TanamSendiri.com adalah blog tentang berkebun di rumah. Selain daripada maklumat, anda juga boleh dapatkan benih serta perkakas berkebun di rumah. Hubungi kami melalui emel [email protected]
Rabu, 9 September 2015
PROSES PENGURAIAN BAHAN ORGANIK, bahagian 3 daripada 5
Bahan organik yang kita letak di dalam timbunan kompos menjadi makanan asas kepada komuniti di dalam tanah. Selain daripada makanan, komuniti juga perlukan air dalam bentuk lembapan serta oksigen di dalam udara. Aktviti juga berlaku dengan galak jika suhu di dalam timbunan kompos serasi.
Jadi, hidupan di dalam tanah menjadi pemangkin di dalam proses membuat kompos. Anda perlu bekalkan makanan iaitu bahan organik, air dan pastikan timbunan kompos longgar supaya udara dapat masuk.
Bahan seperti karbohidrat dan protein dimakan oleh hidupan yang besar seperti cacing serta ulat gonggok. Bahan tersebut dicerna dan dengan bantuan enzim, karbohidrat dipecahkan kepada bahan yang lebih ringkas, iaitu gula ringkas, asid organik dan karbon dioksida. Gula ringkas dan asid organik menjadi makanan kepada kulat, aktinomiset, bakteria serta hidupan yang lain. Protein dipecahkan menjadi peptida, asid amino, sebatian ammonia, gas nitrogen dan nitrat. Nitrat adalah bahan yang diserap oleh tumbuhan.
------------
Sila Share
Dipetik daripada ebook "Buat Kompos Sendiri"
Ebook dijual dengan harga RM20 sahaja.
SMS/Whatsapp 0175009364 untuk pesanan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan