![]() |
Benih sawi pak choy. |
Betul semai biji sawi tersebut ia akan bercambah, dan akan menjadi pokok sawi. Tapi pokok sawi ada pelbagai. Benih sawi yang kami simpan pun ada 30 jenis semuanya. Biasanya jika semai biji sawi dari benih disasarkan untuk memasak, ia menghasilkan sawi dari jenis yang berduri dan amat pahit. Sawi pahit dituai benihnya untuk dijual sebagai sawi memasak kerana saiznya lebih besar dari sawi biasa.
Nak sawi yang enak dimakan, jangan beli biji sawi yang dijual untuk dimasak, beli benih sawi yang disasarkan untuk disemai. Dalam gambar, saya tunjukkan benih sawi pak chou. Yang ini sawi besar dengan tangkai hijau. Benih dijual bersama SET SATU OGOS. Harga set, RM50. Ada yang tegur, "mahal" katanya. Memanglah, kalau satu pek 100 benih sawi Pak Choy, RM50 mahal harganya.
Tapi set tersebut ada 15 pek benih, daripada 5 jenis sayur yang mudah tumbuh, bernilai RM44. Semua benih baru diterima minggu lepas. Satu naskah buku bercetak "Mudahnya Tanam Sawi" bernilai RM12, dan ebook "Kucing Sahabat Taman" bernilai RM30. Jika dijumlahkan semuanya, jadi RM76. Ini tidak termasuk kendalian poslaju RM10. Jadi semuanya RM86, dijual dengan harga hanya RM50. Kira dah jimat RM36.
Mengapa Ebook "Kucing Sahabat Taman"? Sebenarnya ilham untuk tulis buku ini timbul apabila ada ramai pembaca yang suarakan mereka patah semangat untuk berkebun kerana tinggal di taman perumahan yang majioritinya orang melayu yang membela kucing secara lepas dan tidak sediakan "jamban" untuk kucing mereka. Akibatnya ruang menanam mereka menjadi sasaran. Ebook "Kucing Sahabat Taman" mengupas tabiat kucing dan bagaimana nak jadikan ruang laman mesra kucing dan memujuk kucing supaya tidak menjadikan ruang menanam jamban mereka. Yang lebih menakutkan, pemilik kucing berfikiran, mereka melakukan kebajikan kerana tahi kucing boleh dijadikan baja. Memang tak patut mereka berfikiran begitu. Tahi kucing mengandungi kuman yang berbahaya kepada manusia, terutamanya kepada wanita yang mengandung dan wanita yang berpotensi untuk mengandung sebab kuman di dalam tahi kucing boleh menyerang manusia menyebabkan anak di dalam kandungan dilahirkan cacat. Ada juga yang dilahirkan normal tetapi setelah 10 hingga 15 tahun kemudian baru timbul kesannya melalui penyakit yang berkaitan dengan autoimmune. Di taman tempat saya tinggal, walaupun jumlah penduduk kecil, anak yang lahir cacat "congenital" ramai. Kebanyakan yang ada anak cacat, mereka ada membela kucing. Ini jelas bila saya perhatikan di luar rumah mereka ada "sangkar" kucing. Oleh sebab itu saya fikir, ebook ini penting kepada rakan-rakan yang menanam sendiri di rumah. Sebenarnya ia juga harus dimiliki oleh pemilik kucing kerana hobi anda mungkin memudaratkan kesihatan anak-anak jiran yang bakal dilahirkan.
Tahi binatang peliharaan tidak boleh dibuat baja. Allah haramkan daging kucing dan anjing bukan saja saja. Semua ada sebabnya. Tahi haiwan tersebut tidak sama dengan tahi binatang ternakan (yang halal dimakan). Ini kerana kuman di dalam binatang peliharaan berkongsi dengan kuman yang berbahaya dengan kita. Saya sendiri ada membela kucing, pernah sehingga 11 ekor, dan faham tabiat kucing. Setiap ekor kucing adalah unik. Kita menganggap kucing sebagai haiwan peliharaan, tapi kucing sebenarnya tidak menganggapkan kita sebagai tuannya. Tujuan saya membela kucing memanglah sebagai haiwan kesayangan, dan juga berharap kucing kucing tersebut mengawal populasi tikus, tetapi harapan saya terbengkalai. Lebih baik bela ada burung hantu membiak dekat rumah daripada membela kucing jika ingin kawal populasi tikus.
--------------------------------
SET SATU OGOS, RM50. SMS/Whatsapp 0175009364 untuk pesanan.
saya setuju kata2 encik tu.. hobi jiran yg bela kucing ni memudaratkan kesihatan anak2 jiran yg bakal dilahirkan.. bagaimana nak nasihat jiran supaya letak sangkar kucing di dalam rumah sendiri.. bukan di koridor atau depan rumah orang lain ( apartment )..
BalasPadamSukar, kena pujuk elok elok.
Padam