Halaman

Cari Blog Ini

Selasa, 4 Ogos 2015

Bayam, Tak Sampai Seminggu Selepas Dituai

Bayam tumbuh merimbun.

Tak sampai seminggu tuai bayam daripada pokok ni. Hari ni lagi rimbun. Rahmat kalau amalkan berkebun secara organik. Yang penting, kekalkan keseimbangan tanah. Nah lihatlah sendiri.
Jika tanam untuk makan sendiri, jangan cabut pokok yang dituai. Kerat aja batang yang masih lembut. InsyaAllah tuans baru akan tumbuh, dan selepa itu pokok akan jadi lebih rimbun.
Petak sayur tanaman ni tak perlu lagi disiram bila pokok dah kukuh. Tak perlu fikir tentang racun. Meracun tanaman makan seperti meracun diri sendiri dan keluarga. Kenapa sanggup meracun makanan anak-anak?  Amalkan Sistem Pengurusan Makhluk Perosak untuk kurangkan kesan serangan serangga perosak.
--------------------------------
Untuk petua dan kaedah yang digunakan, jangan lupa dapatkan dan baca ebook "Menanam Secara Organik Di Rumah"



Tiada ulasan:

Catat Ulasan