Abu dari pembakaran kayu atau pembakaran arang kayu boleh digunakan sebagai baja. Jadi jika anda buat aktiviti berbeku, abu yang terhasil daripada pembakaran arang kayu jangan dibuang. Bahan tersebut boleh dibuat baja.
Arang kayu mengandungi nutrien yang diperlukan oleh tanaman. Ia kaya dengan kalsium, kalium, magnesium dan fosforus. Abu kayu juga mengandungi sulfur, besi, kuprum, mangan, boron dan zink.
Bagaimanapun anda perlu bilas dahulu dengan air untuk kurangkan sedikit bahan nutrien kerana bimbang tanaman akan melecur, kerana pH abu kayu tinggi, iaitu sehingga 10. Oleh sebab itu, abu kayu juga elok untuk naikkan pH tanah yang berasid.
Dipetik dari ebook "Menanam Secara Organik Di Rumah"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan