Sabtu, 31 Oktober 2015

Ruang Baru Untuk Berkebun

Tahun depan kami merancang pelbagai aktiviti di perkarangan rumah.  Ruang bermain sekarang elok, tetapi terhad dan sukar dan kurang selesa untuk berbincang tentang aktiviti berkebun apabila lebih daripada satu keluarga datang berkunjung.  Alhamdulillah kami dah dapat tempat yang baru.  Memang teruja kerana banyak aktiviti yang kami rancang.  Apa lagi tahun depan kami merancang untuk menyiapkan lebih banyak buku yang berkait dengan aktiviti berkebun di perkarangan rumah.

InsyaAllah esok, 1 November kami akan "bermain" di ruang yang baharu.  Ruang ini bersimen ketika ini menjadi meadow dengan rumpai dengan buah yang boleh dimakan termasuk timun padang, buah letup letup dan bunga telang. Rumpai kucing galak dan daun kapalterbang menutup ruang tanah menjadi penarik kucing liar datang berkunjung. Ada dua ekor dah jadi penghuni tetap. Mungkin hidup memakan serangga dan sekali sekala menangkap burung dan kelawar yang bersarang di sini.



Untuk atasi masalah tanah bersimen kami akan bina batas timbun. Kawasan ini bekalan air terhad. Untuk berkebun kami akan setup tangki tadahan hujan. Untuk rumah kami akan tambah tangki.

Untuk bekalan baja, kami akan sediakan ruang kompos dan setup tangki akuaponik. Untuk peringkat awal, ikan keli, seperti sebelum ini akan diberi lebihan tuaian.


Ruang ini pula akan jadi ruang aktiviti.
Bolehlah aktif berbarbeku. Nampak kena buat akuaponik bagi makan sayur. Ikan pun lean tak berlemak.

1 ulasan: