Hari ini, terima email tentang pemakanan yang sihat, selari pula dengan ebook yang sedang ditulis iaitu berkaitan dengan menapai kobis untuk membuat sauerkraut. Sauerkraut adalah jeruk kobis yang ditapai dengan memanfaatkan aktiviti probiotik, yang secara tidak langsung ada di dalam usus kita. Oleh kerana pemakanan yang tidak sihat, nisbah populasi bakteria baik dan bakteria jahat menjadi tidak seimbang. Inilah yang manjadikan badan kita lemah.
Dengan mengamalkan memakan sayur yang ditapai, kita dapat menjaga dinding usus dan menyebabkan sistem pencernaan menjadi sihat. Malang sebab kebanyakan dari kita menganggapkan sistem pencernaan hanyalah ruang laluan makanan kita. Kita makan, makanan masuk ke dalam sistem, hadam, kita dapat tenaga, baki kita keluarkan melalui nyahtinja. Bereh boh, kata orang Ganu.
Sebenarnya, sistem pencernaan, perut, usus dan lain-lain organ yang berkait adalah suatu yang amat penting. Kita wajib jaga. Jika ada yang tak kena, kita merana. Salah makan, kita akan menghadapi masalah berat badan, masalah pertahanan badan, dan macam-macam lagi.
Perut dan usus bukan sekadar pusat untuk pencernaan, bukan sekadar salur yang menyerap nutrien, ia seperti tempat penjana sel dan tempat sistem pertahanan badan.
Mungkin ramai yang tidak percaya, di dalam usus kita ada lebih 100 trillion bakteria, lebih ramai daripada penduduk di muka bumi ini. Usus kita, lebih daripada zoo. Jumlah bakteria dalam usus kita lebih banyak daripada jumlah sel badan kita sendiri. Sepuluh kali lebih banyak. Banyak tu.
So, kalau dah banyak, mengapa? Macam orang juga, bila dah ramai. Ada yang baik dan ada yang jahat. Kita berharap, yang baik lebih ramai daripada yang jahat. Di dalam usus, kita nak yang baik iaitu yang lazimnya disebut probiotik. Yang jahat pun perlu ada, tapi nisbah antara dua kumpulan perlu seimbang, iaitu 9 kepada 1. Sembilan bakteria baik bagi setiap 1 bakteria jahat.
Kalau tak seimbang, macam-macam penyakit datang. Daripada kajian yang dibuat, ada 170 penyakit atau masalah yang telah dikenalpasti. Ini termasuklah kegendutan. Oh ya, tanya orang gendut, jawabnya, tiada masalah. Janganlah nak tipu diri sendiri, kalau kegendutan bukan masalah tak kan program kuruskan badan tumbuh bagai cendawan lepas hujan.
Kebanyakan jurnal yang membincangkan tentang masalah kegendutan yang membuat kajian tentang bakteria di dalam usus ada menyatakan, orang gendut nisbah bakteria baik dan bakteria jahat bukan pada tahap optimum iaitu 9 kepada 1. Dalam usus mereka ada banyak bakteria jahat.
Nak tahu bila nisbah bakteria tak seimbang? Mungkin kita semua pernah mengalaminya. Ini antara perkara yang dimaksudkan:
• Angin.... prot prek prok prek kentut, burrrrpppp sebndawa. Tak senonoh
• Sembelit, kadang-kadang ceret beret
• Masalah kulit
• Tak sedap badan, kurang sihat secara menyeluruh, tak tahu apa puncanya
• Pening kepala
• Jangkitan salur kencing
• Gangguan tidur, tak lena
• Susah nak turunkan berat badan
• Nak minum atau makan benda manis manis, kek lah, kuih itudan ini, semua yang berat berat, seperti mengidam
Ok, saya sebut sekali lagi. Nisbah yang optima antara bakteria baik dan bakteria jahat ialah 9 kepada 1. Malangnya tidak ramai yang ususnya sebegini.
Salah siapa? Kita tak akan menyalahkan diri sendiri. Kita akan salahkan Pemimpin kita, kita salahlah isteri pemimpin kita, kita salahkan Yahudi, kita akan tuduh ada konspirasi. Hek eleh.... Sendiri makan, sendiri suap.
Ya, salah gaya hidup kita. Salah pemakanan kita. Bukan salah pm atau isteri pm. Bukan salag Yahudi.
Benda benda ni merosakkan imbangan bakteria di dalam badan kita.
• Gula, eh saya tak minum gula, saya ambil pemanis tiruan
• Ok.... masukkan sekali, pemanis tiruan
• Makanan yang diproses, cuba perhati ramuannya, satu yang booleh dimakan, 10 pengawet entah apa-apa
• Air berklorin
• Pencemaran
• Pil penahan sakit, pening sikit, pop telan pil, antasid
• Julap....
• Minuman beralkohol
• Sayur yang disembur racun, maksud saya pestisid
• Antibiotik, bukan yang kita makan. Yang diberikan pada haiwan ternakan, yang kemudiannya kita makan
Ok.... Siapa yang tak makan bahan tersebut, oklah jika kita makan makanan organik, dah bagus tu...
So, nak abaikan tak usus kita? Berani nak ambil risiko dengan tidak menjaga makan? Tak jaga berat badan?
Saya tak berani, sebab tu saya jaga makan. Tapi saya orang tua yang phobia, bukan boleh pakai pun cakap orang macam saya. Oh ho, kata kenalan saya.
"Aku dah makan supplement probiotik."
Saya senyum. Probiotik ke hapa? Masuk aja dalam badan, semua tu dah mati.
Nak probiotik yang hidup, amalkan makan makanan organik yang di"tanamsendiri". Makan sayur yang ditapai (nak jual ebook larr tu), yang macam saya duk promote. Yang ada enzim prokinetik, yang memudahkan anda nyahtinja, yang ada serat yang tak larut, supaya usus tak kembong, tak burrrrppppp, atau prok prek....Yang ada probiotik yang semulajadi, yang meggalakkan pertumbuhan dan pembiakan probiotik, menghalang pertumbuhan patogen (bakteria jahat), dan membantu mengekalkan kesihatan sistem pencernaan. Yang ada Lactobacillus yang dapat mengekalkan kesihatan mulut.
hahaha jgn salahkan pm atau bininya huhuhu..en is tgh buat buku ttg sayur tapai ke?? kira alternatif kpd vitagen dan yakult kah?
BalasPadamEn Is, bgus ke kalau kita mkn acar2 ni, Jeruk cili, jeruk timun yg diperam lama? En Is mesti pernahh dgr Kimchi kan.. Mknn org Korea yg diperam bhari2, dibawa ke bbulan2 kdg tu sampai bthun.. Bgus ke klau mkn mknn yg diperam lama2 mcm tu?
BalasPadam