Khamis, 30 April 2015

Sistem Titis Dalam Petak Satu Meter Persegi

Sistem Titis Untuk Petak Satu Meter Persegi


Dalam posting beberapa hari yang lepas saya ada sebut tentang berkebun dalam petak 1 meter persegi ntuk dapatkan sehingga 9 jenis sayur dalam masa dua bulan.  Ya, perkara tersebut bulanlah suatu yang mustahil.  Ada yang bersungut, ruang 1 meter persegi ada, tapi masa tak ada untuk kekalkan ruang.  Maklum sajalah, pokok perlukan air setiap hari.  Tak sempat nak siram.

Sebenarnya aktiviti menyiram tak semestinya secara menyeluruh.  Kita boleh buat sisten titis yang ringkas.  Ilustrasi ini menunjukkan sistem titis yang ringkas menggunakan barang terbuang dan beberapa alat yang mampu dibeli.

Jika tanah berbatu, kita boleh buat batas.  Buat sempadan guna batu blok, atau kayu untuk bina sempadan setinggi 6 inci (15 cm).  Isi dengan tanah atas (topsoil) atau tanah lom.  Isi hingga 4 inci (10 cm).  Kemudian tambah kompos dan baja organik (pellet tinja ayam) sedalam 2 inci (5 cm).  Tambah kapur pertanian, atau kulit telur dalam setengah baldi.  Siram, gaul dan biarkan selama 2 minggu.  Tutup dengan kertas suratkhabar atau pelepah kelapa untuk halang kucing buat jamban.

Untuk sistem drip, dapatkan salur getah saiz ¼ inci, sepanjang 4 meter, atau 4 salur sepanjang 1 meter.  Dua penyesuai sesiku dan satu penyesuai silang atau T.  Tiga urat gelang getah untuk ikat hujung salur yang dilipat sebagai stopper.  Anda juga perlukan 9 penitis berinjap.  Jika tiada, boleh tebuk aja salur getas supaya air menitis.

Pasang sebagaimana ditunjukkan di dalam ilustrasi.  Jika ada kepala paip berdekatan, boleh sambung sistem ke paip tersebut.  Jika tidak, dapatkan bekas air yang terpakai atau pasang paip ke baldi terpakai. Sabungkan penyesuai 3/4” ke 1/4” ke kepala paip.  Isikan bekas air sehingga penuh.

Bekas air perlu diletakkan lebih tinggi daripada aras tanah dalam batas kerana kita akan titiskan air dengan memanfaatkan graviti.  Untuk memudahkan lagi kerja menyiram, boleh pasang timer rainndrip diantara kepala paip dengan penyesuai.  Ia menggunakan kuasa bateri dan anda boleh setkan kekerapan serta jangmasa injap dibuka.  Jadi anda hanya perlu idi air ke dalam bekas atau jika sambung ke paip rumah, buka paip.  Ruang akan dibasahkan mengikut seting yang kita buat.  Saya sendiri setkan 4 kali sehari selama 10 minit.  Alhamdulillah sayur yang ditanam subur.

Jika tidak guna timer, isi bekas sehingga penuh sebelah pagi dan buka paip di hari yang tidak hujan.  Jika hari hujan, tutup paip.  Saiz bekas 5 gelen (~20 liter).    

Selasa, 28 April 2015

SiGergasi dan SiKenit

Pablano dan centil.

Kontras benar dua cili ni, satu hijau; yang satu lagi merah.
Satu besar, seperti raksasa; satu lagi kenit.
Satu tak pedas; satu lagi pedas melampau.

Dalam aktiviti berkebun memang ada pelbagai.
Ada orang dirahmati dengan tanah berekar; ada orang rumah pun sempit, berkebun pun mencelah mencari ruang yang ada.  Tak perlu rasa terpinggir.  Semua orang berhak berkebun, walaupun di rumah.  Semua orang berhak menikmati makanan hasil tanamsendiri.  Setiap orang berhak memakan makanan yang elok elok.  Mengapa diabaikan hak itu.

Tanamsendiri untuk makanan yang segar dan berkhasiat, itu terbaik untuk keluarga.  Kita tak perlu ruang yang besar.  Jika ruang besar tak terjaga pula nanti.  Kan kita semua ada tanggungjawab lain.  Kita semuanya sibuk dengan kerja yang hakiki.  Itu kan penting.  Tuntutan hidup ini kini amat berat.
Itu betul, kita semua faham kekangan masa.  Kekangan ruang. Sebenarnya kita tak perlu ruang yang besar untuk tanamsendiri di rumah. Satu meter persegi pun dah cukup untuk bekalkan 9 jenis sayur dalam satu masa. Dalam masa 4 bulan 18 jenis sayur.  Ruang yang kecil juga tidak perlukan masa yang banyak.

Tak percaya?  Tak perlu percaya.  Saya hanya cuba membuka mata aja.

Biar saya congak. Satu meter persegi ada hampir 9 kaki persegi. Setiap kaki persegi tanam satu jenis sayur. 9 kaki persegi dapat 9 jenis sayur.

Tanam yang mudah dulu.
Kangkung? Mudah
Sawi renek? Juga mudah
Kailan
Lobak putih
Lobak merah
Kacang panjang
Remayung
Bayam
Ulam raja

Dah. Dah cukup 9 jenis sayur.  Semuanya mudah.

Lepas tu tanam
Cili
Terung
Tomato
Jagung
Salad
Salad cina
Kacang tanah
Pegaga
Collard

Ya betul tu. Dalam 4 bulan keluarga dapat nikmati 18 jenis sayur tanamsendiri daripada ruang hanya satu meter persegi.

Nak gandakan lagi, boleh, buat dua tingkat.  Kita boleh hidup bertingkat, tak kan sayuran tak boleh.
Ker guane?




Sabtu, 25 April 2015

Perkara Asas Tentang Berkebun Di Rumah (Siri 2) – Benih, Bahagian 2 daripada 10

Semua sayur yang kita semai dihasilkan oleh tumbuhan berbunga kecuali kulat dan paku pakis.  Jadi semua benih tersebut terhasil daripada bunga.

Bunga adalah organ seks tumbuhan.  Proses persenyawaan berlaku melalui pendebungaan, iaitu apabila debunga jantan terlekat kepada stigma betina dan persenyawaan bahan baka berlaku.  Debunga, stigma... ini perkataan baru ni.  Ok, izinkan saya ulaskan terlebih dulu.

Di dalam bunga, ada bahagian betina dan ada bahagian jantan.  Bunga yang ada kedua dua bahagian betina dan jantan dikenali sebagai bunga sempurna.  Ada bunga yang ada bahagian jantan sahaja dan ada bunga yang ada bahagian betina sahaja.

Bahagian betina bunga dikenali sebagai pistil; bahagian jantan bunga dikenali sebagai stamen.
Ada tumbuhan yang hasilkan bunga sempurna, ada yang hasilkan bunga betina dan bunga jantan secara berasingan, dan ada tumbuhan yang hasilkan bunga betina sahaja dan tumbuhan lain pula menghasilkan bunga jantan sahaja.

Pistil iaitu bahagian betina bunga mempunyai pelbagai saiz mengikut jenis tumbuhan.  Ada tumbuhan menghasilkan pistil yang kecil dan ada yang menghasilkan pistil yang besar.  Di pangkal pistil terdapat ovari yang apabila disenyawa akan membesar menjadi buah.  Di dalam ovari terdapat ovule yang akan membesar menjadi benih.

Ovari bersambung ke stigma, iaitu bahagian yang melekit yang akan menerima debunga melalui style yang mengandungi tiub.

Ilustrasi 2 menunjukkan pistil di dalam bunga sempurna.

Ilustrasi 2


-----------------------------
Perkara Asas Tentang Berkebun Di Rumah (Siri 2) – Benih, Bahagian 2 daripada 10


Jumaat, 24 April 2015

Perkara Asas Tentang Berkebun Di Rumah (Siri 2) – Benih, Bahagian 1 daripada 10

Dari siri pertama dulu, saya ada senaraikan beberapa perkara yang perlu untuk berkebun di rumah.  Bila telah disediakan semua perkara yang dinyatakan itu, kita masih belum boleh berkebun kerana kita masih belum ada satu bahan yang paling penting untuk berkebun, iaitu BENIH.
Tanpa benih, kita tidak dapat menyemai.

Kami di tanamsendiri menyedari tentang perkara ini.  Sebab itulah di dalam perancangan awal, bila menulis siri buku menanam di rumah saya bekalkan benih kepada penerbit untuk diedarkan bersama buku.  Ini kerana kami percaya, dengan hanya membaca buku, pembaca masih belum boleh menanam sebagaimana yang ditunjukkan di dalam buku tersebut.  Pembaca masih perlukan benih.

Oleh kerana kami juga membuka blog berkongsian pengalaman berkebun di rumah (blog tanamsendiri.com), idea membekalkan benih dibawa bersama dan pembaca dapat mula berkebun dengan mendapatkan benih dari kami.  Tanpa benih semua usaha kami hanya akan menjadi sia sia belaka.

Sejak dari kecil lagi, benih membuat saya rasa kagum.  Objek kecil ini adalah suatu yang ajaib.  Walaupun ia hanya seperti kapsul yang ringkas, objek ini dapat tumbuh menjadi pokok yang membekalkan makanan, ubatan, pakaian, bahan binaan, dan pelbagai kegunaan lagi kepada kita manusia.  Malah haiwan juga bergantung kepadanya.

Jika dipotong benih dan diamati, kita akan dapat lihat tiga bahagian utama.

1) Embrio.  Struktur yang akan tumbuh akar dan tunas.  Bahagian ini yang akan membesar menjadi pokok.

2) Endosperm.  Struktur makanan yang membekalkan tenaga dan nutrien untuk pertumbuhan embrio.

3) Kulit.  Struktur liat ini melindungi embrio.  Walaupun kulit liat, ia membenarkan air dan udara meresap ke dalam benih.

Semua benih pokok mempunyai tiga bahagian ini.

Tiga bahagian utama benih.

-------------------------------
Perkara Asas Tentang Berkebun Di Rumah (Siri 2) – Benih, Bahagian 1 daripada 10

Ada dijual, benih cowpea yang mudah tumbuh dan elok dijadikan bahan untuk ajar anak-anak tentang benih dan percambahan.  Cowpea adalah daripada keluarga kacang panjang yang menghasilkan pokok yang merimbun dan tidak semestinya memanjat.  Ia boleh ditanam di dalam pasu 6 inci (15 cm).  Buahya terbentuk di dalam lenggai yang enak jika direbus atau stim dan ditabur garam.

1 pek 10 benih dijual dengan harga RM2 sahaja.  Ia juga dijual bersama set kanak-kanak (RM50 termasuk kendalian poslaju).  Set kanak-kanak mengandungi benih Cowpea, Radish, set bawang merah/putih, collard, jagung, kangkung dan kacang tanah.  Alatan termasuk penyodok/pencakar, pasu, pasu semaian, jiffy-7, tanah, dan baja oganik juga disediakan.

SMS/WhatsApp/Line/Telegram/WeChat/Viber 0175009364 atau email [email protected] untuk pesanan.

Selasa, 21 April 2015

Meter Uji Tanah Mengelakkan Kita Main Agak-agak

Hari ini panas sedikit. Tanah dalam petak kobis kering walaupun sekeja tadi hujan. Jadi, saya perlu siram.  Tanpa alat ini, saya pasti tidak akan menyiram kerana hari ini hujan renyai-renyai.  Dengan alat ini saya dapat tahu tanah masih kering, jadi untuk petak ini saya tetap memnyiram.

Meter dapat memabntu dengan memberikan maklumat yang lebih tepat keadaan tanah.

Meter uji tanah, memudahkan kita menguji keserasian tanah. Misalnya tanah ini pH nya 5.5. pH yang serasi untuk cili kailan antara 5.5 hingga 7.5. Jadi, pH 5.5 dah kira borderline, berasid sedikit. Untuk tingkatkan pH saya perlu campur kapur.  Saya gunakan kapur pertanian, iaitu kapur mati (hydrated lime).


Meter memudahkan kerja menyukat pH tanah kerana tidak perlu larutkan tanah.


Meter uji tanah ada stok sekarang. Harganya RM150. Ready stock 5 unit sahaja. Meter telah diuji dan telah diletakkan bateri.  Meter menggunakan bateri 9V.
Sms/whatsapp 0175009364 untuk pesanan.

Aktiviti Waktu Terluang -- Buat Camboh

Hari ni saja nak makan taugeh goreng, camboh goreng kata orang Ganu.  Alamak mahalnya!  Bila naik harga ni?
Hadoi.  Tak apa, hari ni dah nak makan segera, belilah jugok.  Lagi 4 hari makan puas puas.
Kacang hijau untuk buat taugeh RM10 sekilo.
Kacang mata hitam untuk buat kacang rebus gaul kelapa, RM24 sekilo.
Ouch.

Benih kacang mata hitam (cowpea) masih ada stok.  Petang nanti semai untuk tuai kacang muda, stem bersama lenggai (pod), tabur kelapa yang digaul garam.  Makan sambil nonton TV.  Enam minggu dari sekarang.  Hari ni semai dulu.

Taugeh, rendam dalam air suam yang dicampur sedikit garam selama 1/2 jam.  Tuang air garam, rendam dalam air biasa selama sejam.  Lepas tu letak dalam bakul, siram 3 kali sehari.  Hari ke 4, tuai.  Makanlah camboh goreng puas puas.

Puteri (anak bongsu) dengan kacang hijau yang direndam.

Herba Yang Tumbuh Melata Menjadi Rumpai -- Levender Sorrel, Belimbing Tanah



Ramai mengganggap herba ini rumpai kerana ia mudah membiak. Ada yang menanamnya sebagai ubat. Kami buat salad, sebagai penambah rasa. Daun dan buahnya rasa masam. Untuk kurangkan rasa masam, elok direbus dulu.  Masak kari pun best.

Lavender sorrel, atau nama melayu Belimbing Tanah. Nama latinnya Oxalis barrelieri.
Dalam perubatan tradisional air rebusannya diminum untuk merawat kencing manis, darah tinggi, serta masalah buah pinggang.  Setakat mana kemujarabannya saya tak dapat pastikan kerana belum menjumpai jurnal kajian tentang penggunaannya sebagai ubat.

Isnin, 20 April 2015

Tanamsendiri Lobak Putih

Pokok Lobak Putih


Hari ini kita bercerita sedikit tentang cara menanam lobak putih.  Sebenarnya saya pertanh buat posting tentang lobak puth, jadi rakan-rakan boleh rujuk posting tersebut.  Dalam posting yang terkini, saya bercerita tentang cara membuat benih.  Sebelum ini saya tak bercerita tentang cara membuat benih.  Sambil sambil itu, tujuan saya buat posting ini ialah untuk promotekan Set Lobak, iaitu koleksi 4 jenis lobak putih (radish), dan satu jenis lobak merah.  Ok berbalik tentang tanamsendiri lobak putih.

Lobak putih, di dalam bahasa latin disebut Raphanus sativus yang bermaksud mudah ditanam.  Nama ini memang tepat kerana ia sememangnya mudah ditanam.  Pokok lobak putih adalah satu keluarga dengan sawi, iaitu dalam keluarga Brassicaeae.  Ia ada pelbagai.  Ada baka semusim dan ada baka dua musim.    Baka yang kami edarkan adalah dari jenis semusim, ia dapat dituai dengan cepat, dan jika tidak dituai akan menghasilkan benih dalam musim (tahun) yang sama.

Untuk dapatkan benih, biarkan lobak berbungga dan hasilkan lenggai (pod).  Apabila lenggai berwarna cokelat, cabut pokok dan jemur dengan menggantung di tempat yang bebas aliran udara, tetapi tidak terkena panas terik.  Benih lobak putih tahan selama 5 tahun jika disimpan di dalam bekas kering yang kedap udara.

Jika pokok pernah diserang penyakit, sebelum menyemai rendam di dalam air suam 50 darjah Celsius selama setengah jam untuk membantutkan pertumbuhan hama penyakit.

Lobak putih akan bercambah di dalam tanah yang suhunya antara 7 hingga 32 darjah.  Jika suhu terlalu tinggi, melebihi 32 darjah Celsius, biasanya benih tidak akan bercambah kerana benih kekal tidur.  Elok semai dalam tanah yang longgar, misalnya tanah yang mengandungi pasir dan tidak menakung air.  PH yang sesuai ialah antara 5.5 hingga 7.0.  

Dalam posting terdahulu, saya sarankan supaya semaian dialih.  Bagaimanapun, jika tanah subur adan ada ruang, lobak putih boleh disemai terus.  Semai dalam liang sedalam 1 cm.  Jarakkan antara benih kira-kira 10 cm.  Apabila anak pokok semakin membesar dan menjadi terlalu rapat, tuai pokok yang lemah untuk jarangkan.  Pokok yang dituai awal boleh juga dimasak seperti sawi.

Jika selepas satu ketika pertumbuhan semakin perlahan, anda boleh alih anak pokok.  Jika pertumbuhan galak, tidak perlu alih.

Dari pengalaman kami, pokok lobak putih jarang diserang penyakit.  Bagaimanapun, kekauh kutu sering menyerang menyebabkan daun berlubang halus.  Kebiasaannya ini tidak menjadi masalah.  Jika merasakan ini suatu masalah, letak bekas misalnya tupperware yang diisi air dan sedikit sabun pencuci.  Kekabuh kutu akan terjatuh ke dalam bekas dan lemas.

Puteri tengan tuaian lobak putih yang ditanamsendiri.
Tuai apabila diameter lobak mencecah saiz bola ping pong.  Jangan tunggu terlalu lama kerana lobak putih yang tua rasanya pedas.  Daun lobak putih juga boleh dimakan.



Lobak putih enak dimakan sebagai sayur dengan digoreng dengan bawang putih, atau dibuat sayur air dan sup.  Daun serta hirisan lobak enak juga dijeruk di dalam cuka.  Anda juga boleh jeruk lobak putih menggunakan garam, iaitu seperti menapai kimci.

Kami ada jual benih lobak putih melalu set yang dinamakan Set Lobak.  Di dalam set ini ada 4 jenis lobak putih iaitu lobak kampung, lobak queen, lobak king, dan lobak rosy ()warna merah jambu. Set ini juga megandungi 3 pek benih lobak merah.  15 pek semuanya dijjual dengan harga RM30.  Poslaju percuma.

SMS/WhatsApp/WeChat/Telegram/Viber 0175009364 untuk buat pesanan.

 

Ahad, 19 April 2015

Tuaian Hari Ini -- Lobak Putih dan Bawang

Hari ini giliran Puteri tuai sayur yang ditanam sendiri. Aktiviti menuai adalah antara aktiviti berkebun yang paling digemari kanak-kanak. Puteri dah siap order dengan Mama, nak makan apa. "Onion soup", katanya.
Bawang disemai 3 minggu yang lalu. Lobak dialih seminggu lebih awal. Tuaian dalam masa sebulan kira oklah. Jika terlalu lama, kanak-kanak mungkin akan terlupa tentang sayur yang disemainya.

Add captionLobak putih dan bawang. 

Puteri dengan tuaiannya.

"Big radish, small radish, all will be in my soup."







Sabtu, 18 April 2015

Soalan Pengunjung -- Tentang Pencuci Ammonia Sebagai Baja

Soalan Pengunjung,
Salam En. Iskandar,
Saya ada mengikuti group berkebun.  Sifu di dalam grup tersebut ada sarankan supaya gunakan pencuci ammonia yang dicairkan sebagai baja semburan.  Apa pula pendapat En. Iskandar?
-----------------------
Waalaikum salam,
Alamak? Ok, ni kira saya diminta mengulas saranan Sifu ker?
Bahaya ni.  Ok, macamni, saya akan jawab soalan ni, dan perlu diingatkan bahawa saya bukannya sifu.  Saya hanyalah seorang yang minat berkebun di rumah dan masih ditahap siput (bukan sifu), meluncur perlahan-lahan mengikut rentak pertumbuhan tanaman.  Berkebun pun setakat kat rumah aja.
Jawapan yang saya berikan biasanya bersandarkan pengamatan saya menggunakan pengetahuan di dalam bidang sains hayat, ilmu kimia serta beberapa disiplin yang lain.
------------------------
Ini andaian saya --  Begini, mungkin Sifu anda meyarankan begitu dengan bertanggapan bahawa bahan pencuci ammonia mengandungi ion ammonium, iaitu ion yang terdiri daripada sebatian nitrogen.  Jadi, dengan membancuh atau mencairkan larutan ammonia, gas ammonia akan bergabung dengan air membentuk larutan ammonium akueus yang mengandungi sebatian nitrogen yang sedia diserap oleh tumbuhan.  Oleh kerana sebatian nitrogen diperlukan oleh tumbuhan dengan kuantiti yang banyak, tumbuhan akan tumbuh dengan subur dan pertumbuhannya juga menjadi galak dan perubahan ini amat ketara.
Betul lah tu.  Jika sifu anda telah praktikkannya dan berjaya, minta jenama pencuci tersebut, serta rumusan yang dgunakan, iaitu satu bahagian pencuci ammonia berapa bahagian air, kerana anda perlu ikut sukatan dengan tepat sebagaimana yang disarankan.
Jika larutan terlalu pekat, pokok akan cedera dan mungkin akan mati.
--------------------------
Ini pula penjelasan saya daripada sudut ilmu kimia (dalam bentuk yang amat ringkas) -- Pencuci ammonia biasanya dihasilkan dengan melarutkan gas ammonia di dalam air suling.  Apabila terlarut di dalam air, larutan ammonium hidroksida dihasilkan.  Larutan ini yang juga dikenali sebagai larutan akueus ammonia bukan sahaja mengandungi ion ammonium (yang terdiri daripada sebatian nitrogen yang boleh diserap oleh tanaman), ia juga mengandungi ion hidroksida, iaitu bahan beralkali.  Kedua-dua jenis ion ini akan bergerak dengan bebas di dalam larutan
Apabila ion ammonium diserap oleh tumbuhan, yang tinggal di dalam larutan pencuci ammonia ialah ion hidroksida dan kepekatannya bertambah.  Perubahan ini akan meningkatkan pH larutan dan ini akan menyebabkan lebih banyak ammonia bertindak dengan air.  Larutan ammonium walaupun menjadi baja, apabila terlalu pekat amat beracun kepada tumbuhan.  Pada kepekatan serendah 3.5 bahagian dalam sejuta (ppm), larutan ammonium mampu membunuh tumbuhan tersebut.
Jadi, saya tak kata sifu anda salah, cuma pastikan anda ikut saranan yang sifu anda berikan sepenuhnya.
-------------------------
Soalan peribadi saya -- Mengapa nak gunakan cecair pencuci ammonia kalau baja yang dijual dah ada nitrogen di dalamnya, dan harganya lebih murah daripada cecair pencuci ammonia, dan sukatan yang disyorkan adalah lebih jelas?
-------------------------
Harapan saya pula --
Belilah cecair pekatan teh kompos yang kami sediakan.  Ia seamat digunakan dan ia organik.  Anda cuma perlu bancuh mengikut sukatan yang kami syorkan.  InsyaAllah pokok akan tumbuh dengan subur, pertumbuhan lebih galak, dan sayur atau buah-buahan rasanya lebih enak.

Cecair pekatan teh kompos, hanya RM10 satu botol.
SMS/WhatsApp/Telegram 0175009364 untuk buat pesanan.

Aktiviti Pagi Ini

Empat jenis basil dalam petak herba.

Basil memainkan peranan penting dalam aktiviti berkebun di rumah kami kerana kami gunakan herba tersebut sebagai perisa makan, ramuan masakan, sebagai teh dan sebagai ubat.  Selain daripada itu, bunganya menjadi pemanggil serangga pendebunga terutamanya lebah kelulut.  Basil juga menjadi penghalau lalat putih yang menjadi masalah utama rakan-rakan yang menanam cili.

Pagi ini, kami merancang untuk tambah kompos ke dalam petak sayur hijau dan ruang pasir di seberang jalan.  Harapannya, bulan puasa nanti kami mendapat tuaian paling padat dengan kuaiti tuaian yang tip top. InsyaAllah.

Jumaat, 17 April 2015

Gambar Hari Ini -- Petak Sayur Hijau

Bunga kosmos terserlah di dalam petak sayur.

Untuk menukar rupa petak sayur hijau supaya lebih terserlah, kami hanya tambah pokok bunga yang juga boleh dimakan, iaitu bunga kosmos.  Warnanya menarik pehatian dan menukar petak menjadi lebih menarik.

Serbuk Kopi Terpakai Sebagai Baja

Serbuk kopi yang diambil secara percuma daripada rangkaian kedai kopi popular di negara kita.
Pernah dulu saya buat posting tentang penggunaan serbuk kopi terpakai sebagai baja organik. Alhamdulillah, ramai yang telah mendapat manfaat daripada penggunaan serbuk kopi terpakai sebagai baja.  Setelah menggunakan bahan tersebut untuk sekian lama, elok juga saya updatekan tentang bahan tersebut melalui posting ini.

Serbuk kopi terpakai adalah bahan kompos yang sedia ada dan mudah diperolehi.  Jika anda bancuh kopi sendiri,  sudah pasti ada sis serbuk kopi terpakai.  Kedai kopi ada memberikan sisa serbuk kopi terpakai secara percuma.  Anda hanya perlu bertanya dan beritahu tujuan meminta serbuk kopi terpakai.  Biasanya pemilik kedai kopi gembira memberikannya secara percuma kerana anda telah selesaikan masalah untuk membuang sisa tersebut.

Saya sendiri hanya tabur serbuk kopi ke dalam petak sayur selepas membancuh kopi.  Amalan ini ada kelemahannya, tetapi jika kuantiti sedikit tiada masalah.  Untuk lebih afdal lagi, elok dikomposkan dulu.

Ada yang bertanya, banyak mana nak tabur sebuk kopi?

Jika ingin sukatan yang tetap, sukar nak diberitahu kerana kandungan serbuk kopi ada belbagai bergantung kepada sumber kopi serta cara serbuk kopi dibancuh.  Jika tanaya saya, gunakan dengan menabur secara berpada-pada.

Serbuk kopi adalah bahan organik, jadi secara perlahan-lahan ia akan diuraikan oleh bakteria, kulat serta hidupan yang lain.  Apabila terurai, nutrien yang ada di dalamnya lebih mudah diserap oleh tanaman.  Sebab itu, jika ada banyak serbuk kopi, saya cadangkan komposkan terlebih dahulu.

Daripada bahan rujukan, kandungan kopi secara kasarnya mengandungi nisbah unsur sebagaimana berikut; 2% sebatian nitrogen, 0.3 fosforus, 0.3% kalium dan sedikit unsur mikronutrien.  Mikronutrien adalah unsur yang diperlukan oleh tumbuhan di dalam kuantiti yang sedikit.

Tidak dinafikan, jika digunakan dengan cara yang betul, serbuk kopi menghasilkan tanaman yang lebih elok berbanding dengan penggunaan baja umum.  Bagaimanapun, lain tanaman menunjukkan kesan yang berlainan.

Ada tumbuhan yang menjadi semakin subur jika ditabur serbuk kopi terpakai.  Ada tumbuhan yang tidak menunjukkan kesan yang ketara.  Ada pula tumbuhan yang terbantut selepas ditabur serbuk kopi.  Sawi dan salad menunjukkan perubahan yang postif.  Alfalfa pula tidak menunjukkan perubahan yang ketara.  Tomato pula terbantut apabila ditabur serbuk kopi terpakai.

Ini mungkin kerana serbuk kopi mengandungi bahan yang mampu membantutkan pertumbuhan sesetenagh tanaman.

Serbuk kopi yang fresh, apabila ditabur ke tanah akan menyebabkan bakteria membiak dengan cepat.  Perbahan ini menyebabkan lebih nutrien diserap untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan oleh bakteria.  Jika nutrien di dalam serbuk kopi terpakai tidak mencukupi, bakteria akan mula menyerap nutrien dalam tanah menyebabkan tanah ketandusan nutrien.

Oleh itu, boleh gunakan serbuk kopi dan ia benar-benar memanfaatkan tanaman.  Bagaimana pun, gunakan secara berpada-pada untuk mengelakkan kesan yang negatif terhadap pertumbuhan tanaman.  

Perkara Asas Tentang Berkebun Di Rumah (Bahagian 10 daripada 10)

Ulat yang menyerang tanaman.


Saya perhatikan, apabila orang baru menanam, sau daripada perkara yang begitu merunsingkan mereka mereka ialah tanaman yang rosak akibat serangan makhluk perosak.  Ini boleh jadi ulat bulu (serangga), kulat (penyakit) atau rumpai (tumbuhan yang tumbuh sendiri dan tidak diingini).
Mereka terus melonjak-lonjak ingin membeli dan menyembur racun.  Alasan yang diberi, pokok yang si anu dan si anu tanam jauh lebih hijau, lebih cepat besar, daunnya lebih sempurna, pokok lebih subur.  Pokok orang lain sentiasa lebih cantik.

Bila saya sebut racun, sebenarnya ia terbahagi kepada tga jenis yang utama iaitu racun serangga (untuk mengawal serangga), racun kulat (untuk mengawal penyakit yang disebabkan oleh kulat), dan racun rumpai (untuk mengawal rumpai).

Perosak biasanya membuatkan kita yang menanam marah dan kecewa kerana ketika menyemai, kita meletakkan harapan yang tinggi.  Kita mahukan pokok kita menjadi yang paling hijau, paling cepat membesar, dan paling sempurna – lebih elok daripada tanaman si anu dan si anu.

Janganlah risau sangat, sebenarnya sayur si anu dan si anu tidaklah lebih elok daripada yang kita tanam.  Cuma kita pandang daripada jauh, sebab itu ia kelihatan lebih elok daripada yang kita tanam.

Serangga, walaupun merosakkan pokok, biasanya tidak membunuh pokok tersebut.  Jika pokok subur, paling banyak ia makan hanya 20% daripada daun.  Bila ia kenyang, ia akan beredar dan akan kembali dua atau tiga bulan lagi.  Serangga tidak akan makan semua tanaman kita kerana ia ingin terus ada makanan untuk zuriatnya nanti.  Jika tanaman kita mati, serangga tersebut juga akan mati kerana tiada lagi makanan.

Begitu juga dengan kuman yang membawa penyakit.  Jika semua pokok mati, tiada lagi pokok untuk dijangkiti, kuman tersebut akan mati.  Jadi, ia tidak akan membunuh pokok kita.  Jadi, apa yang kita perlu buat ialah jaga pokok supaya subur.  Jika pokok subur, serangga atau penyakit atau rumpai tidak akan mampu merosakkannya dengan teruk.

Lupakan tentang racun kerana jika nak meracun, tanaman kita tidak lagi istimewa.  Lebih baik beli sayur di pasar aja.  Untuk mengawal perosak, ada cara lain selain daripada meracun.  Kita boleh ubah jenis tanaman yang ditanam.  Jangan tanam pokok dari keluarga yang sama secara berturutan.  Kita boleh tanam tanaman yang menghalau serangga berdekatan dengan tanaman utama.  Untuk mengawal penyakit, kita boleh kawal dengan kaedah mengairan, tidak menghalang aliran udara.  Untuk mengawal rumpai, kita boleh cabut buang rumpai yang baru tumbuh.

–------------------------
Bahagian 10 daripada 10

Jangan lupa share artikel dan posting dari laman ini.
Anda boleh bantu kami supaya terus bersemangat menulis dengan membeli benih, ebook, buku serta peralatan lain.  No hp kami 0175009364, nama saya Iskandar.

Khamis, 16 April 2015

Sayur Rumpai

Rumpai yang dikutip dan dijadikan salad dan sayuran.

Hari ini merumput petak sayur ruang parkir depan rumah.  Ruang ini sebelum ini saya tanam pokok labu manis.  Hari ini dicabut semuanya.  Kemudian saya topup dengan tanah kompos dan tambah kapur untuk tingkatkan pH.

Dua tiga malam yang lepas hujan, kompos basah dan mula berbau seperti air cor.  Saya harapkan kapur dapat kurangkan sedikit baunya.

Sebagaian daripada rumpai telah dimasukkan ke dalam tong kompois.  Sebahagian lagi saya simpan untuk dibuat salad dan untuk dimasak.  Ketika mengutip ada rakan yang singgah, memberitahu khasiat daripada beberapa herbal rumpai yang saya kutip.  Katanya,

"Weeds are neglected pharmacy."

Dia juga menyarankan agar saya bmcangkan tentang herbal ubat ubatan.  Saya setuju, jka kita tahu cara penggnaannya, sebab ubat juga boleh menjadi racun jika dimakan terlalu banyak atau memakannya walaupun kita tidak memerlukannya.

Saya balas,

"That depends.  Would you go for chemotherapy if you are not a cancer patient?"

Masalah sedikit jika saya sentuh tentang ubat ubatan sebab pembaca ada pelbagai, dan keperluan juga pelbagai.  Orang muda dan orang tua, keperluannya berbeza.  Apa yang menjadi racun kepada orang tua, mungkin mesti dimakan oleh kanak-kanak.

Walaupun begitu, ada juga rasa teringin untuk menyentuh tentang topik tersebut, mungkin sebagai panduan am, sebab orang yang paling layak untuk mengulas tentang perubatan ialah doktor perubatan sahaja.  

Rabu, 15 April 2015

Bunga Yang Boleh Dimakan Menjadi Penyeri Petak Sayur

Bunga kosmos, kelopak dan daun boleh dimakan.
Di hujung petak sayur kami letak pokok bunga supaya petak kelihatan lebih ceria. Bunga dan daun pokok ini juga boleh dimakan. Buat ulam.
Bunga lain yang boleh dimakan termasuk bunga telang, kelopak bunga matahari, kelopak bunga ros, bunga labu manis, bunga ulam raja, bunga bintang, bunga matahari, bunga kucai, bunga kacang botor, bunga kacang panjang, ...

Gambar Hari Ini -- Buah Mulberi

Buah mulberi di belakang rumah.

Hujan, mulberi pun ceria. Buat preserve (jem) pun best. Gabung dengan lemon. Syelek kat roti.... MasyaAllah tiada tandingannya.
Buah tak dijual, sebab macam strawberi juga, bila ranum lepas petik elok makan terus, kalau tidak ia hancur.
Keratan mulber, satu set 5 keratan, RM10.
Kendalian poslaju, RM10.
Jika beli 3 set atau lebih, poslaju percuma.
SMS/WhatsApp/Telegram/WeChat 0175009364 untuk pesanan.

Isnin, 13 April 2015

Perkara Asas Tentang Berkebun Di Rumah (Bahagian 9 daripada 10)

Bila dberitahu pokok pun bertindak setelah terangsang oleh hormon, ada yang menggeleng tidak percaya. Ada yang kata,

“Hmmmmm yer larr tu....”

Betul, tak tipu. Tumbuhan pun ada hormon.

Hormon di dalam tumbuhan tidak diserap daripada tanah atau terdapat di dalam baja. Pokok itu sendiri yang menghasilkan hormon sebagai perangsang untuk sesuatu tujuan. Pokok tumbuh ke arah cahaya matahari, itu kesan hormon. Pokok keluarkan bunga, tu juga kesan hormon. Pokok luruhkan daun, hasilkan buah, ranumkan buah, tumbuh tunas baru – semua itu tindak balas terhadap hormon.

Owh jangan risau, hormon tumbuhan dan hormon di dalam badan kita tak sama. Kita tak akan terangsang bila termakan hormon tumbuhan. Hah, apa? Oh tidak. Tumbuhan tak hasilkan testosteron atau estrogen atau mana-mana hormon yang berkait dengan perangsang aktiviti seks manusia. Jangan mimpi.

Hormon yang ada di dalam tumbuhan secara asasnya ada lima. Itu yang saya pernah belajar dalam tahun 80an dulu. Sekarang, saya pasti ada bahan kimia lain yang ditemui yang bertindak seperti hormon. Lima hormon asas yang saya maksudkan ialah auksin, sitokinin, giberelin, dan etilena.

Dengan ilmu pengetahuan tentang hormon, kta dapat memanipulasi aktiviti tanaman supaya berpihak kepada sasaran kita, iaitu untuk menghasilkan lebih tuaian yang bermutu.

Misalnya, auksin adalah hormon yang berkait dengan pertumbuhan. Ia banyak ditemui di hujung tunah, pada batang pokok dan pada hujung akar. Auksin juga merangsang pertumbuhan tunak ke arah cahaya matahari.

Owh, dah kreatif pula. Kan saya dah cakap, hormon tumbuhan tidak berfungsi di dalam badan kita. Jika rambut dah jarang, jangan harap dengan menyapu auksin di kulit kepala rambut akan tumbuh lebat kembali. Kita bukannya tumbuhan.

Dengan mencelup keratan batang di dalam larutan yang mengandungi auksin, kita mampu menggalakkan pertumbuhan akar. Nah sekarang rakan-rakan dah athu apa yang ada di dalam pekatan larutan penggalak akar yang saya jual. Ia tidak lagi menjadi rahsia.

Sitokinin pula merangsang pertumbuhan bunga dan menghasilkan buah yang lekat. Satu lagi rahsia kami terbongkar. Tak mahhu bercerita panjang. Dah boleh agak.

Pokok berbunga dan berbuah adalah tindak balas terhadap rangsangan hormon.


Giberelin pula mampu merangsang pertumbuhan buah dan jika disembur akan mampu menghasilkan buah yang lebih besar dan buah tang tiada biji. Ada petani yang memanfaatkan hormon ini untuk hasilkan buah tanpa biji.

Etilena pula digunakan untuk meranumkan buah atau merangsang daun supaya luruh dan buah gugur. Misalnya di musim luruh, pokok meluruhkan daunnya kerana dirangsangkan oleh hormon ini.

Ada juga orang yang gunakan hormon yang dinyatakan ini untuk mengawal serangan makhluk perosak. Topik ini akan dibincangkan kemudian di dalam posting topik yang baru. Saya juga merancang untuk membincangkannya di dalam ebook yang bakal diterbitkan.

–---------------------------
Bahagian 9 daripada 10

Cecair penggalak akar dijual dengan hanya RM10 satu botol kecil. Ia boleh digunakan untuk merangsang pertumbuhan akar pada keratan batang.

Untuk pesanan, sms/whatsapp/telegram/viber/wechat 0175009364 atau emel [email protected] atau comment dalam posting ini.

Perkara Asas Tentang Berkebun Di Rumah (Bahagian 8 daripada 10)

Rumpai dapat tumbuh dengan subur kerana tanah ada mengandungi nutrien.
Di dalam aktiviti berkebun di rumah, selain daripada tanah dan air, baja juga memainkan peranan yang penting dan perkara ini jarang dibincangkan secara mendalam. Saya belum terjumpa buku dalam bahasa melayu yang membincangkan tentang pembajaan untuk aktiviti berkebun di rumah secara mendalam. Baja penting kerana ia membekalkan nutrien yang diperlukan oleh tanaman untuk pertumbuhan yang subur serta tuaian yang memuaskan. Nutrien adalah sumber asas yang diperlukan oleh tanaman. Ia ada di dalam tanah secara semulajadi. Apabila air mengalir, nutrien terlarut dan diserap oleh tumbuhan. Kehadiran nutrien di dalam tanah dapat dilihat kesannya dengan jelas melalui kehadiran rumpai, semak, belukar dan hutan belantara. Kita membaja untuk menambah kandungan nutrien atau untuk memaksa tanaman menghasilkan tuaian seperti yang kita kehendaki.

Lazimnya nutrien diserap melalui akar. Bagaimanapun jika disembur ke permukaan daun, nutrien juga dapat diserap oleh tanaman.

Unsur yang dimaksudkan termasuk nitrogen, fosforus, kalium, sulfur, mangan, magnesium, molibdenum, kalsium, karbon, boron, klorin, kuprum, ferum, zinkum, silikon, oksigen, karbon dan hidrogen. Biasanya karbon, hidrogen dan oksigen tidak diberludikan kerana tumbuhan mendapat unsur tersebut daripada air dan udara.

Unsur nutrien yang diperlukan di dalam kuantiti yang banyak dikenali sebagai makronutrien. Unsur yang termasuk di dalam kumpulan makronutrien termasuk nitrogen, fosforus, kalium, magnesium, sulfur, dan kalsium.

Unsur yang diperlukan di dalam kuantiti yang sedikit dikenali sebagai mikronutrien. Walaupun diperlukan di dalam kuantiti yang sedikit, mikronutrien tetap penting. Tanpa mikronutrien, pokok akan sakit dan mati.

Walaupun begitu kita tidak perlu risau kerana mikronutrien lazimnya sedia ada di dalam tanah. Walaupun bgitu, elok juga kita tambah unsur nutrien melalui penggunaan baja supaya pokok dapat hidup dengan subur tanpa terbantut kesan kekurangan mikronutrien.

Baja biasanya ada pelbagai rupa, misalnya serbuk, bintil, pellet, dan di dalam bentuk larutan. Kandungan baja juga ada pelbagai, misalnya tinggi nitrogen, tinggi forforus atau pun tinggi kalium. Cara membaja juga berbeza. Kita boleh tabur di atas tanah, atau sembur larutan ke atas daun. Baja juga boleh jadi baja organik, yang berasal daripada hidupan yang telah mati dan mereput, atau baja sintetik yang dihasilkan melalui proses tindak balas kimia.

Pokok moleh cedera atau mati jika kepekatan unsur yang digunakan terlalu tinggi. Jadi kaedah membaja juga penting dan kita perlu ambil cakna supaya kesannya sebagaimana yang kita harapkan.
-------------------------
Bahagian 8 daripada 10

Set koleksi posting tanamsendiri ada dibukukan. Jilid 1 hingga 3, hanya RM97satu set. Poslaju percuma.

Untuk pesanan, sms/whatsapp/telegram/viber/wechat 0175009364 atau emel [email protected] atau comment dalam posting ini.

Sabtu, 11 April 2015

Perkara Asas Tentang Berkebun Di Rumah (Bahagian 7 daripada 10)


Tanah sememangnya penting untuk menanam. Pilihan tanah sebenarnya ada kaitan dengan satu lagi elemen yang penting untuk tanaman; air. Jika ada tanah yang subur tetapi kering kontang, pokok tetap tidakakan tumbuh. Jadi, setelah sediakan tanah yang elok, kita perlu fikirkan tentang menyiram. Menyiram, mudah aja bunyinya. Sebenarnya ia tidak semudah itu. Ini kerana kaedah menyiram perlu betul dan jumlah air siraman juga perlu betul.

Kesan pokok yang terkurang air dan terlebih air sama sahaja. Daun mula menjadi layu dan di bahagian sisi daun mula menjadi cokelat dan rapuh.

Jadi, kita perlu siram dengan betul dengan jumlah air yang betul supaya selepas menyiram tanah tidak kering atau lejuh dengan air.

Cara menyiram perlu dipadankan dengan jenis tanah. Misalnya, jika tanah berpasir, kita perlu kerap menyiram dengan air yang banyak dan jika tanah liat atau kaya dengan bahan organik, kita tidak perlu menyiram dengan kerap, dan gunakan air yang sedikit sahaja.

Tanaman di dalam bekas pula perlu kerap disiram kerana jumlah medium di dalam bekas adalah terhad, dan jumlah keupayaan meyimpan air juga adalah terhad.

Ketika meyiram, jangan simbah sekaligus kerana kita peru berikan masa untuk tanah menyerap air. Jadi, siram dengan air yang sedikit dan perlahan tetapi siram dengan lebih lama.

Ada juga yang bertanya, mengapa perlu menyiram sedangkan sekali sekala hujan turun?

Sebenarnya air yang masuk ke dalam tanah boleh hilang melalui sejatan atau mengalir keluar sebelum sempat meyerap masuk ke dalam tanah. Kehilangan air secara begini berlaku dengan kehadiran atau ketiadaan tanaman atau tumbuhan.

Air juga boleh hilang melalui tumbuhan yang ada. Ini kerana tumbuhan sentiasa berpeluh, atau disebut transpirasi melalui permukaan daun. Air diserap masuk melalui akar, mengalir melalaui salur di dalam batang dan masuk ke dalam daun. Di situ, air tersebut keluar melalui liang liang di permukaan daun.

Proses transiprasi berlaku seakan-akan sama dengan cara kita menyedut minuman menggunakan straw. Apabila air keluar melalui permukaan daun, ia menghasilkan tekanan yang rendah menyebabkan air dari kawasan tekanan tinggi mengalir ke arah permukaan daun yang bertekanan rendah. Aliran air di dalam proses ini membantu tumbuhan menyerap nutrien yang terlarut di dalam air.

Kita mengawal air ketika berkebun dengan memanipulasi kapasiti tanah menyimpan air serta memanipulasi proses transpirasi di dalam tanaman. Bagaimana tu? InsyaAllah ia akan dibincangkan nanti.

--------------------------------------
Bahagian 7 daripada 10

Senarai benihj ada diletakkan dalam pautan ini.
http://www.tanamsendiri.com/2014/04/senarai-terkini.html

Untuk pesanan, sms/whatsapp/telegram/viber/wechat 0175009364 atau emel [email protected] atau comment dalam posting ini.

Jumaat, 10 April 2015

Perkara Asas Tentang Berkebun Di Rumah (Bahagian 6 daripada 10)

Bunga Kucai
Kebiasannya tanah liat mengandungi banyak nutrien yang diperlukan oleh tumbuhan. Ia juga mampu menyimpan air yang banyak. Bagaimanapun air tidak mudah mengalr melalui tanah liat dan kawasan bertanah liat mudah berlopak kerana saliran yang tidak elok. Oleh sebab itu, tanah liat tidak menyimpan udara.

Apabila disentuh dengan tangan, permukaan tanah liat rasanya rata dan tidak kesat. Jika dikepal dengan apak tangan, tanah liat mudah dibentuk.

Jika menanam di dalam tanah liat, akar akan terkumpul berhampiran dengan permukaan tanah. Jika menanam di dalam tanah berpasir pula, akarakan bergerak jauh ke dalam mencari air. Akar tidak perlu tumbuh dekat dengan permukaan untuk mendapatkan udara kerana udara banyak di dalam tanah yang berpasir.

Medium pula biasanya mengandungi bahan organik, misalnya kompos atau sabut kelapa. Bahan ini dipilih kerana ia mampu menyimpan nutrien dan air. Dalam masa yang sama, air mudah mengalir melaluinya.

Selain tumbuh ke arah air, akar perlukan udara untuk respirasi (proses pernafasan). Dalam proses ini, tenaga dihasilkan dan digunakan untuk pertumbuhan akar. Oleh sebab itu arah pertumbuhan akar diimbangi denagn tumbuh ke arah air dan udara.

Oleh kerana pola pertumbuhan akar berbeza jika di semai di dalam tanah liat atau tanah berpasir, apabila dialih, tumbuhan akan menghadapi masalah jika jenis tanah adalah berbeza. Jika semaian menggunakan tanah liat, ia elok dialih ke kawasan bertanah liat, dan begitulah sebaliknya.

Selain daripada struktur tanah, pH (keasidan tanah) juga memainkan peranan yang penting. Jika pH serasi, tumbuhan dapat menyerap nutrien dengan mudah. Jika pH tidak serasi, sukar untuk tumbuhan menyerap nutrien yang diperlukan.

Kebiasaannya, pH yang serasi untk tanaman ialah di antara 5.5 dan 6.5.

Cara yang terbaik untuk memahami tanah ialah menguji tanah. Maklumat yang diperoleh daripada ujian tanah boleh digunakan untuk tindakan selanjutnya untuk menghasilkan tanaman yang subur.

--------------------------------------
Bahagian 6 daripada 10

Benih kucai ada di dalam stok kami. Baka madu harganya RM5 satu pek. Setiap pek ada 10 benih.

Untuk pesanan, sms/whatsapp/telegram/viber/wechat 0175009364 atau emel [email protected] atau comment di dalam posting ini.

Perkara Asas Tentang Berkebun Di Rumah (Bahagian 5 daripada 10)



Bila menanam, biasanya kita guna tanah. Tumbuhan tumbuh di atas tanah, ataupun medium. Tanah adalah bahan yang telah sedia ada di dalam laman di sekeliling runah kita. Tanag berpasir, tanah liat, tanah lom.... semuanya tanah. Medium pula adalah bahan yang biasanya kita gunakan di dalam bekas atau pasu. Ia mungkin mengandung tanah serta bahan-bahan yang lain, misalnya sabut kelapa, kompos, hampas kopi dan sekam padi.

Di dalam proses menanam, tanah membantu dengan menyokong tumbuhan. Jika tanah tidak kukuh, tumbuhan mungkin mudah tumbang. Tanah juga menyimpan udara, air dan nutrien (baja). Tanah mempunyai ciri yang tertentu yang dimanfaatkan oleh tumbuhan. Ini biasanya berkat dengan struktur tanah, keupayaannya menyimpan udara, air dan nutrien.

Misalnya tanah pasir tidak mampu menyimpan air yang banyak kerana unsur pasir agak kasar. Jadi air bebas mengalir menerusi tanah pasir. Kesannya, tanah pasir juga lazimnya kurang bernutrien kerana nutrien yang ada akan terlarut dan hilang bersama air. Walaupun begitu, tanah berpasir mengandungi jumlah udara yang banyak. Udara juga diperlukan oleh tumbuhan.

Kita mudah kenal tanah berpasir kerana unsur pasir yang besar. Bila disentuh dengan tangan, pasir rasanya kesat. Jika digumpal, tanah pasir akan pecah. Ia tidak menggumpal. Jika dituang air, air akan cepat meresap dan hilang. Jadi, tanah berpasir cepat kering.

Kebiasaannya, tanah juga mengandungi bahan organik. Bahan organik adalah bahan yang berasal daripada tumbuhan atau haiwan yang telah mati dan mereput. Bagan organik elok kerana ia mempunyai ciri tanah iat dan tanah berpasir. Keupayaannya untuk menyimpan air dan nutrien adalah ciri tanah liat. Keupayaan bahan organik untuk menyimpan udara dan mengalirkan air adalah ciri tanah berpasir.

–-------------------------
Bahagian 5 daripada 10
Benih basil, atau juga dikenali sebagai selasih, boleh didapati daripada blog/laman ini. Lima pek harganya RM10. Setiap pek ada 10 benih. Untuk pesanan, sms/whatsapp/telegram/viber/wechat 0175009364 atau emel [email protected] atau comment dalam posting ini.

Perkara Asas Tentang Berkebun Di Rumah (Bahagian 4 daripada 10)

Pucuk bayam malabar
Sebelum kita bincangkan dengan lebih mendalam tentang pertumbhan tanaman, elok kita bincang dan faham dahulu tentang perkara yang perlu atau perkara yang mempengaruni pertumhan tanaman. Hanya dengan memahami perkara tersebut, kita boleh lakukan sesuatu untuk mengubah atau mengawal pertumbuhan tanaman dengan lebih berkesan.

1. Tanah atau media
2. Air
3. Nutrien
4. Hormon tumbuhan
5. Makhluk perosak

Jika diperhatikan, senarai yang diberi di atas tidak sama dengan unsur yang diperlukan oleh tumbuhan untuk proses membuat makanan, iaitu fotosintesis. Unsur yang diperlukan untuk proses fotosintesis ialah
1. Air
2. Udara (karbon dioksida)
3. Cahaya

Proses fotosintesis berlaku di dalam daun, jadi apa yang perlu ialah kita mesti bekalkan bahan atau kawal sekeliling supaya pokok dapat hasilkan daun yang subur. Bila dah daun subur, barulah pokok dapat jalankan proses fotosinsetis. Ketika itu barulah unsur di dalam senarai kedua diperlukan.

–-------------------------
Bahagian 4 daripada 10

Benih bayam malabar, atau juga dikenali sebagai sayur maharaja, boleh didapati daripada blog/laman ini. Lima pek harganya RM10. Setiap pek ada 10 benih.

Untuk pesanan, sms/whatsapp/telegram/viber/wechat 0175009364 atau emel [email protected] atau comment dalam posting ini.

Selasa, 7 April 2015

Tuaian Hari Ini -- Bayam dan kangkung

Bayam dan kangkung untuk sarapan.

Petak sayur, semai sekali sahaja.  Tuai kerat batang, jangan cabut akar, dapat sebakul.  Tumbuh lagi, kerat lagi, dapat sebakul lagi.  Kerat lagi, tumbul lagi....
Tanam sayur yang mudah, semai sekali, tuai berkali kali..... berbakul bakul.
Alhamdulillah.

Perkara Asas Tentang Berkebun Di Rumah (Bahagian 3 daripada 10)

Tumbuhan di sekeliling kita mempunyai maklumat tentangtanaman apa yang sesuai ditanam di tempat itu.

Jika peka dengan persekitaran, banyak kita dapat belajar tentang tumbuhan dengan memerhati tumbuhan di sekeliling kita.  Misalnya, perhatikan pohon yang ditanam oleh pihak majlis atau pemaju di sepanjang jalan di taman perumahan.  Walaupun pohon ditanam dalammasa yang sama, setiap pohon kelihatan berbeza dari segi pertumbuhan dan kesuburannya.   Setiap pohon ada kelebihannya yang tersendiri.  Tiada dua pokok mempunyai saiz dan rupa yang sama.  Pernahkan anda terlintas kena terjadi begitu?

Ini kerana, walaupun ditanam pada masa yang sama di kawasan yang sama, persekitaran setiap pohon adalah berbeza.  Pohon yang di sebelah timur menerima cahaya pagi paling cepat dan paling lama, manakala pohon yang paling barat menerima cahaya petang paling lama.  Ketika pohon sedang membesar, pohon yang pertama disiram mendapat air paling awal dan paling banyak kerana jumlah air yang ada masih banyak.  Pohon yang disiram paling akhir menerima air paling lewat dan paling sedkit kerana jumlah air siraman telah hampir habis.
Keadaan tana juga berbeza walaupun masih berdekatan.  Semua ini mempengaruhi pertumbhan tanaman.

Pertumbuhan juga ada kaitan dengan keserasian.  Misalnya jika tanam pokok kaktus, jika mendapat air yang banyak, kemungkinan pertumbuhannya terganggu.  Jika menerima jumlah air yang sedikit, pokok kakyus mungkin lebih subur berbanding pokok daripada jenis yang lain.  Pokok keladi pula mungkin lebih subur apabila menerima air siraman yang banyak dan akan terbantut jika kawasan ia ditanam kering kontang.

Kita juga boleh belajar dengan memerhati rumpai yang tumbuh. Jika kawasan dipenuhi pokok jerangau, kemungkinan besar kawasan tersebut mempunyai air yang bertakung.  Mungkin kawasan begini elok jika kita tanam kangkung, kesom dan kadok.Jika kawasan tersebut dipenuhi lalang, kemungkinan kawasan tersebut eok salirannya dan jika kurang hujan, kawasan tersebut menjadi kering.  Mungkin sesuai jika kita tanam bendi, buah naga, jagung.
Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ni, kebanyakan dari kita menaruh harapan yang tinggi.  Untuk memenuhi harapan tersebut, mungkin kita akan mencuba pelbagai kaedah.  Kita mungkin menabur lebih banyak baja, menyiram air dengan lebih kerap, bercakap dengan tanaman, dan yang taksup, mungkin memasang lampu supaya tanaman dapat terus berkerja membuat makanan walaupun sepatutnya sudah sampai waktu untuk pokok berehat di waktu malam.

Kadang-kadang tanaman seolah-olah faham tentang harapan kita, dan tanaman tersebut akan bekerja “lebih” untuk puaskan keinginan tuannya.  Jika tahan, akan hasilkan tuaian yang lebat dengan saiz yang besar.  Mungkin juga ada pokok yang mati kerana tidak mampu berterusan bekerja keras cuba menghasilkan yang baik untuk tuannya.

Jadi, seeloknya cuba fahami tabiat tanaman dengan memerhati sekeliling dan cuba usahakan yang terbaik.  Terbaik tidak semestinya tuaian yang terbesar, terlebat, atau tiada cela sebagaimana yang lazimnya diharapkan.  Cuba fahami keperluan sebenar tanaman untuk mendapat tuaian yang paling enak dan bermutu tinggi.  Ambil masa untuk memerhati sekeliling.  Perhatikan arah pergerakan matahari, pembentukan bayang bayang, taburan hujan, struktur tanah dan lain-lain yang mampu dimanfaatkan oleh tanaman.

Sambil itu jangan lupa, untuk hasilkan tanaman yang terbaik, mulakan dengan benih yang bermutu tinggi.

–-------------------------
Bahagian 3 daripada 10

Benih terbaru, benih kemunting, 1 pek 10 benih hanya RM2.  Tembikai gergasi, 1 pek 5 benih, RM10, cili gergasi 1 pek 10 benih, RM10.

Untuk pesanan, sms/whatsapp/telegram/viber/wechat 0175009364 atau emel [email protected] atau comment dalam posting ini.

Isnin, 6 April 2015

Perkara Asas Tentang Berkebun Di Rumah (Bahagian 2 daripada 10)

Sebelum ini saya ada nyatakan bahawa ia menjadi lumrah bahawa kita ingin tanaman kita mencapai tahap potensi maksima.   Untuk mencapai hasrat tersebut, kita sanggup lakukan apa sahaja sehingga kita terlupa tujuan asal kita menanam (untuk mereka yang menanam sayur atau buah-buahan untuk dimakan).

Saya pernah terbaca perbualan di dalam grup berkebun, mereka menggunakan bahan yang amat beracun untuk membunuh serangga.  Marah benar tu sehingga alpa yang mereka sebenarnya meracun diri sendiri serta keluarga..  Saya tidak mencelah kerana tidak percaya apa yang saya telah baca.  Terkejut dan terlintas, mungkin mereka dah jadi “kurang waras” akibat kesan sampingan racun tersebut.

Dua minggu lepas, ada seorang pekerja asing menyapa, menawarkan khidmat sembur racun untuk hapuskan rumpa di sekeliling ruang menanam.  Dengan lembut saya beritahu, saya tak meracun sebab sayur yang saya tanam, buat makan keluarga.

“Tarak Baiya.  Ini racun selamat, boleh makan.”

Saya renung mata pekerja tersebut, cuba memahami kenapa degil sangat.  Saya ulang semula dengan cara yang ebih mudah difahami.

“Situ saya tanam sayur.  Sayur saya makan. Isteri makan. Anak-anak makan. Cucu makan.  Saya tak mahu rahun.  Saya mahu sihat.”

Pekerja tersebut tidak mahu berganjak.

“Baiya, ini racun selamat.  Boleh makan.  Tiga pulu ringgit saja.  Jangan kedekut sangat....”  pujuk pekerja tersebut.

Tanaman sayur yang ditanam bebas racun.
Saya berhenti dari aktiviti berkebun dan sapu tanah yang terlekat pada tangan.  Saya suruh dia tunggu dan masuk ke rumah.  Saya keluar dengan satu cawan pakai buang yang bersih.

“Macamni, awak isi racun tu dalam cawan ni.  Awak minum.  Kalau lepas minum awak masih OK, saya upah awak sembur kawasan sayur saya.”  Arahan saya jelas.

Dia terkejut, terdiam sekejap dan berkata, “Baiya, mana boleh minum.  Ini racun, saya minum saya mati!”

“Tadi awak kata boleh makan.  Time awak tak mahu pula makan.  Saya mati awak tak kisah, awak mati awak kisah.”

Dia hulurkan tangan, bersalam dan berlalu.  Mulut terkumat kami dalam bahasa urdu.

Itu pegangan kami, aktiviti ini aktiviti untuk menghasilkan makanan yang terbaik.  Kami tidak akan gunakan racun atau sarankan penggunaan apa sahaja yang berbahaya.

--------------------------
Bahagian 2 daripada 10

Benih terbaru, 10 pek benih termasuk 2 jenis sawi, kangkung, bayam malabar, timun.  Hanya RM10.  Harga berasingan RM20.  Kendalian poslaju RM10.  Kendalian posbiasa RM5 (setem RM4, kadar bungkusan kecil).

Untuk pesanan, sms/whatsapp/telegram/viber/wechat 0175009364 atau emel [email protected] atau comment dalam posting ini.

Perkara Asas Tentang Berkebun Di Rumah (Bahagian 1 daripada 10)

Semaian yang baru bercambah.
Tumbuhan bukannya perkara baru untuk kita. Sekeliling kita, sememangnya dipenuhi dengan tumbuhan. Ruang halaman rumah, semak, padang, belukar, kebun, hutan belantara, paya dan ladang. Semuanya hijau. Ada insan yang cuba halang pertumbuhan yang menjadi asas kepada kehidupan di bumi ini, dengan menampal konkrit, menutup bumi, namun ada tumbuhan yang degil yang akan muncul juga di celah-celah rekan konkrit ini.

Apa yang penting sangat tentang tumbuhan?

Penting.... amat penting.
Ia menjadi asas kepada kehidupan kita, kerana tumbuhan membekalkan sumber tenaga kita. Makanan yang kita makan, walaupun daging, bermula daripada tumbuhan.

Ini kerana punca tenaga di bumi ini adalah suria. Ia dituai oleh tumbuhan menggunakan daunnya yang menghijau dan menyimpan dalam bentuk makanan.

Saya perhatikan, orang baru yang berkebun di rumah mempunyai harapan yang tinggi terhadap tanamannya – setara dengan harapan terhadap anak sulungnya.

Ini tidak menghairankan kerana mereka mengharapkan yang terbaik. Jika ada cela sedikit pada daun, mereka akan bertanya, mengapa dan bagaimana mengatasinya? Jika tanaman lambat besar, mengapa lambat membesar? Jika pokok bunga tidak lebat bunganya, mengapa mengapa, dan mengapa? Jika daun sayurnya bertukar menjadi kekuningan, mengapa mengapa mengapa? Jika ada serangga perosak singgah, mengapa, mengapa, dan mengapa?

Ketika cuba memahami dan mencari penyelesaian kepada soalan mengapa, mengapa dan mengapa, kadang kadang kami terjebak menjadi seperti sifu sedangkan kami sebenarnya bukan sifu.
Kami hanya mencari punca masalah yang kadangkala bukan masalah pun, dan cuba mencadangkan penyelesaiannya. Maka timbullah petua-petua yang entah apa-apa, entah betul entahkan tidak. Petua ini mungkin berubah mengikut pengalaman yang dilalui.

Dan jika tidak memahami apa yang berlaku mungkin akan muncullah istilah yang dimistikkan, misalnya tangan sejuk dan tangan panas. Petua yang diberi kadang-kadang “menjadi”, kadang-kadang hampa.

Ada yang mengikut ajaran sifu mereka membuta tuli seperti mengikut ajaran agama, tidak berani menyoal kerana bimbang dicop wahabi – wahabi berkebun.

Kami di tanamsendiri tidak ingin menjadi sifu dan sememangnya bukan sifu dan tidak terlintas untuk menjadi sifu. Kami hanya ingin berkongsi, daripada pengalaman kami ketika berkebun di rumah serta bersandarkan sedikit pengetahuan dalam sains hayat kerana first degree kami daripada disiplin tersebut, serta daripada literatur yang sedia ada yang dapat kami baca. Cara pemerhatian kami juga terhad kerana perkakas yang kami ada terhad, kebanyakannya pun daripada teknologi lama sisa aktiviti terdahulu. Jadi cadangan yang kami beri bersandarkan sumber yang terhad.

Berkebun skopnya luas. Baka, cuaca, lokasi (persekitaran), tanah; semuanya mempengaruhi tanaman. Apa yang kami kongsi mungkin serasi di laman kami tetapi disebabkan faktor luaran, ia mungkin tidak serasi di laman rakan-rakan. Oleh itu, janganlah pula ikut cadangan kami tanpa mencari cara lain yang lebih serasi. Cari, cari dan cari; sehingga temui kaedah yang serasi. Yang penting, enjoy gardening.

Siri artikel ini akan membincangkan perkara asas yang kami fikir perlu untuk membantu rakan-rakan membuat keputusan yang lebih baik ketika menjalankan aktiviti berkebun di rumah.
–-----------------------------
Bahagian 1 daripada 10

Ahad, 5 April 2015

Bila Menanam Secara Organik, Serangan Serangga Perosak Hanya Sementara

Petak Sayur Hijau

Sayur dalam petak hijau kelihatan begitu subur. Ini kerana setiap petang beberapa hari sebelum ini hujan lebat. Tanaman mendapat air yang cukup. Seperti biasa bila cuaca sesuai untuk pertumbuhan, serangga pula sedia untuk membiak. Pesta "kahwin" serangga sememangnya meriah. Masalahnya kita yang berkebun terpaksa jadi sponsor untuk majlis perkahwinan serangga terutamanya belalang.
Walaupun begitu, kebiasaannya jumlah sayur yang dimakan belalang lazimbya tidak banyak. Cuma entah kenapa kali ini jumlah dan yang makan lebih dari kebiasaan. Daun pokok bayam dan kailan kelihatan begitu ketara cela selepas serangan belalang.
Kedaan sebegini tak lama kerana kami jalankan aktiviti berkebun secara organik. InsyaAllah tak lama lagi burung akan menyedari kehadiran belalang, dan burung akan berkunjung untuk kenduri belalang pula. Apabila burung berkunjung, bilangan belalang akan berkurang dengan mendadak dan jumlah daun yang rosak akan berkurangan.

Rabu, 1 April 2015

Petak Herba

Petak Herba
Petang semalam hujan renyai-renyai.  Boleh lah keluar awal sedikit berman dalam laman sebab suhu tak terlalu tinggi.  Dapat kemaskan sedikit ruang ni.  InsyaAllah pagi ni ajak Puteri (anak kecil) labelkan setiap pokok.