can always pick up the
Read More

Tanam Sendiri Kangkung, Edisi Mini

Ebook Tanam Sendiri Kangkung

Ebook Tanam Sendiri Kangkung boleh dimuat turun daripada Google Play.  Anda boleh baca ebook menggunakan peranti mobil (Smartfon) atau menggunakan komputer.

Jangan lupa, benih kangkung kini ada dijual.  Harganya hanya RM2 satu peket.
Dengan pembelian hari ini (belum pukul 12 malam) anda akan dapat benih sawi renek istimewa secara percuma.   SMS/Whatsapp 0175009364 untuk buat pesanan.

Ruang Baharu

Sekali air bah, sekali lagi pantai berubah.  Alhamdulillah, mulai daripada bulan ini kami dikurniakan ruang bermain yang baharu.  Sebahagian daripada tanaman daripada perkarangan rumah terdahulu telah dialih.  Masih banyak yang tertinggal dan akan diangkut secara sedikit-sedikit sehingga akhir bulan ini.

Semalam kami selesai membuat perancangan tentang pengguaan ruang di tempat baharu.  Selepas mengukur ruang, jumlah ruang menanam, keperluan batu blok, adunan tanah, sistem pengairan, semuanya diambil kira.  Selepas membuat costing, kami mula membina batas-timbun.yang pertama.

Tempat baharu, sudah pasti ada cabaran dan peluang yang baharu, tak sabar rasanya....

Batas-timbun yang pertama di ruang yang baharu.

Ahad, 22 November 2015

Seronok Tanam Cili Padi

Cili padi ada pelbagai. Nama pun pelbagai. Yang saya pasti, cili padi, walaupun dari mana asalnya, ia tetap hangat. Cabaran menanam cili padi banyak jika pokok kurang subur, tapi berbaloi menanamnya. Cili padi segar kalau buat sambal kicap, minyak cili, atau sambal belacan, best. Sebab cili padi pun ada aroma yang tersendiri mengikut baka, kaedah menanam, waktu dituai, dan kesegaran.

Cili padi baka putih.

Jumaat, 20 November 2015

Blog "HOME EDIBLE GARDEN"

Ramai juga yang meminta saya gunakan dwibahasa untuk blog tanamsendiri.com, terutamanya rakan-rakan daripada negara jiran.  Saya akan usahakan membuat posting laman ini menggunakan dwibahasa, bagaimanapun sasaran utama blog ini adalah pembaca yang fasih berbahasa melayu.

Untuk blog di dalam bahasa inggeris, saya bangunkan satu lagi blog yang dinamakan "Home Edible Garden." Pautan kepada blog tersebut ada diletakkan di sini.  

A raised-bed across the street worked by Iskandar.
Planning is vital when working on home edible garden.
Locate a place for planting.  Any place that receives a lot sunshine will do.  Identify a water source.  This is vital to the success of your garden because if there are no water source, you have to bring water to the location manually using a bucket or using rubber tube attached to a water source.  Usually if you plan a home garden, you don't have that much choice because space are limited.  However, you can make the
Read More

Khamis, 19 November 2015

Benih Untuk Dijual -- Set Ulam

Anak pokok ulam raja.

Set Ulam, RM30, SMS/WhatsApp 0175009364 untuk pesanan 
Set ini mengandungi 15 pek benih dari sayur yang biasanya dibuat ulam.
Set mengandungi benih berikut:

1. Ulam raja (3 pek)
2. Timun (3 pek)
3. Kacang botor (3 pek)
4. Kacang panjang (3 pek)
5. Cili (3 pek)

Cara Menanam
Ulam Raja
Rendam benih dalam air suam (40 darjah C selama 2 hingga 12 jam).
Semai benih dalam kedudukan mendatar dalam lubang sedalam 1 cm.  Gunakan tanah atas (topsoil) atau tanah khas untuk semaian.  Sembur air menggunakan botol penyembur (spray) supaya tanah kekal lembap.
Benih akan bercambah selepas 5 hari.
Alih ke dalam pasu atau ke atas tanah bila ada 4 helai daun.  Siram sekurang-kurangnya sekali sehari.
Untuk dapatkan pokok yang bercabang, kerat tunas utama bila pokok mencecah 15 cm (6 inci).  Untuk kekalkan daun besar, cubit buang bunga yang tumbuh.

Cara Menanam 
Timun 
Gunakan baja yang kaya dengan organik.  Gaulkan dengan tanah 1 atau 2 minggu sebelum menanam.
Rendam benih dalam air suam selama 2 hingga 12 jam.  Jika tanam atas tanah, semai dalam lubang sedalam 3 cm dan jarakkan kira-kira 60 cm.  Semai 2 biji dalam satu lubang.  Benih akan bercambah dalam masa 2 hari.  Selepas dua minggu, buang anak pokok yang lebih kecil.
Jika semai dalam bekas semaian, semai 1 atau 2 benih dalam setiap sel/lubang.
Pokok memerlukan banyak air terutamanya ketika berbunga. Bagaimanapun jangan siram sehingga air bertakung.  Untuk kekalkan lembapan tanah, tutup tanah dengan lalang atau jerami padi.
Merumput secara manual.  Jangan gunakan racun rumpai.  Pokok timun akan terbantut jika terkena racun rumpai.
Buang pucuk yang tumbuh di bahagian bawah pokok.  In akan mengalakkan pokok menjadi terlalu rimbun dan menambah lembapan dalam udara.  Udara yang lembap menjadi punca pokok dijangkiti kulat.
Pokok timun adalah pokok memanjat.  Anda perlu gunakan kayu atau ranting pokok timun memanjat.

Cara Menanam
Kacang Botor
Gunakan baja yang kaya dengan organik.  Gaulkan dengan tanah 1 atau 2 minggu sebelum menyemai.
Rendam dalam air suam selama 2 hingga 12 jam.  Semai dalam lubang sedalam 3 cm dan jarakkan kira-kira 60 cm.  Semai 2 biji dalam satu lubang.  Selepas dua minggu, buang anak pokok yang lebih kecil.
Jika semai dalam bekas semaian, semai 1 biji satu sel. Alih ke tanah atau pasu besar selepas 2 minggu atau buila terdapat 2 set daun.
Kacang botor bercambah dalam masa 2 minggu selepas disemai.
Pokok kacang botor memerlukan banyak air terutamanya 10 hari pertama selepas menyemai.  Bagaimanapun, jangan biarkan air bertakung.  Untuk kekalkan lembapan tanah, tutup tanah dengan lalang atau jerami padi.
Merumput secara manual apabila rumpai mulai tumbuh untuk mengelakkan persaingan baja.
 Pokok kacang botor adalah pokok memanjat.  Anda perlu gunakan kayu pancang atau ranting pokok memanjat.
Buah dapat dituai selepas 12 minggu menyemai.
Kacang Panjang
Gunakan baja yang kaya dengan organik.  Gaulkan dengan tanah 1 atau 2 minggu sebelum menyemai.
Rendam dalam air suam selama 2 hingga 12 jam.  Semai dalam lubang sedalam 3 cm dan jarakkan kira-kira 60 cm.  Semai 2 biji dalam satu lubang.  Selepas dua minggu, buang anak pokok yang lebih kecil.
Jika semai dalam bekas semaian, semai 1 biji satu sel. Alih ke tanah atau pasu besar selepas 2 minggu atau buila terdapat 2 set daun.
Kacang bercambah dalam masa 5 hari selepas disemai.
Pokok memerlukan banyak air terutamanya 10 hari pertama selepas menyemai.  Bagaimanapun, jangan biarkan air bertakung.  Untuk kekalkan lembapan tanah, tutup tanah dengan lalang atau jerami padi.
Merumput secara manual apabila rumpai mulai tumbuh untuk mengelakkan persaingan baja.
 Pokok kacang panjang adalah pokok memanjat.  Anda perlu gunakan kayu atau ranting pokok memanjat.
Buah dapat dituai selepas 6 atau 7 minggu menyemai.

Cara Menanam
Cili

Cili amat sesuai di tanam di negara kita kerana ia memerlukan iklum yang panas dan lembap.  Gunakan tanah yang yang kaya dengan organik.  Semai benih dalam bekas semaian.  Apabila saiz pokok tumbuh setinggi 4cm (1 1/2 inci) cabut pokok yang rapat, asingkan dalam bekas atau pasu kecil bersaiz 6 hingga 9 cm (3 hingga 3 1/2 inci).  Apabila pokok semakin membesar, kira-kira 8 hingga 10 cm (3 1/2 hingga 4 inci) alih ke dalam pasu yang lebih besar iaitu 21 hingga 23 cm (8 hingga 9 inci).
Sekali sekala alih pasu ke tempat panas untuk kuatkan pokok muda.  Apabila batang pokok cili kelihatan kukuh, alih ke atas batas.  Jarakkan pokok kira-kira 50 cm (20 inci).  Anda juga boleh tanam cili dalam pasu yang besar.
Siram selalu.  Untuk elakkan tanah menjadi terlalu kering, tutup tanah dengan rumput separa reput.  Pasang pancang kayu untuk pastikan pokok tidak patah atau tumbang.
Untuk pastikan pokok berbuah dengan banyak, petik cili ketika masih muda dan bewarna hijau.  Jika inginkan cili yang lebih pedas dan manis, tunggu buah merah sebelum dipetik.
Daun cili manis sedikit.  ia amat digemari makhluk perosak.  Bena (aphid), ulat bulu, lalat buah dan whitefly sering menyerang pokok cili.  Kutip makhluk perosak apabila anda menemuinya.  Pastikan anda pakai sarung tangan.

Kiriman Berikutnya

Kiriman berikutnya pada hari Jumaat 20 November.
Pesanan sehingga pukul 10 hari jumaat akan dikirim pada hari Jumaat. Kiriman berikutnya selepas itu ialah pada hari Selasa 23 November.
Harap maklum.

Rabu, 11 November 2015

Benih Untuk DiJual -- PraPek No 1 (Tabur Aja)

Benih Untuk Dijual--
Prapek No 1 (Tabur Aja). RM20

1. Mengandungi 5 jenis benih 2 pek setiap satu (10 pek benih) bernilai RM2 setiap satu. Jadi jumlah benih RM20.
a) Bayam Istimewa Daun Tajam, 2 pek (1 pek ada 100 benih)
b) Sawi Hijau Rangup Bersari Manis, 2 pek (1 pek ada100 benih)
c) Kai Choy Bulat, daun tertutup seperti kobis. Daun tebal. 2 pek (1 pek ada 100 benih)
d) Kobis Cina, jenis separa terbuka. Enak dimasak sup dan digoreng dengan bawang putih, 2 pek (1 pek ada 100 benih)
e) Salad Hijau Padat Separa Terbuka, 2 pek (1 pek 100 benih)

2) Untuk semai, gunakan tanah semaian, iaitu tanah yang serasi dengan bekas semaian. Lembapkan. Buat alur sedalam 1 cm dan tabur benih. Kemudian siram untuk tutup alur. Perlu ingat bahawa satu biji benih akan hasilkan satu pokok, jadi jangan semai terlalu rapat. Kemudian tutup semaian dengan perkakas yang serasi untuk elakkan ayam, burung, semutatau kucing merosakkan semaian.

3) Apabila benih bercambah dan tumbuh 4 helai daun mula membaja. Baja Urea, baja NPK, dan baja organik serasi digunakan.

4) Harga 1 prapek, RM20. Pek ini sediakan untuk kiriman yang cepat, iaitu jika pesanan sebelum pukul 3 petang, akan dikirim pada hari yang sama, jika selepas pukul 3 petang, di hari berikutnya, jadi kami telah isikan benih di dalam sampul dan diseal. Selepas kami terima bayaran, kami akan tulis nama penerima pada sampul dan borang poslaju.
Untuk pesanan pek ini tidak boleh dipesan dengan benih yang lain, tidak boleh ditukar dengan benih lain. WYRIWYG. What You Read Is What You Get. wink emoticon
Untuk pek ini tiada panduan menanam disertakan. Panduan menanam ada di dalam blog tanamsendiri.com.

5) Benih dalam pek ini dipek eksklusif untuk pek ini, ia tidak dijual secara berasingan.

6) Cara memesan, buat bayaran RM20 ke mana-mana akaun yang disenaraikan di bawah. Selepas bayaran dibuat, kirim slip bukti bayaran ke Whatsapp/SMS 0175009364. Berikan Nama penerima, alamat, no hp, benih yang dipesan iaitu "PraPek No 1", jumlah bayaran serta nama bank.
Bayaran boleh dibuat ke mana-mana akaun berikut:
Maybank
Abdul Rahman bin Iskandar
162441150114
CIMB
Zaitun Ismail
7017583738 atau
atau
Iskandar ab Rashid
Bank Islam 12092020181754, atau
Affin 205470241951, atau
BSN Giro 1010929000080825
atau bayar ke akaun PayPal
iskandar@tanamsendiri.com
Rujukan emel, iskandar@tanamsendiri.com
Rujukan no mobile 0175009364

Khamis, 5 November 2015

Senarai Terkini

Senarai Terkini (Dikemaskini pada 27 Ogos 2016)
Buat masa ini, ini sahaja benih yang kami ada di dalam simpanan.  Benih disasarkan kepada rakan-rakan 
yang menanam sendiri di rumah.  Jadi, jumlah yang kami stok tak banyak.  Harap maklum. Untuk 
pesan, kira harga benih, tambah RM10 untuk kendalian poslaju.  SMS/WhatsApp senarai ke 0183601610
untuk membuat pesanan.


Senarai Benih
Set Koleksi
Set Beginner
http://www.tanamsendiri.com/2016/09/set-beginner.html

Set Ulam (15 pek daripada 5 jenis ulam) (RM30/set)
Set Bendi (15 pek daripada 3 jenis bendi) (RM30/set)
Set Sawi (15 pek daripada 5 jenis sawi) RM30/set
Set Bayam (15 pek daripada 5 jenis bayam) (RM30/set)
Set Kobis (15 pek daripada 5 jenis kobis dan kobis cina) (RM30/Set)
Set Salad (15 pek benih salad terdiri daripada salada/lettuce dan celtuce.) (RM30/set)

BAYAM (~100 benih, kecuali dinyatakan)

1. Bayam amaranth hijau daun tajam (RM2/pek)
2. Bayam amaranth putih daun bulat (RM2/pek) 
3. Bayam amaranth merah autumn, daun hijau dan merah (RM2/pek)
4. Bayam amaranth merah red field (RM2/pek)
5. Bayam malabar hijau (Basella hijau) (RM2/pek, ada 10 benih)
6. Bayam spinach (RM2/pek, 100 benih)
7. Bayam air (Kangkung) (RM2/pek, 50 benih) 
* Bayam malabar merah kehabisan stok.

BENDI (5 benih/pek)

1. Bendi OP, baka kampung, tahan penyakit (RM2/pek)
2. Bendi Jackpot berbuah lebat (RM2/pek)
3. Bendi Putih berbuah lebat (RM2/pek)


BETIK (5 benih/pek)

1. Betik kampong (RM2/pek)
2. Betik kecil OP (RM2/pek)
* Betik sekaki kehabisan stok.

CILI (10 benih/pek), RM5/pek 

1. Cili merah kulai
2. Cili merah Johor
3. Cili merah Singapore 
4. Cili pablano
5. Cili gergasi 
6. Cili solok op
7. Cili merah super pedas
8. Cili kapsikum merah
9. Cili kapsikum kuning
10. Cili putih
11. Cili padi Tabasco 
12. Cili padi kampung
13. Cili padi berjambak
14. Cili kerinting



JAGUNG (10 benih/pek)

1.  Jagung manis  (RM2/pek)

KACANG (5 benih/pek, kecuali dinyatakan)

1.Kacang botor (RM2/pek)
2.Kacang mata hitam (RM2/pek)
3.Kacang buncis (RM2/pek)
4.Kacang panjang (RM2/pek)
5. Kacang tanah (RM2/pek)

KAILAN (~50 benih, kecuali dinyatakan)
1. Kailan F1 (RM2/pek)
2. Kailan OP (RM2/pek)
3. Sawi Kailan Jepun (collard), ~10 benih/pek (RM2/pek)

KOBIS (10 benih/pek)

1. Kobis hijau semua musim (RM2/pek)
2. Kobis merah(RM5/pek)  
3. Brokoli (RM2/pek)
4. Cauliflower (RM2/pek)

KOBIS CINA (~50 benih/pek kecuali dinyatakan)

1. Kobis cina terbuka (RM2/pek)
2. Kobis cina tertutup (RM5/pek)


LABU AIR (5 benih/pek, kecuali dinyatakan)

1. Labu air botol Pesta Tanglung (RM5/pek)


LABU KUNDUR (5 benih/pek)

1. Labu kundur  (RM5/pek)


LABU MANIS (5 benih/pek)

1. Labu manis OP (RM5/pek) 
2. Labu manis F1 (RM5/pek)

LOBAK (~50 benih, kecuali dinyatakan)

1. Lobak merah (RM2/pek)
2. Lobak putih kampong (RM2/pek)
3. Lobak putih F1, ~30 benih  (RM2/pek)

16.  MELON (5 benih)

1.Melon honey dew (RM5/pek)
2.Melon rock melon (RM5/pek) 
3. Tembikai isi  kuning (RM5/pek)
4. Tembikai isi merah  (RM5/pek)
5. Tembilai mas kuning (RM5/pek)


PERIA (5 benih)

1.Peria besar (RM5/pek)
2.Peria katak F1 (RM5/pek)
3.Peria Kecil Putih (RM5/pek)


PETOLA (5 benih kecuali dinyatakan)

1. Petola sarang (RM2/pek)
2. Petola segi tempatan (RM2/pek)
3. Petola ular (RM5/pek, 3 benih satu pek)

SALAD (~50 benih/pek)

1. Salad Hijau Terbuka (RM2/pek)
2. Salad Hijau Tertutup (RM2/pek)
3. Salad Coral Hijau (RM2/pek)
4. Salad Coral Merah (RM2/pek)
5. Salad Cina (RM2/pek)

SAWI (~50 benih)

1.Sawi Batang Hijau (RM2/pek)
2.Sawi Batang Putih (RM2/pek)
3.Sawi Bunga/Hong Kong (RM2/pek)
4.Sawi Renek (RM2/pek)
5.Sawi Extra Renek (RM2/pek)
6. Sawi Pahit Kai Choy (RM2/pek)

TERUNG (10 benih/pek, RM5 satu pek)

1. Terung mini ungu (berjambak) 
2. Terung mini bulat hijau
3. Terung bulat purple
4. Terung bulat hijau
5. Terung panjang purple
6. Terung panjang hijau
7. Terung panjang putih
8. Terung gergasi purple

TIMUN (5 benih/pek)
1. Timun Besar (RM2/pek)
2. Timun Mini (RM2/pek)
3. Timun Jepun  (RM2/pek)

TOMATO (10 benih/pek), RM5 satu pek

1. Tomato ceri season red
2. Tomato ceri tropical ruby
3. Tomato ceri fullhouse
4. Tomato plum
5. Tomato kingcup
6. Tomato belon
7. Tomato king Kong
8. Tomato tree
9. Tomato red rock
10. Tomato beefsteak 
11. Tomato oxheart
12. Tomato Rosetta
13. Tomato mutiara
14. Tomato merah bujur
15. Tomato giant
16. Tomato Syrian giant
17. Tomato determinate 
18. Monster tomato

LAIN-LAIN SAYUR/BUAH/BUNGA/HERBA

1. Asparagus (10 benih/pek) (RM5/pek) 
2. Garland Chryanthemun Daun Besar (~50 benih) (RM2/pek)
3. Garland Chrysantemum Daun Kecil (~50 benih) (RM2/pek)
4. Maman (~30 benih) (RM2/pek)
5. Ulam Raja (5 benih) (RM2/pek)
6. Bunga matahari baka gergasi, 1 pek 5 benih (RM2/pek)
7. Bunga telang (10 benih/pek) (RM2/pek) 

8.Daun Sup (Chinese celery) (~100 benih) (RM2/pek)
9.Ketumbar (~50 benih) (RM2/pek)
10.Kucai (~30 benih) (RM5/pek)
11.Selasih Horapha (Horapha liquorice basil) (~50 benih) (RM2/pek)
12.Selasih Liar (Wild basil) (~50 benih) (RM2/pek)
13.Basil, selasih wangi (~50 benih) (RM2/pek)
14.Tulasi (Holy basil) (~50 benih) (RM2/pek)

----------------------------------
SET BEGINNER (RM30)
Koleksi 16 pek benih mudah disemai dan dijaga dari 8 jenis benih yang istimewa. Anda akan dapat menikmati sayur tanamsendiri 3 hingga 4 minggu selepas disemai. Set ini dipilih khas untuk beginner, dan boleh ditanam dalam bekas tanpa perlukan kawasan bertanah. Kini anda boleh menanam sayur di rumah walaupun tinggal di tingkat atas pangsapuri.


Lobak putih mudah ditanam dan cepat dapat dituai.

Set ini mengandungi: 
1. Kangkung (3 pek)
2. Bendi 3 pek)
3. Lobak putih (3 pek)
4. Sawi  (3 pek)
5. Kailan (3 pek)
6. Basil  (1 pek)

SMS/Whatsapp 0183601610 untuk pesanan.
---------------------------------------------
SET ULAM (RM30)
Ulam ialah sayur yang boleh dihidangkan mentah, biasanya dicicah sambal untuk dimakan bersama nasi.  Ulam juga sesuai dihidangkan sebagai salad dan rojak.  Set ini mengandungi 15 pek benih dari sayur yang biasanya dibuat ulam.

Anak pokok ulam raja yang disemai daripada benih.

Set mengandungi benih berikut:

1. Ulam raja (3 pek)
2. Timun (3 pek)
3. Kacang botor (3 pek) 
4. Kacang panjang (3 pek)
5. Cili (3 pek)

SMS/Whatsapp 0183601610 untuk pesanan.

----------------------------------
SET SALAD (1 set/RM30)
Set salad mengandungi 15 pek kecil benih salad yang terdiri daripada 5 jenis salad yang serasi ditanam di kawasan panas di Malaysia.  Semua benih yang dimasukkan di dalam senarai telah diuji cambah.  Salad yang kami masukkan dalam set ini boleh ditanam secara biasa, tak perlu ditanam secara hidroponik.

Set mengandungi

1.  Salad coral hijau (3 pek)
2.  Salad coral merah (3 pek)
3.  Salad celtuce (3 pek)
4.  Salad itali (3 pek)
5.  Salad roman (3 pek)







Mengerjakan Tanah

Membajak, menyangkul, menggala, atau menggali, adalah proses mengerjakan tanah untuk tujuan melonggarkan tanah secara mekanikal. Ia memberi kesan yang ketara terhadap pertumbuhan tanaman.

Ia membolehkan akar, udara dan air tembus jauh ke dalam tanah.
Dengan membajak juga, baja dapat digaul dengan tanah untuk tujuan meningkatkan kualiti tanah. Suatu yang elok.

Bagimanapun, jangan amalkan selalu. Memadai ketika kali pertama menanam sahaja. Kerana apabila membajak, anda dedahkan bahagian dalam tanah kepada terik matahari.
Aktiviti membajak yang berlebihan merosakkan struktur tanah, mengoksida nutrien, serta mengurangkan kandungan bahan organik. Rugi kita.

Dengan menambah oksigen (ketika membajak), anda meningkatkan kadar aktiviti pertumbuhan mikroorganisma, secara langsung meningkatkan kadar aktiviti penguraian bahan organik. Ia juga mengalih kedudukan organisma di dalam tanah. Banyak organisma di dalam tanah akan mati.
Jika tanah berada di dalam keadaan yang baik, elakkan membajak atau menyangkul.

Saya pernah melihat orang menyangkul ketika hujan atau selepas hujan. Jaka saya, saya tidak akan buat begitu. Menyangkul ketika tanah terlalu basah akan merosakkan stuktur tanah. Begitu juga jika menyangkul ketika musim kemarau.

Ada juga yang membalik-balikkan tanah ketika menyangkul. Ini juga amalan yang tidak elok kerana tanah aras atas adalah tanah yang subur. Tanah bawah mengandungi mineral yang banyak apabila dicangkul naik ke permukaan akan membekalkan mineral (mikronutrien) yang berlebihan yang menjadi toksik kepada tanaman.

Jika perlu membajak atau menyangkul, lakukan pada tahap yang minima.
----------------------------
Tawaran November,
Tanamsendiri versi buku, jilid 1, 2, dan 3,
Ebook "Menyediakan Tanah Semaian"
22 pek benih sayur daun.

Hanya RM100, sangat murah.

Rabu, 4 November 2015

Status Pesanan


Kami dalam proses berpindah rumah. Dalam perancangan kami, pesanan dapat diisi semula pada hari Selasa. Bagaimanapun pesanan hanya dapat diisi pada hari Rabu. Jumlah pesanan melebihi kapasiti keupayaan kami untuk diisi dalam masa 1 hari. Sekiranya no trekking yang diberi masih menunjukkan "RECORD NOT FOUND", kemungkinan besar pesanan tersebut termasuk di dalam batch yang belum sempat diisi. InsyaAllah ia akan diisi dan dikirim pada hari Khamis.
Pesanan pada hari ini (Rabu) akan diisi pada hari Jumaat, cutting dan anak pokok diisi pada hari Isnin.
Terima kasih kerana bersabar menunggu.