Dalam aktiviti berkebun di rumah secara organik, ada cara tertentu digunakan untuk mengawal makhluk. Aras terbawah ialah amalan. Kita dapat melindungi tanaman menggunakan amalan tertentu. Contohnya, saya tanam basil berdekatan dengan cili. Apabila terdapat bena, ia akan batalkan niatnya untuk menyerang pokok cili dan sebaliknya memilih untuk menyerang pokok basil. Jadi pokok cili padi selamat daripada serangan, sebagaimana di dalam gambar. Perhatikan, pokok cili padi tersebut bebas daripada serangan bena. Pokok basil digunakan sebagai pokok untuk perangkap bena.
Untuk menghapuskan bena, saya cuma perlu kerat ranting pokok basil dan bakar. Tunas baru akan tumbuh semula dengan daun yang lebih subur.
 |
Pokok cili padi bebas serangan bena dengan menanam basil sebagai perangkap. |
---------------------------
Kaedah menghindar serangan makhluk perosak ada dibincangkan di dalam ebook "Menanam Secara Organik Di Rumah." Dapatkannya dengan segera. Dapatkan hari ini kerana hari ini ada surprise gift.
Whatsapp 0175009364 atau emel
[email protected] untuk pesanan.
Cantik cili padi En.Is :-)
BalasPadamYa, cantik dan pedas. :)
Padam