Halaman

Cari Blog Ini

Rabu, 23 Disember 2015

Niatnya Ada

Bila sebut saja aktiviti berkebun (sayur) di rumah, bebarapa isu atau persoalan akan disebut sebagai alasan untuk tidak menjalankan aktiviti tersebut. Antara alasan yang lazim ialah, tiada masa, tiada ruang, tiada pengetahuan atau kemahiran, masalaah serangan perosak, dan tiada benih yang elok.
Untuk alasan yang pertama, saya tidak dapat bantu kerana masa yang dianugerah kepada kita sama, iaitu 24 jam sehari. Orang berduit mengatasi masalah tersebut dengan membeli masa orang lain. Kita bekerja, sebenarnya kita jual masa kita kepada seseorang, sesebuah organisasi, ataupun kepada negara. Jika disambung cerita tentang masa, saya terpaksa buka satu laman baru, jadi biarlah anda sendiri yang buat keputusan.

Alasan kedua, tiada ruang. Ini memang benar, ruang adalah faktor penting. Ada pengunjung yang begitu bersungguh mencari ruang. Ruang di antara bangunan, ruang di depan jalan mati, ruang di sepanjang tepi storm drain, ada yang menyewa ruang di atas bangunan. Untuk orang macam kita, mungking gantung pada dinding, tiang rumah, di tepi tingkap. Yang rahmat ada ruang bertanah, janganlah dibazirkan. Orang lain menangis nakkan ruang. Yang tidak bertanah, janganlah merintih, cari penyelesaian.

Masaalah tiada pengetahuan atau kemahiran, serangan makhluk perosak dan lain-lain, insyaAllah kami ada sediakan peluang untuk menyelesaikannya. Kami ada buka blog dan laman untuk berkongsi pengalaman berkebun. Saya ada tulis ebook (dan buku bercetak dalam penerbitan) berkait dengan aktiviti berkebun. Terkini, ebook "Menanam Secara Organik Di Rumah". SMS/Whatsapp 0175009364 untuk buat pesanan.

Untuk dapatkan benih, pasaraya, kedai nurseri, kedai pertanian ada. Tiada masa ke sana, kami ada kongsikan benih dengan nilai yang murah semurah sepinggan nasi lemak segelas teh tarik.

Aktiviti semalam, membina petak tanaman ke 5. 

Aktiviti semalam, membina petak tanaman ke 5. Di sebelah pagi kami menyusun bata dan meletak lapik kotak yang disiat. Petak ini kecil sahaja iaitu 6 kaki persegi, kerana ruang di tepinya tidak rata, jadi kami biarkan ruang tersebut kosong. Tujuan ruang dilapi kotak ialah untuk mengawal rumpai dan menghalang pertambahan mikroorganisma tanah secara mendadak di luar petak tanaman dan supaya perumahan persekitaran berlaku dengan lebih perlahan, supaya tanaman di dalam petak dapat dimanfaatkan pada tahap yang optima.

Di sebelah petang kami isi petak tersebut dengan campuran tanah untuk menanam. kandungan campuran tertumpu kepada pembentukan struktuur tanah, pH dan kandungan bahan organik yang serasi dengan tanaman.

Saya tutup permukaan tanah yang terdedah dengan jaring plastik, maklum sajalah kalau kucing nampak, wohoooo.... ini jamban kelas satu.


Alat uji tanah digital, memudahkan tetapi bukannya alat yang wajib dimiliki.
Ada banyak gejet dan perkakas yang memudahkan kita menjalankan aktiviti berkebun. Gejet elektronik seperti ini bukannya suatu kemestian, tetapi ia memudahkan kita dan mengelakkan daripada main agak-agak.

Tanah yang diisi ke dalam petak disukat nilai pH nya. 6.5 adalah nilai yang serasi untuk menanam sayur. Mengapa ada julat yang serasi? Ia ada kaitan dengan kadar pertumbuhan populasi hidupan di dalam tanah, kadar penyerapan nutrien dan keupayaan menyerap nutrien tertentu.
Suhu tanah tak lah dirisaukan sangat sebab di negara kita inilah suhunya. Bagaimanapun kita nak elakkan suhu terlalu tinggi kerana jika terlalu panas, pokok mati atau terbantut pertumbuhannya.
Air pun nak pakai meter? Ia membantu sebab kadangkala tanah kelihatan kering tapi air cukup, tanah kelihatan basah, tapi di dalamnya kering. Meter banyak membantu memberitahu situasi yang sebenar.

Sukat cahaya? Hmmm.... bolehlah pakai meter, tapi lebih praktikal kalau silau silau sendiri. Kalau cerah, tanda ada cahaya matahari. Kalau gelap, hmmmm....

Buku tiga lima menjadi pelantar catatan aktiviti berkebun.

Simpan jurnal, sirius, ia akan banyak membantu di kemudian hari.
Kami guna buku tiga lima disimpan di dalam plastik zip.


Untuk mempelajari atau memahami aktiviti tersebut dengan lebih lanjut, sila rujuk ebook "Menanam Secara Organik Di Rumah" yang kini diedarkan melalui emel. Pembeli juga dipelawa ke group "Menanam Secara Organik Di Rumah." Bermula dari awal Januari, kami akan muat naik video yang berkait. jangan lepaskan peluang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan