Halaman

Cari Blog Ini

Jumaat, 9 Oktober 2015

Rambai, Sekarang Dah Musim

Buah rambai

Buah rambai, boleh dimakan begitu saja.  Kulitnya boleh dibuat sayur.  Rasa masam, enak masak lemak dengan kacang panjang.

Buahnya boleh dijeruk.  Jeruk ringkas aja, pun enak.

Cara membuat jeruk rambai.

1) Sterilkan bekas (balang dan tudung).

2) Basuh buah rambai dengan air untuk tanggalkan habuk yang terlekat pada kulit buah rambai.

3) Gaulkan buah rambai dengan garam halus. Satu sudu teh bagi setiap cawan buah. Perap dalam mangkuk. Gunakan piring yang diletakkan alu lesung (mortar) di atas nya untuk mampatkan buah. Biarkan selama 2 jam.

4) Selepas dua jam terdapat air garam di dalam mangkuk. Tuang air tersebut ke dalam balang. Masukkan buah rambai yang telah diperap ke dalam balang tersebut. Tambah air sehingga ke paras atas. Biarkan ruang sebanyak 2.5 cm. Tambah garam 1 sudu kecil bagi setiap satu cawan air yang ditambah.

5) Tutup balang dan simpan di dalam almari/gerobok, jangan simpan di dalam peti sejuk. Kita inginkan berlaku proses fermentasi.

Jeruk enak dihidangkan selepas sehari. Ia boleh disimpan lama. Semakin lama, rasa jeruk akan menjadi lebih masam. Selepas sehari, ia rasa manis. Boleh makan dengan kulit.


Jeruk rambai

6 ulasan:

  1. bkn kata rambai... buah duku n dokong jgk tgh musim nih...

    BalasPadam
  2. Tahu tak cara nak buat cuka rambai....kalau tahu boleh ajar saya tak...dah lama cari ilmu ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahu, saya akan bincangkan dalam ebook yang bakal ditulis. Cara membuat cuka daripada air kelapa dan jus epal. Ingatkan saya dalam sebulan lagi. Sekarang sedang menulis ebook Minyak Kelapa Dari Dapur dan Cendawan Tiram Dari Dapur.

      Padam
  3. Cara mudah nk buat jeruk rambai mcm mn tuan puan

    BalasPadam