Membajak, menyangkul, menggala, atau menggali, adalah proses mengerjakan tanah untuk tujuan melonggarkan tanah secara mekanikal. Ia memberi kesan yang ketara terhadap pertumbuhan tanaman.
Ia membolehkan akar, udara dan air tembus jauh ke dalam tanah.
Dengan membajak juga, baja dapat digaul dengan tanah untuk tujuan meningkatkan kualiti tanah. Suatu yang elok.
Bagimanapun, jangan amalkan selalu. Memadai ketika kali pertama menanam sahaja. Kerana apabila membajak, anda dedahkan bahagian dalam tanah kepada terik matahari.
Aktiviti membajak yang berlebihan merosakkan struktur tanah, mengoksida nutrien, serta mengurangkan kandungan bahan organik. Rugi kita.
Dengan menambah oksigen (ketika membajak), anda meningkatkan kadar aktiviti pertumbuhan mikroorganisma, secara langsung meningkatkan kadar aktiviti penguraian bahan organik. Ia juga mengalih kedudukan organisma di dalam tanah. Banyak organisma di dalam tanah akan mati.
Jika tanah berada di dalam keadaan yang baik, elakkan membajak atau menyangkul.
Saya pernah melihat orang menyangkul ketika hujan atau selepas hujan. Jaka saya, saya tidak akan buat begitu. Menyangkul ketika tanah terlalu basah akan merosakkan stuktur tanah. Begitu juga jika menyangkul ketika musim kemarau.
Ada juga yang membalik-balikkan tanah ketika menyangkul. Ini juga amalan yang tidak elok kerana tanah aras atas adalah tanah yang subur. Tanah bawah mengandungi mineral yang banyak apabila dicangkul naik ke permukaan akan membekalkan mineral (mikronutrien) yang berlebihan yang menjadi toksik kepada tanaman.
Jika perlu membajak atau menyangkul, lakukan pada tahap yang minima.
----------------------------
Tawaran November,
Tanamsendiri versi buku, jilid 1, 2, dan 3,
Ebook "Menyediakan Tanah Semaian"
22 pek benih sayur daun.
Hanya RM100, sangat murah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan