![]() |
Semaian Cili Gergasi baka New Mex |
Bila berbincang tentang menyemai cili, pelbagai nasihat telah saya terima. Ada yang sarankan saya siram dettol, ada yang sarankan siram klorin pada tanah semaian. Alasannya supaya tanah mati.
Masalah sungguh, kalau tanah mati, macamana pokok nak hidup? Tanah semaian yang saya gunakan ialah tanah kebun, maksud saya topsoil. Saya perbaik strukturnya supaya cambahan yang tumbuh dapat bekalan air, udara dan asas tembap berpegang yang kukuh supaya bila disiram cambahan tak tumbang.
Bekas semaian saya letak di tempat cerah supaya anak pokok tak tumbuh tinggi lonjong mencari cahaya matahari.
Jika diperhatikan ada rumpai tumbuh bersama cambahan cili. Walaupun ia berebut ruang, air dan baja, saya biarkan aja. Ini kerana di peringkat awal saya mahu akar rumpai mengekalkan lembapan tanah supaya cambahan cili dapat bertahan. Apabila suasana di dalam bekas hidup, saya akan kerat buang rumpai. Peringkat awal, saya tidak risau tentang perebutan nutrien kerana cambahan mendapat nutrien daripada benihnya.
Agak tricky. Kita perlu imbang pesekitaran supaya tanah hidup. Tanah hidup menghasilkan cambahan yang subur. Tak, jangan letak dettol, jangan letak klorin. Semua itu akan menghasilkan cambahan yang manja.
Untuk maklumat lanjut tentang menyediakan tanah semaian, dapatkan ebook "Menyediakan Tanah Semaian," harganya harnya RM20. Untuk memahami konsep penanaman secara organik, dapatkan ebook "Menanam Secara Organik Di Rumah," hanya RM50.
Owh garfu tu nak bagi amaran kepada kucing jalanan yang mungkin mencari jamban. Untuk kefahaman tentang tabiatkucing yang sering merosakkan laman kebun, dapatkan ebook "Kucing Sahabat Taman," harganya juga RM20.
Untuk pesanan, SMS/WhatsApp 0175009364.
En.Is ada semai cili biru?:-)
BalasPadamhahaha sy suka idea garfu cocok kucing yg mcari jamban hahaha!
BalasPadam