Halaman

Cari Blog Ini

Isnin, 24 Ogos 2015

Ebook "Kucing Sahabat Taman", Tabiat Kucing, Bahagian 1 daripada 3


Tabiat Kucing
Jika ingin selesaikan masalah yang disebabkan oleh kucing, anda perlu faham tabiat kucing terutamanya tabiat biologinya.
Kucing rumah, atau nama Latinnya Felis catus dipercayai berasal dari Afrika.  Haiwan ini adalah satu keluarga dengan harimau belang, singa dan kucing hutan.  Namun begitu, kucing telah lama meninggalkan keluarganya dan tinggal bersama manusia.  Ini dapat dibuktikan dengan kehadiran kucing dalam lukisan purba, mummia kucing yang ditemui dalam piramid di Mesir, serta penemuan patung kucing di zaman purba.
Disebabkan kucing dan harimau berasal daripada keluarga yang sama, tabiat kucing dan tabiat harimau adalah serupa.
Kucing mempunyai deria yang sangat elok.  Lazimnya haiwan ini dapat mendengar bunyi daripada frekuensi yang sangat tinggi.  Kucing mampu mendengar bunyi yang tidak dapat didengar oleh manusia dan anjing.  Jadi, deria pendengaran kucing adalah lebih elok jika dibandingkan dengan deria pendengaran manusia dan anjing.
Ini memberikan kucing kelebihan ketika memburu, juga lebih memeningkan kepala jika kucing  mengambil keputusan untuk rosakkan laman kebun di rumah anda.
Selain daripada deria pendengaran, deria bau kucing adalah jauh lebih elok daripada deria bau manusia; iaitu 2 kali lebih peka.  Keupayaan kucing menghidu,  hanya kurang sedikit sahaja jika dibandingkan dengan  keupayaan anjing untuk menghidu.
Kucing juga mampu melihat di waktu malam dengan hanya berbantukan sedikit cahaya.  Pengelihatan kucing di waktu malam adalah jauh lebih jelas jika dibandingkan dengan pengelihatan manusia.
Jika anda perhatikan anak mata kucing, ia berbentuk calit berkedudukan menegak.  Ini berbeza dengan anak mata manusia yang berbentuk bulat.  Bentuk anak mata kucing membantu ia memfokus cahaya dengan kurang erotan jika dibandingkan dengan keupayaan anak mata manusia untuk memfokus.  Jadi, pengelihatan kucing adalah lebih sempurna berbanding dengan pengelihatan manusia.
-------------------
Dipetik daripada Ebook Kucing Sahabat Taman
Hanya RM20, SMS/Whatsapp 0175009364 untuk pesanan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan