Benih Tawaran 18 dan 19 Ogos masih ada stok, jangan lupa pesan. Anda letakkan sendiri harga. :)
Orang pertanian panggil baja generik NPK sebagai baja lengkap. Ada juga yang memanggilnya Baja Primer kerana mengandungi 3 elemen utama maknutrien, iaitu unsur yang diperlukan dalam kuantiti yang banyak.
Kita yang amalkan aktiviti berkebun secara organik tahu bahawa istilah tersebut tidak tepat. Ini kerana tumbuhan mengandungi 18 elemen jejak, bukannya 3. Tiga unsur masih jauh jika ingin dikatakan baja lengkap.
NPK dikatakan unsur primer juga tidak tepat kerana kita tahu tumbuhan serap lebih banyak kalsium dan Magnesium berbanding dengan fosforus (P) yang ada di dalam makronutrien primer.
Semua ini ada dibincangkan dalam ebook "Menanam Secara Organik Di Rumah." Hanya RM50 untuk maklumat padat tentang aktiviti berkebun secara organik. Jangan lupa sms/whatsapp 0175009364 untuk buat pesanan. Jika anda minat berkebun di rumah, elok dapatkan ebook ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan