Halaman

Cari Blog Ini

Ahad, 27 Disember 2015

Rumpai Ada Manfaatnya...

Apabila disebut rumpai, ia menjadi suatu yang menggerunkan mereka yang menjalankan aktiviti berkebun, dan ada yang akan terus terfikir untuk dapatkan racun rumpai untuk menghapuskannya dengan mudah.

Rumpai adalah tumbuhan yang tumbuh di tempat yang tidak dikehendaki.  Biasanya rumpai dikaitkan dengan tumbuhan yang tidak dikehendaki yang tumbuh di dalam ruang tanaman.

Kadang-kadang rumpai tumbuh di kawasan yang terbiar, terutamanya di kawasan yang tanahnya terdedah.  Ini bukannya sesuatu yang tidak elok kerana rumpai atau juga disebut semak membantu menutup ruang yang terdedah dan menghalang kerosakan pada tanah akibat daripada hakisan air selepas hujan serta hakisan angin.

Jadi secara semulajadi, rumpai membantu menyelamatkan bumi ini.  Ia juga meningkatkan biokepelbagaian, serta membekalkan makanan kepada hidupan lain.  Kehadiran rumpai juga menandakan tanah subur.  Ia mampu menampung tumbuhan walaupun tidak disiram dan dijaga.

Rumpai bukannya suatu yang tidak elok.  Ia sebenarnya elok untuk bumi ini.

Untuk ketahui manfaat serta bagaimana untuk manfaatkan rumpai, sila rujuk ebook "Menanam Secara Organik Di Rumah".
Harganya RM50.  Hari ini ada surprise gift.  Pesan sekarang.
Whatsapp 0175009364 untuk buat pesanan.

1 ulasan:

  1. saya memang x gunakan racun rumpai untuk rumpai. saya akan komposkan atau buat sungupan batas. alhamdulillah, kondisi tanah semakin baik dan tanah juga lebih mampu tampung kelembapan. cacing juga makin banyak.

    BalasPadam