Teks pendahuluan daripada ebook "Menanam Secara Organik Di Rumah." SMS/Whatsapp 0175009364 untuk dapatkannya. Hari ini ada offer. Ebook + Set Ulam + Set Salad, hanya RM100. Pembeli ebook ini juga akan dipelawa menyertai Group "Menanam Secara Organik Di Rumah." Group ini belum aktif sepenuhnya. Mulai Januari, saya akan mula upload video dan nota berkait dengan aktiviti berkebun secara organik ke group tersebut untuk membantu memudahkan pembeli menjalankan aktiviti berkebun di perkarangan rumah.
Pengarang telah berkebun sejak dari kecil lagi, kerana ketika itu ayah pengarang ada tanah kebun. Jadi, sejak dari zaman pra-sekolah lagi pengarang telah mula di dedahkan dengan aktiviti berkebun.
Tanah tersebut terbahagi kepada dua bahagian iaitu kawasan yang tidak ditenggelami air dan kawasan yang tenggelam ketika musim tengkujuh. Kawasan yang tidak tenggelam di musim tengkujuh ditanam dengan pokok kekal, termasuk rambutan, limau manis, limau gajah, mangga, mempelam dan ciku.
Kawasan yang ditenggelami air di musim tengkujuh ditanam dengan sayur-sayuran, jagung dan ubi keledek, iaitu tanaman jangka pendek. Apabila masuk bulan Oktober, sebelum musim tengkujuh, kawasan ini diganti dengan kangkung, kesom dan sayur-sayuran lain yang tahan air.
Oleh kerana rumah pengarang jauh daripada kebun, sukar untuk kami menyiram setiap hari. Kami hanya menyiram di peringkat awal sahaja, iaitu ketika menyemai. Selepas itu kami bergantung sepenuhnya kepada hujan.

Walaupun tidak disiram, ketika itu, kawasan tersebut mendapat hujan yang cukup. Di musim kemarau, pokok dapat bertahan lama kerana kaedah menanam yang digunakan mampu menyimpan air di dalam tanah dalam masa yang lama. Kekurangan air tidak menjadi masalah utama kepada kami di dalam aktiviti berkebun.
Kaedah yang digunakan ketika itu memungkinkan tanaman mendapat bekalan air yang cukup walaupun kebun telah lama tidak disiram.
Tidak dinafikan ketika di peringkat awal kami berkebun, rumpai menjadi masalah yang utama kerana kawasan tersebut dipenuhi dengan lalang. Tanah dibajak sebelum menanam, tetapi ayah pengarang mendapati aktiviti tersebut telah mendedahkan tanah yang menyebabkan kawasan tersebut lebih mudah ditumbuhi rumpai, serta tanah juga lebih mudah menjadi kontang. Bahagian tanah atas yang subur juga mudah hilang dibawa air ketika hujan lebat.
Masalah rumpai dan air dapat diselesaikan dengan menggunakan sungkupan, iaitu menutup permukaan tanah dengan jerami jagung, daun kering, dan keratan rumpai yang telah dibiarkan reput.
Setelah selesai menuai, timbunan jerami dan rumpai dibiarkan mereput di dalam kebun. Selepas beberapa minggu, timbunan tersebut menjadi semakin rendah dan setelah timbunan hampir mereput sepenuhnya, yang tinggal hanyalah jerami dan ranting serta serbuk yang kehitaman seperti serbuk kopi.Pengarang dan adik adik ditugaskan untuk mengutip serta menabur serbuk tersebut di kawasan tanaman. Walau pun tidak mengetahui bahawa kaedah tersebut telah dilakukan dengan jayanya di kebun di negara lain, kami dengan secara kebetulan telah mengamalkan kaedah yang kini dikenali sebagai “berkebun secara organik”. Kaedah tersebut telah diamalkan oleh beberapa genarasi di dalam keluarga kami. Oleh kerana kebun tersebut terletak jauh dari rumah, pengarang tidak berpeluang untuk ke kebun setiap hari. Aktiviti hanya tertumpu di hujung minggu ketika cuaca elok.
Pengarang mula melepaskan rindu berkebun dengan menanam sendiri di belakang rumah selepas pulang dari sekolah. Aktiviti dilakukan sebelah petang kerana kami tinggal di kawasan berdekatan dengan laut yang suhunya amat tinggi.
Tanah berpasir, suhu yang tinggi, persekitaran yang kering, angin yang kencang serta tanaman sering diganggu ayam dan kambing peliharaan jiran menjadi cabaran utama kepada pengarang ketika itu.
Namun begitu, kebun di belakang rumah pengarang yang ketika itu masih belajar di sekolah rendah boleh dibanggakan. Tanaman kacang panjang, timun, labu manis, tebu, pisang, cili, terung dan tomato menjadi makanan harian pengarang sekeluarga.
Kadang-kadang ada jiran datang bertandang untuk menuai pucuk labu untuk dibuat sayur. Ketika itu juga pengarang mengetahui bahawa ada bahagian tumbuhan yang boleh dimakan. Misalnya labu manis, bukan sekadar memakan buahnya. Daun dan bunga boleh dibuat sayur.
Di peringkat awal, aktiviti berkebun sememang memenatkan kerana persekitaran belum seimbang untuk aktiviti berkebun. Pengarang terpaksa menimba air daripada telaga dan diangkut dengan baldi ke belakang rumah secara manual untuk menyiram. Untuk baja pula, pengarang mengangkut sisa bakar daripada tempat membakar. Ketika itu tiada Majlis Perbandaran yang datang mengutip sampah. Sisa organik yang tidak dapat dikitar semula di bakar di dalam lubang yang telah digali.

Biasanya sisa cebisan kertas dan kayu daripada rumah-rumah yang berdekatan di bakar di situ. Kertas dan plastik yang masih elok dijual di pasar untuk digunakan sebagai pembungkus sayuran dan ikan. Botol kaca dibersihkan dan dijual ke kilang kicap, cuka keropok dan budu. Ketika itu belum ada botol plastik. Sisa dapur pula dijadikan makanan haiwan ternakan. Tiada satu pun dibazirkan.
Kadang-kadang pengarang mengaut tanah di bawah reban ayam, dan diletakkan di dalam lubang bakar. Selepas dibakar, sisa dikutip untuk dijadikan baja. Ada juga antara jiran yang memerhati dari jauh kerana kagum dengan aktiviti kami adik beradik. Jiran yang berpengalaman berkebun betandang berkongsi pengetahuan. Aktiviti ini memang sukar, tetapi kerana minat, pengarang teruskan juga. Apabila tanaman telah tumbuh memenuhi ruang menanam dengan subur, pengarang tidak lagi perlu bersusah payah kerana tidak lagi perlu menyiram dengan kerap kerana tanah kekal lembap. Pohon yang besar yang ditanam di sepanjang pagar rumah memecahkan tiupan angin dan ini mengurangkan kadar kehilangan air melalui sejatan. Daun-daun yang luruh serta sisa kebun yang reput digunakan sebagai sungkupan. Bahan tersebut juga akan terurai secara perlahan-lahan seterusnya menjadi baja. Cuma kadang-kadang pengarang tidak berpuas hati dengan hasil tuaian kerana ia agak kecil berbanding dengan sayur di pasar. Ketika itu pada sangkaan pengarang, pokok kecil disebabkan kekurangan baja.
Pernah pengarang mengajak abang sepupu temankan ke Pejabat Pertanian di pekan Chukai dengan tujuan untuk membeli baja. Bayangkan anak kecil dalam darjah 3 dengan abang sepupu dalam darjah 5 berpimpin tangan melintas jalan dengan seorang daripadanya membawa tin susu pekat manis yang telah dikeluarkan penutup atas. “Nak baja apa?”, tanya pegawai yang dari wajahnya kagum kerana ada anak kecil berkunjung ingin beli baja.“Baja pokok,” jawab pengarang.“Tanam pokok apa?” Tanya pegawai tersebut untuk tentukan baja yang sesuai.Setelah diberitahu, tin susu diisi penuh dengan baja yang rupanya seperti garam. Kemungkinan besar baja urea yang lazimnya digunakan untuk daun.Saya keluarkan duit syiling 10 sen untuk membayar harga baja. “Tak perlu bayar, nak apa-apa lagi adik datang aja. Baja, benih, semua boleh dapat di sini. Ini kerajaan punya, milik kita semua. Semuanya diberi percuma. Tapi lain kali jangan datang sendiri, bahaya lintas jalan. Datang dengan ayah.” Pesan pegawai tersebut.Dengan baja tersebut, pengarang mendapat pengalaman menanam secara tak-organik buat pertama kalinya. Dengan riangnya, setiap pokok ditabur baja. Tidak sabar untuk melihat hasilnya. Keesokan harinya, cepat-cepat pulang dari sekolah untuk melihat pokok yang subur.
Alangkah terkejutnya apabila melihat sebahagian besar daripada tanaman melecur seperti terbakar. Lebih daripada separuh tanaman mati akibat terlebih baja. Apabila ayah pengarang pulang, pengarang diajar tentang penggunaan baja tak organik dengan cara yang betul. Pokok tumbuh subur, gemuk. Tetapi lebih air diperlukan. Belum sempat tuai, timbul masalah baharu.

Sebahagian besar daripada tanaman telah dimakan ulat. Kacang berlubang, cili melecur, terung bengkok ada ulat di dalamnya. Sebelum ini ada serangan ulat tapi serangannya tidak seteruk selepas menggunakan baja sintetik.Pengarang ketika itu tidak tahu amalan berkebun sebelumnya adalah amalan berkebun secara organik dan amalan kemudiannya adalah amalan berkebun secara tak-organik. Walaupun amalan berkebun secara tak-organik jelas mengundang masalah yang baru, pengarang tidak mengetahuinya. Yang pengarang sangka ialah pokok rosak kerana tidak meracun. Mujurlah ketika itu racun tidak dijual kepada kanak-kanak. Sekarang setelah lama berkebun di rumah, pengarang sedar bahawa, bukan kaedah yang digunakan salah, tetapi penanaman tak-organik itu sendiri sebenarnya adalah amalan yang kurang elok kerana kaedah itu sendiri mengundang masalah yang baru.
Tuaian tidak gemuk bukannya bermakna tuaian kurang bermutu.
Jika dikecap, rasanya jauh lebih enak daripada sayur di pasar (yang ditanam secara tak-organik), dan pastinya tuaian tak gemuk tersebut jauh lebih berkhasiat. Buku ini ditulis berdasarkan amalan yang telah dipraktikkan oleh pengarang sejak kecil lagi yang telah diajar oleh ayahnya serta lain-lain kenalan yang berpengalaman berkebun di rumah.
Kaedah tersebut dikemaskan lagi melalui pengalaman yang diperoleh ketika belajar. Pengarang bukannya lulusan pertanian, jadi kaedah yang digunakan mungkin berlainan sedikit daripada yang telah diamalkan oleh pekebun yang mengamalkan kaedah yang konvensional.

Pengarang adalah lulusan biologi atau sains hayat. Ilmu tentang komuniti hidupan di dalam tanah digunakan untuk memanfaatkan mutu tanah serta kawalan makhluk perosak.
Buku ini ditulis khas untuk aktiviti menanam di rumah oleh mereka yang sibuk bekerja. Ia ditulis dengan bahasa yang ringkas yang mudah difahami semua. Perkakasan yang diperlukan juga adalah ditahap yang minima. Sasaran pengarang ialah pembaca dapat menghasilkan tuaian yang bermutu tinggi, enak dimakan, bebas racun, tidak memerlukan masa yang banyak untuk penjagaan serta menjimatkan perbelanjaan dapur. Selamat membaca dan selamat berkebun.
Baru terbaca 'post' En. Iskandar yang ini. Sangat bagus dan memberi inspirasi. Saya teruja untuk terus mengikuti blog En. Iskandar.
BalasPadam