Tiga minggu yang lepas kami ada membina batas timbun (raised bed) menggunakan batu blok yang diisi dengan tanah kebun yang digaul dengan pasir dan komppos daripada kandang kambing. Ketika ini tempat kami dirahmati dengan hujan di sebelah petang, jadi kami belum setup sistem titis. Cahaya matahari penuh, jadi amat sesuai untuk tanam sayur daun seperti sawi, kailan dan kangkung.
pH tanah ketika menanam ialah 5.5, kini telah stabil pada 6.5. Tanah elok strukturnya dan cacing mula membiak dan dah gemuk.
Petak tersebut ditanam mulberi (pokok utama dan kekal) di diselit sayur hijau iaitu sawi renek, kangkung dan salad. Semalam tepat 3 minggu anak-anak pulang dan kami tuai sayur daripada petak tersebut untuk dihidangkan dalam steamboat.
Niatnya anak-anak pulang, bolehlah buat petak tanaman bersama-sama, tetapi hujan lebat jadi aktiviti outdoor dibatalkan.
Jadi aktiviti tertumpu kepada steamboat sahaja. Memang best sebab sayur rangup bersari manis. Ada yang makan sayur tanpa dimasak. Ketika menuai saya dapati sayur amat rapuh. Ketika membasuhnya, saya boleh rasa sayur meretak (cracking) dan tangkai patah kerana terlalu rangup.
Inilah yang best jika tanam sendiri sayur untuk makanan. Sayur sebegini tidak menunjukkan kesan serangan serangga perosak walaupun kami tidak menggunakan racun. Ini kerana kami amalkan kaedah pengurusan serangga perosak. Kaedah tersebut ada dibincangkan dalam posting terdahulu, serta di dalam ebook "Menanam Secara Organik Di Rumah." Ebook tersebut terlalu panjang, jadi sekarang saya pecahkan ebook tersebut kepada 4 fail.
Hari ini saya topup tanah dengan bahan karbon untuk menggantikan karbon yang dikeluarkan daripada tenah, iaitu tuaian. Tujuan menggantikan apa sahaja yang diambil ialah untuk mengekalkan kesinambungan komuniti tanah. Ini kerana saya amalkan kaedah menanam secara organik.
Kaedah yang saya gunakan mungkin berbeza sedikit dengan apa yang diamalkan oleh professional grower kerana by training saya orang biology, jadi kaedah yang saya gunakan memanfaatkan komuniti di dalam tanah.
Prinsip yang dipegang, jaga tanah biar hidup, tanah akan jaga tanaman. Semuanya ada dicatat di dalam ebook tersebut.
subur...
BalasPadamHarga sayur n buah dh mlambung...tgh cari ruang utk grow wat we eat...
BalasPadamEn is...sawi boleh dipetik selepas brp lama tanam?
BalasPadamBiasanya 4 hingga 6 minggu. Ikut keadaan.
Padam