Kebun kami di bahagi kepada dua kerana separuh daripada kebun ditenggelami air bila musim tengkujuh. Jadi kawasan kering ditanam pokok saka, termasuk rambutan, mempelam, dan ciku. Di bahagian basah di tanam tanaman jangka pendek termasuk jagung dan sayuran.
Oleh kerana rumah kami jauh daripada kebun, tanah tersebut tidak disiram, kecuali ketika baru menyemai. Selepas itu tanaman dibiarkan tanpa disiram. Walaupun tidak disiram, ketika itu, kawasan tersebut mendapat hujan hampir setiap minggu, jadi air tidak menjadi masalah utama di dalam aktiviti berkebun. Kaedah yang digunakan ketika itu memungkinkan tanaman mendapat air yang cukupnya walaupun tidak disiram secara berkala.
Tidak dinafikan ketika di peringkat awal, rumpai menjadi masalah utama kerana kawasan tersebut dipenuhi lalang. Tanah dibajak sebelum menanam, tetapi ayah mendapati aktiviti tersebut telah mendedahkan tanah menyebabkan tanah menjadi lesu. Masalah rumpai dan air dapat diselesaikan dengan menggunakan sungkupan, iaitu menutup permukaan tanah dengan jerami jagung dan keratan rumpai yang telah ditinggalkan reput.
Ebook "Menanam Secara Organik Di Rumah" adalah hasil daripada pengalaman kami berkebun, serta daripada pembelajaran dan bacaan kami. Ia semuanya digabungkan untuk mencari kaedah serta penyelesaian kepada masalah yang dihadapi ketika berkebun di rumah. Walaupun aktiviti berkebun di rumah kecil berbanding dengan berkebun di kebun, kaedah serta permasalahan adalah hampir sama.
Jika anda ingin menanam sayur di rumah, inilah satu satunya buku (ebook) yang anda perlukan.
next book to buy..priceless tips in simple language
BalasPadam