Sabtu, 31 Oktober 2015

Ruang Baru Untuk Berkebun

Tahun depan kami merancang pelbagai aktiviti di perkarangan rumah.  Ruang bermain sekarang elok, tetapi terhad dan sukar dan kurang selesa untuk berbincang tentang aktiviti berkebun apabila lebih daripada satu keluarga datang berkunjung.  Alhamdulillah kami dah dapat tempat yang baru.  Memang teruja kerana banyak aktiviti yang kami rancang.  Apa lagi tahun depan kami merancang untuk menyiapkan lebih banyak buku yang berkait dengan aktiviti berkebun di perkarangan rumah.

InsyaAllah esok, 1 November kami akan "bermain" di ruang yang baharu.  Ruang ini bersimen ketika ini menjadi meadow dengan rumpai dengan buah yang boleh dimakan termasuk timun padang, buah letup letup dan bunga telang. Rumpai kucing galak dan daun kapalterbang menutup ruang tanah menjadi penarik kucing liar datang berkunjung. Ada dua ekor dah jadi penghuni tetap. Mungkin hidup memakan serangga dan sekali sekala menangkap burung dan kelawar yang bersarang di sini.



Untuk atasi masalah tanah bersimen kami akan bina batas timbun. Kawasan ini bekalan air terhad. Untuk berkebun kami akan setup tangki tadahan hujan. Untuk rumah kami akan tambah tangki.

Untuk bekalan baja, kami akan sediakan ruang kompos dan setup tangki akuaponik. Untuk peringkat awal, ikan keli, seperti sebelum ini akan diberi lebihan tuaian.


Ruang ini pula akan jadi ruang aktiviti.
Bolehlah aktif berbarbeku. Nampak kena buat akuaponik bagi makan sayur. Ikan pun lean tak berlemak.

Memuat Turun Google Book Menggunakan Google Play atau Google Play Books

Untuk memudahkan rakan-rakan mendapatkan buku hasil tulisan kami, kami akan mula memuat naik ebook ke dalam Google Play dan Google Books.  Rakan-rakan boleh memuat turun dengan mudah.  Jika buku berbayar, rakan-rakan boleh beli dengan mudah sebagaimana membeli Google apps yang lain.  Kini, ebook tanamsendiri boleh dimiliki dengan 5 langkah sahaja.
Harap maklum.
-------------
Sila Share


Ahad, 25 Oktober 2015

Ebook "Tanam Sendiri Timun Edisi Mini"


Ebook edisi mini diedarkan secara percuma.  Untuk Edisi bercetak, ia lengkap dengan penjelasan yang lebih mendalam serta ilustrasi.  Buku akan diterbitkan oleh Venton Publishing.

Visi Dan Harapan Kami

Excited dengan projek buku gardening.  Visi kami, semua orang mempunyai peluang untuk berkebun di rumah dengan mendapat pengetahuan asas sebagai pemula melalui bahan (pengetahuan asas serta benih) yang kami kongsi melalui Internet dan buku bercetak.

Kemajuan aktiviti berkebun yang kami lakukan ditunjukkan di dalam blog (tanamsendiri.com), laman Facebook (facebook.com/Tanamsendiri), laman saluran Youtube dan Instagram.

Terkini, untuk memudahkan pengunjung serta mengumpul bahan bacaan di dalam satu pelantar yang mudah diuruskan pengunjung, kami akan letakkan ebook edisi mini di dalam Google Play dan Google Books.

Rakan-rakan hanya perlu Google, insyaAllah ebook yang ada akan tersenarai.  Ebook Edisi Mini akan dijual dengan harga minima iaitu RM0.00.
Edisi tersebut mengandungi maklumat ringkas yang diperlukan untuk anda mulakan aktiviti menanam tanaman tertentu.  Untuk edisi standard yang dilengkapi dengan ilustrasi serta teks yang lebih mendalam, insyaAllah akan disediakan juga dengan harga yang patut.

Buku edisi bercetak juga akan masuk ke dalam pasaran di dalam masa yang terdekat.  Versi bercetak diterbitkan oleh Venton Publishing (M) Sdn. Bhd.  Jika tidak ditemui di kedai buku berhampiran, hubungi pihak penerbit untuk membuat pesanan.  

Ebook "Tanam Sendiri Labu Manis Edisi Mini"


Selasa, 13 Oktober 2015

Ebook Mudahnya Tanam Lobak Putih

Ebook Mudahnya Tanam Lobak Putih kini boleh dimuat turun terus daripada Google Play.  Untuk buat pesanan menggunakan Google Palay adalah semudah muat turun apps.  Cuba dulu dengan memuat turun Sample.  Versi bercetak juga akan beredar di pasaran.  Dapatkannya melalui kedai buku atau terus daripada kami atau melalui Venton Publishing.  Harganya RM12, besama benih lobak putih percuma.


Isnin, 12 Oktober 2015

Buku versi Ebook

Mulai dari sekarang, kami akan mula meletakkan ebook kami di Google Play.  Ia akan memudahkan rakan-rakan untuk mendapatkan buku hasil tulisan kami untuk dibaca melalui telefon pintar.
Rakan-rakan boleh cuba muat turun sample untuk cuba-cuba membaca ebook melalui Google Play (Google Books).

Buku pertama yang kami muat naik ke Google Play ialah "Mudahnya Tanam Kailan".


Buku versi bercetak juga akan mula beredar di pasaran pada bulan depan.  Dapatkannya di pasaran atau pesan terus daripada penerbit Venton Publishing.  Anda juga boleh pesan melalui kami melalui Whatsapp 0175009364.

Jumaat, 9 Oktober 2015

Rambai, Sekarang Dah Musim

Buah rambai

Buah rambai, boleh dimakan begitu saja.  Kulitnya boleh dibuat sayur.  Rasa masam, enak masak lemak dengan kacang panjang.

Buahnya boleh dijeruk.  Jeruk ringkas aja, pun enak.

Cara membuat jeruk rambai.

1) Sterilkan bekas (balang dan tudung).

2) Basuh buah rambai dengan air untuk tanggalkan habuk yang terlekat pada kulit buah rambai.

3) Gaulkan buah rambai dengan garam halus. Satu sudu teh bagi setiap cawan buah. Perap dalam mangkuk. Gunakan piring yang diletakkan alu lesung (mortar) di atas nya untuk mampatkan buah. Biarkan selama 2 jam.

4) Selepas dua jam terdapat air garam di dalam mangkuk. Tuang air tersebut ke dalam balang. Masukkan buah rambai yang telah diperap ke dalam balang tersebut. Tambah air sehingga ke paras atas. Biarkan ruang sebanyak 2.5 cm. Tambah garam 1 sudu kecil bagi setiap satu cawan air yang ditambah.

5) Tutup balang dan simpan di dalam almari/gerobok, jangan simpan di dalam peti sejuk. Kita inginkan berlaku proses fermentasi.

Jeruk enak dihidangkan selepas sehari. Ia boleh disimpan lama. Semakin lama, rasa jeruk akan menjadi lebih masam. Selepas sehari, ia rasa manis. Boleh makan dengan kulit.


Jeruk rambai