Jom, kita kenal cacing tanah … sebelum ambil keputusan untuk menternaknya.
Cacing tanah, di sebut cacing “tanah” kerana ia ditemui di dalam tanah. Ada yang risau, kawasan kebun banyak cacing tanah, tak berjangkit ker kalau makan sayur yangtanahnya ada cacing tanah? Mungkin yang risau tu tak pernah ada cacing di dalam usus. Cacing tanah hidup di dalam tanah. Cacing parasit dalam badan kita bukannya cacing tanah. Cacing rambu, cacing gelang dll hidup di dalam usus manusia. Ia hidupan yang berbeza.
Cacing tanah berbentuk tiub atau salur, dengan badan bersegmen atau berketak. Cacing tanah memakan bahan organik, misalnya daun yang reput, dan tinja haiwan ternakan. Sistem perncernaannya ada di sepanjang badan. Cacing tanah bernafas melalui kulitnya. Cacing tanah ada otak, sepasang sebesar bintik aja bersambung ke sistem sarah tunjang yang berada di sepanjang badannya.
Otor cacing tanah dalam bentuk gegelang dan juga dalam bentuk panjang yang bermula dari kepala hingga ke ekor. Otot ini memabntu cacing bergerak. Otot tersebut juga digunakan untuk menelan makanan dan membawa makanan daripada mulut hingga ke hujungnya.
Seks? Yes. Cacing tanah hebat, kalau ia tak ada pasangan, ia boleh lakukan sendiri. Jadi sendirian atau berpasangan, cacing tanah mampu membiak.
Cacing tanah tak bertulang. Ia kekalkan bentuknya menggunakan lembapan yang ada di dalam badannya.
Cacing tanah aktif bila tanah lembap. Bila tanah kering ketiadaan hujan, cacing tanah akan tidur. Cacing tanah biasanya dikelaskan mengikut kedudukannya di dalam tanah. Ada jenis yang tinggal berdekatan dengan permukaan tanah dan keluar di waktu malam atau ketika tanah lembap. Ada jenis yang tinggal jauh ke dalam tanah. Jenis ini tidak keluar ke permukaan tanah.
Cacing tanah menjadi sahabat pekebun kerana ia menghadam dan menguraikan bahan organik ke dalam bentuk yang ringkas yang mampu diserap oleh tumbuhan. Laluan cacing tanah menjadi terowong yang berselirat membekalkan udara dan air kepada akar tumbuhan.
Lazimnya ada dua sebab mengapa orang ternak cacing tanah. Pekebun bela cacing tanah untuk komposkan bahan organik. Meletakkan cacing tanah di ruang kebun supaya cacing tanah membantu menyuburkan tanah. Lumayan kata pekebun.
Ada juga orang menternak cacing untuk menjual cacing sebagai makanan haiwan kesayangan atau sebagai umpan memancing. Lumayan kata mereka.
Satu dekad yang lalu ada hype tentang bela cacing. Nak buat mekap larr, nak buat protein pelt larr, itu semua tipu belaka. Tu scammers yang gunakan sistem MLM untuk menipu orangramai. Dan ramai yang tertipu.
Bila ada orang tawarkan projek juta-juta, kononnya buy back, fikir betul betul, gunakan logik. Jika nak bela cacing untuk kebun atau petstore, itu logik, boleh dipercayai. Jika bela cacing dapat juta juta sebab ada kilang yang nak beli dan tempat kilang tu entah kat mana-mana, itu tipu. Jangan percaya. Sebabnya, kenapa nak protein cacing sedangkan ayam itik ada?
Ok, nanti kita sambung.
best best cacing tanah ni..satu persoalan..berapa lama cacing tanah hidup..tak jumpa pn jawapan perihal tsebut di mana2..geram tgk depa mengeliat2 melentik2!.. tgh cuba ternak cacing demi kebahagian tanah kebun kecil
BalasPadamSaya tak pasti sebab selepas seketika jumlah akan berganda. Saya tak dapat kenalpasti yang mana induk yang mana anak. Bila cacing mati, ia cepat reput tidak meninggalkan tanda. Yang pasti, jika letak cacing di tapak tangan, jika terkena peluh, ia akan mati.
Padam