Isnin, 28 September 2015

Khasiat Halia

Halia, ada banyak khasiat.


Sekarang ni jerebu tahap melampau.  Pelbagai masalah kesihatan menjadi-jadi akibat situasi tersebut.  Yang ketara, pelbagai masalah berkait dengan saluran pernafasan meningkat.  Di sana sini kita boleh dengar bunyi orang batuk.  Ramai yang berhingus.

Jika berhingus, maksud saya hidung tersumbat (sinus) enak juga kalau dapat minum teh halia.  Rasa halia yang pedas berempah amat melegakan terutamanya sinus dan tekak.

Minum teh halia untuk melegakan selesema adalah amalan orang dahulu.  Sebenarnya apa-apa bahan yang mengandungi halia boleh melegakan selesema.  Halwa halia, serbuk halia, jeli hali, dan ada juga yang telan kapsul halia.  Amalan orang dahulu ada kebenarannya, bukan setakat melegakan sinus.  Ada banyak kajian saintifik telah dilakukan terhadap halia.   Ia mengandungi pelbagai bahan yang dapat bertindak melawan virus selesema.  Halia mampu menyembuhkan kita daripada selesema.

Sila Share

1 ulasan:

  1. encik iskandar ada petua nak simpan halia & lengkuas tak. Saya rajin beli lengkuas kalau rasa nak masak, tapi cuma guna sebahagian kecil saja. Membazir pula sebab lama kelamaan halia ni akan kecut kalau tak guna.

    BalasPadam