Sabtu, 29 Ogos 2015

Status Pesanan

Kiriman Hari Ini
Suhaida Kamalia Nom Saari EH******093MY
Nur Muhammad Izzat EH******080MY
Umi Kalsom Masrom EH******268MY
Azman Noordin EH******271MY
Marziyana Awang EH******285MY
Rosly Hassan EH******299MY
Muhammad Kamil Omar EH******308MY
Arifuddin bin Razali EH******311MY
Ediana Jerim EH******325MY
Mulyati Adir EH******339MY
Ismail Din EH******342MY

Khamis, 27 Ogos 2015

Buat Kompos Sendiri

Ebook "Buat Kompos Sendiri"

Ada banyak alasan yang diberikan oleh orang yang menanam sendiri sayur di halaman atau keliling rumah mereka sebab mereka berbuat demikian.  Antara alasan yang diberikan termasuk yang disenaraikan berikut, iaitu untuk
menghasilkan makanan sendiri,
menghasilkan makanan yang bebas racun,
beriadah,
bersosial, dan
untuk menjimatkan belanja dapur.

“Menjimatkan belanja dapur,” itu adalah alasan yang ada kaitan dengan kewangan.  Alasan ini tidak menghairankan kerana kini kos perbelanjaan rumah telah meningkat dengan mendadak sedangkan pendapatan isi rumah masih terhad.  Ramai antara kita yang mengambil keputusan untuk menanam sendiri sayur di rumah untuk menjimatkan perbelanjaan dapur.  Malangnya, kadang-kadang sasaran ini tidak dapat dicapai kerana kita terpaksa berbelanja lebih untuk membekalkan keperluan ketika menjalankan aktiviti berkebun di rumah.  Perbelanjaan tersebut kadang kala melebihi harga sayur jika dibeli di pasar.

Jadi untuk kurangkan kos menanam sayur, kita perlu mencari alternatif untuk bekalkan keperluan tanaman secara percuma atau dengan lebih murah.

Misalnya jika kita gunakan air tadahan hujan, kita tidak lagi perlu bergantung kepada air paip untuk menyiram pokok.  Dengan cara itu, kita dapat kurangkan bayaran bil air.  

Bagaimana pula dengan baja yang sememang mahal harganya?
Sebenarnya, kita tidak perlu membeli baja.  Lihatlah sendiri semak dan belukar di sekeliling kita, tiada seorang pun pergi menabur baja supaya semak dan belukar tumbuh dengan subur.  Rumpai dan pohon di dalam semak dan belukar semuanya subur belaka.

Jika tahu caranya, kita boleh membuat baja sendiri menggunakan sisa dapur dan sisa kebun.  Baja yang dimaksudkan ialah baja kompos, iaitu baja yang terdiri daripada bahan organik.

Setiap hari kita membuang sisa makanan, kertas dan lain-lain bahan organik begitu sahaja.  Alangkah membazirnya.  Sisa makanan serta kertas tersebut bukannya percuma, semuanya dibeli.  Semuanya berbayar.  Mengapa pula kita harus membuangnya sedangkan kita boleh menggunakan sisa tersebut untuk membuat baja kompos?
Perhatikan saya gunakan dua istilah, organik dan kompos secara saling berganti.

Baja kompos, atau ada orang menyebut perkataan kompos sahaja adalah terdiri daripada bahan organik, iaitu tumbuhan dan haiwan yang telah mati yang telah terurai menjadi bahan yang lebih ringkas melalui proses penguraian oleh mikroorganisma dan hidupan kecil.  Hidupan kecil, seperti lipan, cacing tanah, ulat gonggok, bubuk, serta anai-anai memecahkan daun yang luruh, ranting kayu, haiwan yang mati kepada bahan yang lebih ringkas dan kemudian hidupan seni atau mikroorganisma termasuk bakteria, kulat, dan aktinomiset meleraikan bahan tersebut menjadi kompos yang kaya dengan nutrien yang diperlukan oleh tumbuhan.  Kompos sangat elok untuk tumbuhan kerana ia berasal daripada tumbuhan, jadi ia mengandungi bahan yang diperlukan oleh tumbuhan.
Selain daripada itu, baja kompos juga mampu menyimpan lembapan, membaiki strukur tanah, serta menjadi penimbal pH tanah, iaitu mengekalkan tanah di dalam keadaan neutral.

Baja kompos juga menjadi rumah kepada mikroorganisma dan hidupan kecil.

Bahan organik adalah lebih besar jika dibandingkan dengan bahan tak organik.  Sebab itulah kita perlu uraikannya terlebih dahulu supaya dapat dimanfaatkan oleh tanaman.  Ini dapat dilakukan dengan proses membuat kompos.

Sasaran ebook ini adalah untuk mendedahkan serta membincangkan tentang cara untuk menghasilkan baja kompos daripada sisa kebun dan sisa dapur.

Diharapkan selepas membaca buku ini anda akan dapat menghasilkan baja kompos sendiri dan hasilnya akan dapat menjimatkan kos menanam sayur di rumah.
-----------------------------------
Dipetik daripada ebook "Buat Kompos Sendiri", hanya RM20 untuk format PDF Versi peribadi.  SMS/Whatsapp 0175009364 untuk pesanan.

Kiriman Hari Ini

Kiriman hari ini;
Madihah Abdullah EH******625MY
Norfadzilah Mohd Zainudin EH******426MY
Norsaibah Jan EH******443MY
Noor Azreena Aluyi EH******430MY

Rabu, 26 Ogos 2015

Kiriman hari ini

Pesanan berikut telah dikirim hari ini.  Kiriman berikutnya ialah esok, hari Khamis.

Mohd Rizal EH******457MY
Siti Roziana EH******102MY
Mohd Iskandar EH******116MY
Marini Mat Isa EH******120MY
Zul Helmy EH******133MY

Tak Makan Kangkung, kenapa?

Pokok kangkung mudah ditanam.

Berborak dengan pengunjung. Katanya, dah lama tak makan kangkung. Kangkung ada cacing parasit yang berbahaya dan boleh membawa maut.

Saya terkejut, cuba faham apa yang didengar. Kemudian saya tanya, Siput air tawar makan tak? Makan, katanya. Masak lemak, best.

Selamba, saya jawab, saya pun makan. Tapi saya juga makan kangkung. Sebenarnya kalau ada cacing tu, siput pun berisiko dimakan. Tapi, semuanya dimasak, jadi tak perlu risau sangat.
Memang kangkung ada risiko jangkitan parasit, tapi begitu juga dengan sayur yang lain. Lebih ramai orang terkena jangkitan kuman bila makan salad berbanding jangkitan cacing apabila orang makan kangkung. Risiko tersebut memang ada, jika parasit tersebut ada, dan kita makan sayur yang tidak dimasak. Tapi parasit tersebut ada kah pada kangkung yang dijual di pasar, atau yang anda tanam?
Biar saya jelaskan, waktu bila kangkung berbahaya dimakan. Sebenarnya parasit yang dimaksudkan adalah daripada jenis cacing parasit (fluke) yang tinggal di dalam air tawar. Dua daripada hosnya ialah siput paya, dan, manusia dan/atau babi. Anda boleh dijangkiti cacing tersebut jika air paya tersebut ada cacing tersebut, yang mana orang di situ yang di dalam ususnya ada cacing tersebut nyahtinja (itu bahasa lembut untuk berak) dalam paya yang ada kangkung. Jika ada babi yang dijangkiti nyahtinja ke dalam paya tersebut, kangkung di situ juga tidak selamat dimakan.
Itu pun kalau kangkung yang dituai dimakan mentah. Jika dibasuh bersih dan dimasak, tiada masalah sebab telur cacing (orang sains hayat panggil metacyst) akan mati.

Apakah risiko anda akan dijangkiti cacing parasit ini jika anda makan kangkung? Pada pendapat saya, nil. Peluang untuk mati disambar petir lebih tinggi jika berada di luar ketika ribut.
Mengapa saya nyatakan demikian. No satu, kangkung yang kita tanamsendiri, kita tanam di atas batas, bukannya di dalam paya tempat orang berak. Orang sekeliling tiada cacing tersebut di dalam ususnya. kalau ada pun, orang tak pergi berak atas batas tanaman kita. Kita juga tidak membela babi yang ada parasit di dalam ususnya.

Yang kedua, untuk cacing ini wujud, mesti ada siput kerana dalam satu fasa hidupnya mesti ada siput.
Jadi, anda tidak perlu risau kecuali jika anda tinggal di tempat terpencil yang berpaya dan ditanam kangkung, paya tersebut ada siput, dan orang di situ ada cacing tersebut dalam usus mereka dan mereka berak dalam paya tempat kangkung tersebut dituai.
Itu pun kalau makan kangkung mentah dan tidak dibasuh.
Jadi kenapa tak makan kangkung? Hilang satu rahmat makan.

Jika waswas, tanamsendiri.

Ebook "Kucing Sahabat Taman, Tabiat Kucing Bahagian 3"

Kucing mampu bertindakbalas dengan pantas apabila terdapat rangsangan.  Ia mampu bergerak dengan pantas tanpa menghasikan  bunyi yang bising.
Kucing berkomunikasi atau “bercakap” dengan kucing lain menggunakan pelbagai nada.  Misalnya ketika bermanja, kucing mengeluarkan bunyi “purrr”, ketika meminta makanan kucing mengiau, ketika bergaduh, lain pula bunyinya.  Begitu juga bila kucing memujuk pasangannya untuk mengawan, lain bunyinya.
Manusia sering tidak memahami tabiat dan cara kucing berkomunikasi.  Ini menyebabkan mereka sering salah sangka terhadap kucing.  Inilah kadang- kadang yang menjadi punca masalah antara manusia dan kucing.  Masalah lebih ketara ketara kepada orang yang berkebun di rumah seperti kita.

Selain daripada mengeluarkan suara, kucing juga berkomunikasi menggunakan bahasa badan.
Raut wajah, kedudukan telinga dan ekor, serta meninggalkan tanda yang dapat dilihat; misalnya dengan meninggalkan tanda cakaran dan tinja (tahi). Kucing juga meninggalkan tanda bau yang hamis, iaitu dengan menggunakan semburan air kencing.
Kucing adalah haiwan bebas yang mampu hidup berdikari.  Kucing boleh hidup sendirian tanpa perlu bergantung kepada kucing-kucing yang lain.  Ia tidak patuh kepada ketua.  Anjing sentiasa patuh kepada ketua, tetapi kucing tidak begitu.

Kucing boleh mencari sendiri makanannya (iaitu dengan memburu atau mengorek tong sampah), melindungi diri sendiri, menjaga kebersihan serta melindungi  kawasannya. Jika mahu, kucing memilih pasangan atau kawannya.
Oleh kerana kucing kadangkala bersosial, ia juga menunjukkan kemampuan untuk cemburu, irihati dan dendam.
Kucing mampu melakukan kerosakan kerana marah, dendam, irihati atau untuk memfitnah kucing lain.  Jadi jika anda ada memiliki kucing, laman kebun di rumah anda mungkin dirosakkan oleh kucing lain hanya kerana kucing tersebut ingin memfitnah kucing milik anda.
Ya, kucing mengawal kawasannya. Jika ada kucing lain yang menceroboh, kucing sedia untuk bertarung demi untuk mempertahankan kawasannya.
Kucing menggunakan pelbagai kaedah untuk menanda kawasannya.  Ini termasuk mencakar, kencing, dan meninggalkan tinja.
Walaupun di rumah ada yang memberi kucingnya makan nasi, kucing adalah pemakan daging.  Ia perlukan nutrien (zat) yang hanya boleh didapati dengan memakan daging (atau ikan).
Jumlah gigi kucing tidak sebanyak gigi haiwan pemakan daging yang lain.   Misalnya anjing ada 42 batang gigi manakala kucing hanya memiliki 30 batang.  Semua gigi kucing disuaikan untuk memakan daging.
Kucing juga gemar tidur sekejap-sekejap.  Misalnya, kucing rumah tidur antara 12 hingga 18 jam sehari.  Sebenarnya, ini ada kaitan dengan tabiat memburu.  Dengan mendapat tidur yang cukup, kucing mempunyai tenaga yang sepenuhnya untuk memburu apabila perlu.
Kucing juga gemar bermain.  Ia perlukan rangsangan mental dan fizikal.  Bermain adalah aktiviti penting bagi anak kucing dan kucing dewasa.
Dengan bermain, kucing dapat sempurnakan kemahiran mengawal ototnya. Ini menjadikannya pemburu yang lebih cekap. Ia juga melatih kucing supaya mahir berfungsi dalam kumpulannya.
Kucing adalah haiwan yang bersih.  Ia begitu cerewet menjaga penampilan dirinya.  Lidah kucing mengandungi bonjol bercangkuk yang mampu membantu kucing membersihkan bulu badan dengan menjilat.  Dengan membersihkan bulunya, ia memastikan bulu kucing kelihatan sihat dan menarik.  Ia juga membantu menghindari kutu dan parasit daripada membiak pada badan kucing.

--------------------------------------------
Dipetik daripada ebook "Kucing Sahabat Taman"
Hanya RM20
SMS/Whatsapp 0175009364 untuk pesanan

Selasa, 25 Ogos 2015

Ebook "Kucing Sahabat Taman"; Tabiat Kucing, Bahagian 2 daripada 3


Bagaimanapun, kucing melihat warna berbeza daripada manusia melihat warna. Mata kucing hanya peka terhadap warna merah dan hijau berbanding dengan mata manusia yang peka terhadap warna merah, hijau dan biru.  Kucing tidak nampak warna biru.  Jadi, apa yang kita nampak tidak sama dengan apa yang kucing nampak.

Keupayaan kucing merasa juga berbeza daripada manusia.  Ini mungkin kerana kucing pada asalnya adalah pemakan daging.  Lidah kucing kurang peka terdadap rasa manis.  Ia lebih peka terhadap rasa asid amino, iaitu bahan asas yang ada di dalam protein (daging, ikan, telur dan susu).  Jadi kucing dapat merasa daging dengan lebih terperinci berbanding dengan manusia.  Rasa daging lebih enak untuk kucing jika dibandingkan dengan keenakan daging untuk manusia.
Kucing amat cekap memburu.  Keistimewaan ini ada kaitan dengan keupayaan organ derianya.  Kebolehan kucing menyorok kukunya menyebabkan kucing dapat bergerak tanpa mengeluarkan bunyi.  Ini membolehkan kucing menerkam mangsanya tanpa disedari.
Lazimnya kucing memburu secara bersendirian.  Ini berbeza dengan anjing yang gemar memburu secara berkumpulan.  Oleh sebab itu, kucing mengambil masa sehingga 8 jam sehari untuk memuaskan keperluan pemakanannya dengan cara memburu.

Kini kucing tidak lagi memburu untuk mendapatkan makanan kerana kebanyakan kucing telah diberi makan oleh tuannya.  Kucing memburu hanya untuk kepuasan nalurinya.  Selain dari tikus, kucing, mampu memburu dan membunuh burung, ular, cicak, mengkarung dan berbagai jenis haiwan kecil.
Tikus dan haiwan kecil lazimnya menghasilkan bunyi dengan kelangsingan yang amat tinggi untuk berkomunikasi.  Bunyi tersebut dapat dikesan oleh kucing.  Sebab itulah kucing mampu memburu tikus walaupun di waktu malam yang gelap.
Misai kucing juga bertindak sebagai organ deria.  Kucing menggunakan hujung misainya untuk mengesan getaran yang dihasilkan oleh haiwan yang diburu.


Selain dari itu, secara fizikal kucing amat tangkas.  Kucing mampu berlari dengan pantas, melompat, memanjat, dan mengintai mangsa tanpa disedari.
Ciri ini lebih hebat daripada anjing yang hanya mampu berlari dan melompat.

------------------------------------
Dipetik daripada ebook "Kucing Sahabat Taman"
Satu salinan hanya RM20
SMS/Whatsapp 0175009364 untuk pesanan.

Isnin, 24 Ogos 2015

Pesanan yang sedang diproses

Pesanan berikut akan dibuat hari Selasa 25 Ogos

Joselymnn Ong EH******147MY
Hjh Maimun Mahmud EH******155MY
Suffian Hj Bujang EH******164MY
Maimunah Aziz EH******178MY
Norainon Said EH******195MY
Siti Fatimah Che Meh EH******181MY
Masduki Nasoha EH******204MY
Tan Mei Ling (Muhammad Sufi Yusof) Posbiasa
Syarifah Syary Syarina Posbiasa
Nurelyana Zafirah EH******719MY
Zakaria Maarof EH******648MY
Nor Kamasah Jisin EH******603MY
Nor Jama'tun Mohd Sdek EH******617MY


Kiriman berikutnya hari Khamis 27 Ogos

Ebook "Kucing Sahabat Taman", Tabiat Kucing, Bahagian 1 daripada 3


Tabiat Kucing
Jika ingin selesaikan masalah yang disebabkan oleh kucing, anda perlu faham tabiat kucing terutamanya tabiat biologinya.
Kucing rumah, atau nama Latinnya Felis catus dipercayai berasal dari Afrika.  Haiwan ini adalah satu keluarga dengan harimau belang, singa dan kucing hutan.  Namun begitu, kucing telah lama meninggalkan keluarganya dan tinggal bersama manusia.  Ini dapat dibuktikan dengan kehadiran kucing dalam lukisan purba, mummia kucing yang ditemui dalam piramid di Mesir, serta penemuan patung kucing di zaman purba.
Disebabkan kucing dan harimau berasal daripada keluarga yang sama, tabiat kucing dan tabiat harimau adalah serupa.
Kucing mempunyai deria yang sangat elok.  Lazimnya haiwan ini dapat mendengar bunyi daripada frekuensi yang sangat tinggi.  Kucing mampu mendengar bunyi yang tidak dapat didengar oleh manusia dan anjing.  Jadi, deria pendengaran kucing adalah lebih elok jika dibandingkan dengan deria pendengaran manusia dan anjing.
Ini memberikan kucing kelebihan ketika memburu, juga lebih memeningkan kepala jika kucing  mengambil keputusan untuk rosakkan laman kebun di rumah anda.
Selain daripada deria pendengaran, deria bau kucing adalah jauh lebih elok daripada deria bau manusia; iaitu 2 kali lebih peka.  Keupayaan kucing menghidu,  hanya kurang sedikit sahaja jika dibandingkan dengan  keupayaan anjing untuk menghidu.
Kucing juga mampu melihat di waktu malam dengan hanya berbantukan sedikit cahaya.  Pengelihatan kucing di waktu malam adalah jauh lebih jelas jika dibandingkan dengan pengelihatan manusia.
Jika anda perhatikan anak mata kucing, ia berbentuk calit berkedudukan menegak.  Ini berbeza dengan anak mata manusia yang berbentuk bulat.  Bentuk anak mata kucing membantu ia memfokus cahaya dengan kurang erotan jika dibandingkan dengan keupayaan anak mata manusia untuk memfokus.  Jadi, pengelihatan kucing adalah lebih sempurna berbanding dengan pengelihatan manusia.
-------------------
Dipetik daripada Ebook Kucing Sahabat Taman
Hanya RM20, SMS/Whatsapp 0175009364 untuk pesanan

Sabtu, 22 Ogos 2015

Tanamsendiri Collard

Collard (Kumpulan Brassica oleracea Acephala) adalah daripada keluarga kobis yang tidak membentuk bola kobis. Tanaman ini menghasilkan daun sayur yang enak dengan rasa antara sawi dan kailan yang padat dengan Vitamin A dan C.

Pilih tempat yang mendapat cahaya penuh dengan tanah yang elok salirannya serta kaya dengan bahan organik. Semai cambahan dalam lubang sedalam 5 cm dan jarakkan antara cambahan kira-kira 60 cm. Walaupun collard tahan kering, ia elok disemai di tempat yang mudah disiram. Siram setiap hari untuk mendapat daun yang besar serta rangup.

Ketika tuai, petik daun yang sederhana saiznya dan tuai setiap minggu. Selepas tuai, tambah bahan organik untuk gantikan karbon yang dikeluarkan daripada tanah mellaui tuaian.
Oleh kerana collard adalah daripada keluarga kobis, ia mungkin akan diserang belalang dan ulat kobis. Jika berlaku serangan, pasang jaring halus untuk menghalang perosak daripada memakan daun collard.

Daun collard enak digoreng bersama ikan masin dan bawang putih, dibuat sup, dimasak sebagai sawi atau sebagai kailan.
---------------------------
Benih collard ada dijual.
Untuk kaedah menanam secara organik di rumah, dapatkan ebook "Menanam Secara Organik Di Rumah"
sms/whatsapp 0175009364 untuk buat pesanan.

Collard

Rabu, 19 Ogos 2015

Tentang Baja dan ebook "Menanam Secara Organik Di Rumah"

Benih Tawaran 18 dan 19 Ogos masih ada stok, jangan lupa pesan.  Anda letakkan sendiri harga. :)

Orang pertanian panggil baja generik NPK sebagai baja lengkap. Ada juga yang memanggilnya Baja Primer kerana mengandungi 3 elemen utama maknutrien, iaitu unsur yang diperlukan dalam kuantiti yang banyak.

 Kita yang amalkan aktiviti berkebun secara organik tahu bahawa istilah tersebut tidak tepat. Ini kerana tumbuhan mengandungi 18 elemen jejak, bukannya 3. Tiga unsur masih jauh jika ingin dikatakan baja lengkap.

 NPK dikatakan unsur primer juga tidak tepat kerana kita tahu tumbuhan serap lebih banyak kalsium dan Magnesium berbanding dengan fosforus (P) yang ada di dalam makronutrien primer.

Semua ini ada dibincangkan dalam ebook "Menanam Secara Organik Di Rumah." Hanya RM50 untuk maklumat padat tentang aktiviti berkebun secara organik. Jangan lupa sms/whatsapp 0175009364 untuk buat pesanan. Jika anda minat berkebun di rumah, elok dapatkan ebook ini.


Isnin, 17 Ogos 2015

Maksud Berkebun Secara Organik


Berkebun secara organik secara ringkasnya adalah aktiviti berkebun tanpa menggunakan baja sintetik serta pestisid sintetik.

(Sumber:  http://pender.ces.ncsu.edu/2012/03/what-is-organic-gardening/)

Bagaimanapun, berkebun secara organik adalah lebih rumit daripada definisi yang dinyatakan di atas.  Ini kerana berkebun secara organik adalah aktiviti menyeluruh yang memanfatkan persekitaran, termasuk komuniti hidupan di dalam tanah.

Kini, orang lebih berminat menjalankan aktiviti berkebun secara organik, kadangkala terdapat kekeliruan tentang cara menjalankan aktiviti berkebun.  Misalnya, menentukan cara yang terbaik untuk membaja, supaya pokok dapat tumbuh dengan subur, memilih cara yang sesuai untuk melawan penyakit atau menghalang serangan serangga perosak, supaya berkesan, serta memilih pokok yang serasi dengan iklim dan cuaca di sini.

Falsafah berkebun secara organik ialah, ia bersandarkan sistem yang sihat secara menyeluruh.  Tanaman mendapat sumber nutrien daripada bahan semulajadi.
--------------------------
Untuk bacaan sepenuhnya, sila pesan segera.
SMS/Whatsapp 0175009364 untuk pesan ebook.

Sabtu, 8 Ogos 2015

Tuaian Hari Ini -- Untuk Masak Tomyam

Malam ni, tom yam. Tuaian petang ini, bayam, basella, cili padi.
Satu bekas besar sahaja.
Bila lakukan aktiviti berkebun, ganti karbon yang dikeluarkan daripada ruang dengan karbon sejumlah yang hampir sama untuk kekalkan keseimbangan. Bila tuai, kita keluarkan karbon dari ruang kebun, gantikan dengan kompos, atau daun reput, atau sungkupan yang lain.
-------------------------
Menanam secara organik ada kaitan dengan sesimbangan.
Jangan lupa ebook "Menanam Secara Organik Di Rumah", whatsapp 0175009364 untuk pesanan.

Tuaian bayam, basella hijau, basella merah dan cili padi sebagai ramuan masakan tomyam.


Sayur segar menghasilkan masakan yang enak.

Tak Perlu Guna Racun

Dalam aktiviti berkebun di rumah secara organik, ada cara tertentu digunakan untuk mengawal makhluk. Aras terbawah ialah amalan. Kita dapat melindungi tanaman menggunakan amalan tertentu. Contohnya, saya tanam basil berdekatan dengan cili. Apabila terdapat bena, ia akan batalkan niatnya untuk menyerang pokok cili dan sebaliknya memilih untuk menyerang pokok basil. Jadi pokok cili padi selamat daripada serangan, sebagaimana di dalam gambar. Perhatikan, pokok cili padi tersebut bebas daripada serangan bena. Pokok basil digunakan sebagai pokok untuk perangkap bena.
Untuk menghapuskan bena, saya cuma perlu kerat ranting pokok basil dan bakar. Tunas baru akan tumbuh semula dengan daun yang lebih subur.

Pokok cili padi bebas serangan bena dengan menanam basil sebagai perangkap.


---------------------------
Kaedah menghindar serangan makhluk perosak ada dibincangkan di dalam ebook "Menanam Secara Organik Di Rumah." Dapatkannya dengan segera. Dapatkan hari ini kerana hari ini ada surprise gift.
Whatsapp 0175009364 atau emel [email protected] untuk pesanan.

Selasa, 4 Ogos 2015

Bayam, Tak Sampai Seminggu Selepas Dituai

Bayam tumbuh merimbun.

Tak sampai seminggu tuai bayam daripada pokok ni. Hari ni lagi rimbun. Rahmat kalau amalkan berkebun secara organik. Yang penting, kekalkan keseimbangan tanah. Nah lihatlah sendiri.
Jika tanam untuk makan sendiri, jangan cabut pokok yang dituai. Kerat aja batang yang masih lembut. InsyaAllah tuans baru akan tumbuh, dan selepa itu pokok akan jadi lebih rimbun.
Petak sayur tanaman ni tak perlu lagi disiram bila pokok dah kukuh. Tak perlu fikir tentang racun. Meracun tanaman makan seperti meracun diri sendiri dan keluarga. Kenapa sanggup meracun makanan anak-anak?  Amalkan Sistem Pengurusan Makhluk Perosak untuk kurangkan kesan serangan serangga perosak.
--------------------------------
Untuk petua dan kaedah yang digunakan, jangan lupa dapatkan dan baca ebook "Menanam Secara Organik Di Rumah"



Isnin, 3 Ogos 2015

Soalan Pengunjung -- Tentang Menyemai Benih

Soalan pengunjung,
Salam En. Iskandar.
Apakah petua untuk menyemai benih?
-------------------------------------
Petuanya begini,
Untuk percambahan benih perlukan oksigen (respirasi), air dan haba (inbibitation) dan tanah (medium) untuk berpegang.
Ia masih belum perlukan baja kerana nutrisi ada tersimpan di dalam benih, dan belum perlukan cahaya kerana belum berlaku fotosintesis.
Medium semaian mestilah mampu menyimpan air dan udara. Sebab itu tanah gambut, kompos, sabut kelapa serasi. Sebab tanah hitam tak serasi iaialah kandungan baja yang banyak di dalamnya membunuh cambahan sebab bila lembap, menjadi terlalu pekat dan juga menarik pertumbuhan kulat.
Air dan oksigen tak boleh putus, sebab itu benih ditanam supaya dapat cukup air daripada medium. Medium tak boleh menakung air sebab bila menakung air, tiada udara di dalamnya.
----------------------------
Untuk tips menyemai benih, browse halaman ini, atau tanamsendiri.com
Kami juga ada edarkan ebook yang bercerita secara detail tentang menyemai. Ebook "Menyediakan Tanah Semaian" dan ebook "Menanam Secara Organik di Rumah."

Set Satu Ogos

Benih sawi pak choy.
Benih sawi pak choy, rupa sama dengan biji sawi yang dijual di kedai yang untuk memasak. Ada orang bertanggapan biji sawi, biji sawilah. Saya pernah ke sebuah pasaraya di Seri Kembangan, biji sawi untuk memasak di gantung pada ruang biji benih di bahagian gardening. Mungkin orang yang menggantung biji sawi (untuk memasak) di tempat untuk berkebun tidak tahu, sawi ada banyak jenis.

Betul semai biji sawi tersebut ia akan bercambah, dan akan menjadi pokok sawi. Tapi pokok sawi ada pelbagai. Benih sawi yang kami simpan pun ada 30 jenis semuanya. Biasanya jika semai biji sawi dari benih disasarkan untuk memasak, ia menghasilkan sawi dari jenis yang berduri dan amat pahit. Sawi pahit dituai benihnya untuk dijual sebagai sawi memasak kerana saiznya lebih besar dari sawi biasa.

Nak sawi yang enak dimakan, jangan beli biji sawi yang dijual untuk dimasak, beli benih sawi yang disasarkan untuk disemai. Dalam gambar, saya tunjukkan benih sawi pak chou. Yang ini sawi besar dengan tangkai hijau. Benih dijual bersama SET SATU OGOS. Harga set, RM50. Ada yang tegur, "mahal" katanya. Memanglah, kalau satu pek 100 benih sawi Pak Choy, RM50 mahal harganya.
Tapi set tersebut ada 15 pek benih, daripada 5 jenis sayur yang mudah tumbuh, bernilai RM44. Semua benih baru diterima minggu lepas. Satu naskah buku bercetak "Mudahnya Tanam Sawi" bernilai RM12, dan ebook "Kucing Sahabat Taman" bernilai RM30. Jika dijumlahkan semuanya, jadi RM76. Ini tidak termasuk kendalian poslaju RM10. Jadi semuanya RM86, dijual dengan harga hanya RM50. Kira dah jimat RM36.

Mengapa Ebook "Kucing Sahabat Taman"? Sebenarnya ilham untuk tulis buku ini timbul apabila ada ramai pembaca yang suarakan mereka patah semangat untuk berkebun kerana tinggal di taman perumahan yang majioritinya orang melayu yang membela kucing secara lepas dan tidak sediakan "jamban" untuk kucing mereka. Akibatnya ruang menanam mereka menjadi sasaran. Ebook "Kucing Sahabat Taman" mengupas tabiat kucing dan bagaimana nak jadikan ruang laman mesra kucing dan memujuk kucing supaya tidak menjadikan ruang menanam jamban mereka. Yang lebih menakutkan, pemilik kucing berfikiran, mereka melakukan kebajikan kerana tahi kucing boleh dijadikan baja. Memang tak patut mereka berfikiran begitu. Tahi kucing mengandungi kuman yang berbahaya kepada manusia, terutamanya kepada wanita yang mengandung dan wanita yang berpotensi untuk mengandung sebab kuman di dalam tahi kucing boleh menyerang manusia menyebabkan anak di dalam kandungan dilahirkan cacat. Ada juga yang dilahirkan normal tetapi setelah 10 hingga 15 tahun kemudian baru timbul kesannya melalui penyakit yang berkaitan dengan autoimmune.  Di taman tempat saya tinggal, walaupun jumlah penduduk kecil, anak yang lahir cacat "congenital" ramai. Kebanyakan yang ada anak cacat, mereka ada membela kucing. Ini jelas bila saya perhatikan di luar rumah mereka ada "sangkar" kucing. Oleh sebab itu saya fikir, ebook ini penting kepada rakan-rakan yang menanam sendiri di rumah. Sebenarnya ia juga harus dimiliki oleh pemilik kucing kerana hobi anda mungkin memudaratkan kesihatan anak-anak jiran yang bakal dilahirkan.

Tahi binatang peliharaan tidak boleh dibuat baja. Allah haramkan daging kucing dan anjing bukan saja saja.  Semua ada sebabnya.  Tahi haiwan tersebut tidak sama dengan tahi binatang ternakan (yang halal dimakan). Ini kerana kuman di dalam binatang peliharaan berkongsi dengan kuman yang berbahaya dengan kita. Saya sendiri ada membela kucing, pernah sehingga 11 ekor, dan faham tabiat kucing. Setiap ekor kucing adalah unik. Kita menganggap kucing sebagai haiwan peliharaan, tapi kucing sebenarnya tidak menganggapkan kita sebagai tuannya. Tujuan saya membela kucing memanglah sebagai haiwan kesayangan, dan juga berharap kucing kucing tersebut mengawal populasi tikus, tetapi harapan saya terbengkalai. Lebih baik bela ada burung hantu membiak dekat rumah daripada membela kucing jika ingin kawal populasi tikus.
--------------------------------
SET SATU OGOS, RM50. SMS/Whatsapp 0175009364 untuk pesanan.