Khamis, 19 November 2015

Benih Untuk Dijual -- Set Ulam

Anak pokok ulam raja.

Set Ulam, RM30, SMS/WhatsApp 0175009364 untuk pesanan 
Set ini mengandungi 15 pek benih dari sayur yang biasanya dibuat ulam.
Set mengandungi benih berikut:

1. Ulam raja (3 pek)
2. Timun (3 pek)
3. Kacang botor (3 pek)
4. Kacang panjang (3 pek)
5. Cili (3 pek)

Cara Menanam
Ulam Raja
Rendam benih dalam air suam (40 darjah C selama 2 hingga 12 jam).
Semai benih dalam kedudukan mendatar dalam lubang sedalam 1 cm.  Gunakan tanah atas (topsoil) atau tanah khas untuk semaian.  Sembur air menggunakan botol penyembur (spray) supaya tanah kekal lembap.
Benih akan bercambah selepas 5 hari.
Alih ke dalam pasu atau ke atas tanah bila ada 4 helai daun.  Siram sekurang-kurangnya sekali sehari.
Untuk dapatkan pokok yang bercabang, kerat tunas utama bila pokok mencecah 15 cm (6 inci).  Untuk kekalkan daun besar, cubit buang bunga yang tumbuh.

Cara Menanam 
Timun 
Gunakan baja yang kaya dengan organik.  Gaulkan dengan tanah 1 atau 2 minggu sebelum menanam.
Rendam benih dalam air suam selama 2 hingga 12 jam.  Jika tanam atas tanah, semai dalam lubang sedalam 3 cm dan jarakkan kira-kira 60 cm.  Semai 2 biji dalam satu lubang.  Benih akan bercambah dalam masa 2 hari.  Selepas dua minggu, buang anak pokok yang lebih kecil.
Jika semai dalam bekas semaian, semai 1 atau 2 benih dalam setiap sel/lubang.
Pokok memerlukan banyak air terutamanya ketika berbunga. Bagaimanapun jangan siram sehingga air bertakung.  Untuk kekalkan lembapan tanah, tutup tanah dengan lalang atau jerami padi.
Merumput secara manual.  Jangan gunakan racun rumpai.  Pokok timun akan terbantut jika terkena racun rumpai.
Buang pucuk yang tumbuh di bahagian bawah pokok.  In akan mengalakkan pokok menjadi terlalu rimbun dan menambah lembapan dalam udara.  Udara yang lembap menjadi punca pokok dijangkiti kulat.
Pokok timun adalah pokok memanjat.  Anda perlu gunakan kayu atau ranting pokok timun memanjat.

Cara Menanam
Kacang Botor
Gunakan baja yang kaya dengan organik.  Gaulkan dengan tanah 1 atau 2 minggu sebelum menyemai.
Rendam dalam air suam selama 2 hingga 12 jam.  Semai dalam lubang sedalam 3 cm dan jarakkan kira-kira 60 cm.  Semai 2 biji dalam satu lubang.  Selepas dua minggu, buang anak pokok yang lebih kecil.
Jika semai dalam bekas semaian, semai 1 biji satu sel. Alih ke tanah atau pasu besar selepas 2 minggu atau buila terdapat 2 set daun.
Kacang botor bercambah dalam masa 2 minggu selepas disemai.
Pokok kacang botor memerlukan banyak air terutamanya 10 hari pertama selepas menyemai.  Bagaimanapun, jangan biarkan air bertakung.  Untuk kekalkan lembapan tanah, tutup tanah dengan lalang atau jerami padi.
Merumput secara manual apabila rumpai mulai tumbuh untuk mengelakkan persaingan baja.
 Pokok kacang botor adalah pokok memanjat.  Anda perlu gunakan kayu pancang atau ranting pokok memanjat.
Buah dapat dituai selepas 12 minggu menyemai.
Kacang Panjang
Gunakan baja yang kaya dengan organik.  Gaulkan dengan tanah 1 atau 2 minggu sebelum menyemai.
Rendam dalam air suam selama 2 hingga 12 jam.  Semai dalam lubang sedalam 3 cm dan jarakkan kira-kira 60 cm.  Semai 2 biji dalam satu lubang.  Selepas dua minggu, buang anak pokok yang lebih kecil.
Jika semai dalam bekas semaian, semai 1 biji satu sel. Alih ke tanah atau pasu besar selepas 2 minggu atau buila terdapat 2 set daun.
Kacang bercambah dalam masa 5 hari selepas disemai.
Pokok memerlukan banyak air terutamanya 10 hari pertama selepas menyemai.  Bagaimanapun, jangan biarkan air bertakung.  Untuk kekalkan lembapan tanah, tutup tanah dengan lalang atau jerami padi.
Merumput secara manual apabila rumpai mulai tumbuh untuk mengelakkan persaingan baja.
 Pokok kacang panjang adalah pokok memanjat.  Anda perlu gunakan kayu atau ranting pokok memanjat.
Buah dapat dituai selepas 6 atau 7 minggu menyemai.

Cara Menanam
Cili

Cili amat sesuai di tanam di negara kita kerana ia memerlukan iklum yang panas dan lembap.  Gunakan tanah yang yang kaya dengan organik.  Semai benih dalam bekas semaian.  Apabila saiz pokok tumbuh setinggi 4cm (1 1/2 inci) cabut pokok yang rapat, asingkan dalam bekas atau pasu kecil bersaiz 6 hingga 9 cm (3 hingga 3 1/2 inci).  Apabila pokok semakin membesar, kira-kira 8 hingga 10 cm (3 1/2 hingga 4 inci) alih ke dalam pasu yang lebih besar iaitu 21 hingga 23 cm (8 hingga 9 inci).
Sekali sekala alih pasu ke tempat panas untuk kuatkan pokok muda.  Apabila batang pokok cili kelihatan kukuh, alih ke atas batas.  Jarakkan pokok kira-kira 50 cm (20 inci).  Anda juga boleh tanam cili dalam pasu yang besar.
Siram selalu.  Untuk elakkan tanah menjadi terlalu kering, tutup tanah dengan rumput separa reput.  Pasang pancang kayu untuk pastikan pokok tidak patah atau tumbang.
Untuk pastikan pokok berbuah dengan banyak, petik cili ketika masih muda dan bewarna hijau.  Jika inginkan cili yang lebih pedas dan manis, tunggu buah merah sebelum dipetik.
Daun cili manis sedikit.  ia amat digemari makhluk perosak.  Bena (aphid), ulat bulu, lalat buah dan whitefly sering menyerang pokok cili.  Kutip makhluk perosak apabila anda menemuinya.  Pastikan anda pakai sarung tangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan