Pada pendapat saya, apabila air yang boleh dicapai kurang daripada 50%, siram, tidak kira waktu.
Ada yang syorkan supaya menyiram di sebelah petang dengan alasan tidak banyak air akan hilang melalui sejatan. Jika menyiram sebelah petang pastikan pokok tidak basah kerana jika pokok basah, keadaan yang lembap akan menyebabkan pokok mudah dijangkiti kulat. saya jarang menyiram di sebelah petang untuk elakkan serangan penyakit, kecuali jika tanah terlalu kering dan pokok menunjukkan tanda stress.
Ada yang syorkan di waktu awal pagi kerana ketika itu cuaca belum panas dan air sempat masuk ke dalam tanah dan tidak terlalu banyak air hilang melalui sejatan. Saya berpendapat ini waktu yang elok untuk menyiram.
Biasanya di waktu tengahari tanah telah menjadi kering dan mungkin mencapai titik layu. Biasanya sebelum tengahari, saya akan siram sekali lagi, iaitu sekitar pukul 11. Ini untuk elakkan tanah terlalu kering di waktu tengahari.
Kebanyakan orang melarang menyiram di waktu tengahari kerana pokok akan mati, kata mereka. Ini benar boleh berlaku kerana pokok akan menutup stoma dan menjadi layu untuk menjimatkan air. Jika anda siram di waktu ini, stoma akan terbuka dan pokok akan mula berfungsi seperti biasa. Oleh kerana cuaca terik, pokok mungkin tidak dapat menyerap air dengan kadar yang sama dengan kadar kehilangan air melalui transpirasi menyebabkan pokok mencapai tahap layu. Jika ia mencapai tahap layu kekal, pokok akan mati kehausan. Air yang disiram mungkin tidak mencukupi kerana sebagaiannya akan hilang melalui proses sejatan.
Jika ingin siram di waktu tengahari, siram dengan air yang banyak iaitu sehingga tanah menjadi lejuh dan air boleh dicapai berada pada tahap maksima. Jangan siram pada pokok, siram pada tanah sahaja untuk mengelakkan bahagian yang basah melecur kekeringan kesan kadar transpirasi melebihi kadar penyerapan air.
Ada yang syorkan supaya gunakan sistem pengairan automatik untuk pastikan tanaman menerima air yang cukup. Jika anda ingin memasang sistem tersebut, pastikan ia ditutup di hari hujan atau sistem mempunyai pengesan hujan dan menutup sistem apabila hujan. Ini untuk mengelakkan berlaku lebihan siraman yang membazir dan memudaratkan tanaman.
Semua ini dalam ebook "Menanam Secara Organik Di Rumah", harga RM50. SMS/WhatsApp 0175009364 untuk buat pesanan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan