Berbalik semula kepada langkah-langkah yang perlu diambil sebelum menanam.
Pertama pilih tempat. Tempat menanam biarlah masuk akal. Kalau tinggal di kampung di rumah kayu bertiang, jangan tanam di bawah rumah. Mana ada pokok boleh tumbuh di bawah rumah. Ini kerana pokok perlukan cahaya. Di bawah rumah mana ada cahaya. Benih mungkin akan bercambah tapi lepas itu cambahan akan mati. Kecualilah kalau tanam cendawan. Itu pun sempat sekali tuai aja, lepas tu rumah runtuh sebab tiang reput dimakan kulat.
Perlu ingat, kita yang meananm secara hobi tidak akan menjaga tanaman sepenuh masa. Kita berkebun celah-celah masa aja. Jadi pilihlah ruang yang dekat dengan rumah, supaya kita tidak membuang masa berjalan ke ruang kebun. Kalau jauhpun pastikan tidak lebih daripada 5 minit berjalan kaki. Jika jauh dah tak praktikal. Bukan sahaja tak sempat menelek pokok. Sekarang penyangak ramai. Kalau mereka tahu kita ambil masa ke ruang menanam, ini peluang mudah untuk mereka mencuri. Nanti, kita menanam, mereka menuai.
Paling elok, depan atau belakang rumah, di dalam perkarangan rumah. Jadi, sebelum keluar kerja, boleh siram pokok, tuai apa-apa yang patut buat ulam makan tengahari nanti. Balik kerja belek-belek pokok sebentar sebelum rehat.
The best, kalau ruang tersebut ada sumber air. Nak membasuh tangan, nak menyiram atau membersihkan perkakas berkebun mudah. Ketika zaman kanak-kanak dulu, saya menanam di belakang rumah. Zaman tu mana ada air paip. Perigi di sebelah satu lagi, jadi saya terpaksa masuk ke merentas dapur untuk angkut air. Bayangkan masa tu baru darjah tiga. Umur 9 tahun berkebun sendiri sendiri aja. Sebelum pokok merimbun, setiap pagi selepas subuh, saya angkut 3 baldi air ke ruang menanam dan menyiram. Mula mula perlu karau air dengan timba. Perigi sedalam 8 meter, angkut naik tangga, masuk ke ruang dapur, buka pintu belakang, turun tangga dan menyiram. Petang selepas mengaji, ulangi perkara yang sama.
Begitulah setiap hari sehingga pokok dah merimbun, tanah (pasir) dah mula ada akar dan mampu menyimpan air. Ketika itu saya senyiram sekali sahaja setiap dua atau 3 hari apabila hari tidak hujan. Tapi alhamdulillah, tuaian lumayan.
Bayangkan kalau ketika itu ada sumber air yang lebih mudah dicapai, mungkin lebih banyak tanaman yang dapat saya tanam. Pasti lebih menyeronokkan.
Tanaman perlukan cahaya matahari, terutamanya cahaya pagi. Tapi kawasan terlindung dengan dinting rumah, pohon besar, papan tanda dan pelbagai halangan lagi. Anda perlu manfaatkan apa sahaja yang ada. Pilih tanaman yang serasi dengan keadaan tempat. Setiap ruang, lain sifat iklimnya. Ini disebut mikroiklim, krana menerima cahaya yang berbeza, akibatnya suhu pun berbeza. Keadaan angin pun berbeza. Kawasan terhalang tiada angin.
Walaupun begitu, nagara kita terima cahaya yang banyak, walaupun teduh kemungkinan cahaya tersebut dah mencukupi. Pokok tak mati, cuma ambil masa lebih lama untuk matang atau menghasilkan tuaian. Tak apalah, lambat sedikit masih ada hasil.
Anda boleh pilih pokok yang serasi dengan keadaan cahaya dan suhu. Air tiada masalah, anda boleh siram ikut keperluan. Jika tak sempat menyiram boleh pasan sistem titis lengkap dengan timer.
Ada juga yang mengadu tinggal di kawasan perumahan, ada ruang tetapi berbatu, tak sesuai untuk menanam. Yang penting kita ada ruang menanam. berbatu, boleh kutip. Satu ketul seminggu, lama lama habis juga. Sementara itun, tanam dalam bekas, tanam atas batas. Tiada masalah. Kita tak boleh harapkan semuanya berpihak kepada kita. Aktiviti berkebun ada banyak cabarannya. Menanam untuk orang yang sabar sahaja.
Perlu ingat, ruang depan depan tak sama dengan ruang sisi atau ruang belakang. Jika tanam tomato di dalam satu ruang, tak menjadi, daun aja besar tapi tak berbuah. Lain kali tanam tomato di ruang lain. Ruang tersebut tanam sawi atau kailan atau sayur daun kerana ruang tersebut elok untuk pokok hasilkan daun besar-besar.
Ambil cakna, perhatikan tanaman dalam ruang tersebut. Buat catatan, simpan jurnal supaya lain kali aktiviti berkebunj menjadi lebih sempurna.
Bersambung....
salam en Is. wah begitu byk ilmu yg dikongsi disini :)
BalasPadamnak tanya en Is boleh dapatkan volcanic soil tak di tempat en Is. kalau ada berapa charge dari en Is siap pos ke semenanjung
t.kasih
Waalaikum salam. Kami tidak stok tanah tersebut.
Padam