Hari ini, terima email tentang pemakanan yang sihat, selari pula dengan ebook yang sedang ditulis iaitu berkaitan dengan menapai kobis untuk membuat sauerkraut. Sauerkraut adalah jeruk kobis yang ditapai dengan memanfaatkan aktiviti probiotik, yang secara tidak langsung ada di dalam usus kita. Oleh kerana pemakanan yang tidak sihat, nisbah populasi bakteria baik dan bakteria jahat menjadi tidak seimbang. Inilah yang manjadikan badan kita lemah.
Dengan mengamalkan memakan sayur yang ditapai, kita dapat menjaga dinding usus dan menyebabkan sistem pencernaan menjadi sihat. Malang sebab kebanyakan dari kita menganggapkan sistem pencernaan hanyalah ruang laluan makanan kita. Kita makan, makanan masuk ke dalam sistem, hadam, kita dapat tenaga, baki kita keluarkan melalui nyahtinja. Bereh boh, kata orang Ganu.
Sebenarnya, sistem pencernaan, perut, usus dan lain-lain organ yang berkait adalah suatu yang amat penting. Kita wajib jaga. Jika ada yang tak kena, kita merana. Salah makan, kita akan menghadapi masalah berat badan, masalah pertahanan badan, dan macam-macam lagi.
Perut dan usus bukan sekadar pusat untuk pencernaan, bukan sekadar salur yang menyerap nutrien, ia seperti tempat penjana sel dan tempat sistem pertahanan badan.
Mungkin ramai yang tidak percaya, di dalam usus kita ada lebih 100 trillion bakteria, lebih ramai daripada penduduk di muka bumi ini. Usus kita, lebih daripada zoo. Jumlah bakteria dalam usus kita lebih banyak daripada jumlah sel badan kita sendiri. Sepuluh kali lebih banyak. Banyak tu.
So, kalau dah banyak, mengapa? Macam orang juga, bila dah ramai. Ada yang baik dan ada yang jahat. Kita berharap, yang baik lebih ramai daripada yang jahat. Di dalam usus, kita nak yang baik iaitu yang lazimnya disebut probiotik. Yang jahat pun perlu ada, tapi nisbah antara dua kumpulan perlu seimbang, iaitu 9 kepada 1. Sembilan bakteria baik bagi setiap 1 bakteria jahat.
Kalau tak seimbang, macam-macam penyakit datang. Daripada kajian yang dibuat, ada 170 penyakit atau masalah yang telah dikenalpasti. Ini termasuklah kegendutan. Oh ya, tanya orang gendut, jawabnya, tiada masalah. Janganlah nak tipu diri sendiri, kalau kegendutan bukan masalah tak kan program kuruskan badan tumbuh bagai cendawan lepas hujan.
Kebanyakan jurnal yang membincangkan tentang masalah kegendutan yang membuat kajian tentang bakteria di dalam usus ada menyatakan, orang gendut nisbah bakteria baik dan bakteria jahat bukan pada tahap optimum iaitu 9 kepada 1. Dalam usus mereka ada banyak bakteria jahat.
Nak tahu bila nisbah bakteria tak seimbang? Mungkin kita semua pernah mengalaminya. Ini antara perkara yang dimaksudkan:
• Angin.... prot prek prok prek kentut, burrrrpppp sebndawa. Tak senonoh
• Sembelit, kadang-kadang ceret beret
• Masalah kulit
• Tak sedap badan, kurang sihat secara menyeluruh, tak tahu apa puncanya
• Pening kepala
• Jangkitan salur kencing
• Gangguan tidur, tak lena
• Susah nak turunkan berat badan
• Nak minum atau makan benda manis manis, kek lah, kuih itudan ini, semua yang berat berat, seperti mengidam
Ok, saya sebut sekali lagi. Nisbah yang optima antara bakteria baik dan bakteria jahat ialah 9 kepada 1. Malangnya tidak ramai yang ususnya sebegini.
Salah siapa? Kita tak akan menyalahkan diri sendiri. Kita akan salahkan Pemimpin kita, kita salahlah isteri pemimpin kita, kita salahkan Yahudi, kita akan tuduh ada konspirasi. Hek eleh.... Sendiri makan, sendiri suap.
Ya, salah gaya hidup kita. Salah pemakanan kita. Bukan salah pm atau isteri pm. Bukan salag Yahudi.
Benda benda ni merosakkan imbangan bakteria di dalam badan kita.
• Gula, eh saya tak minum gula, saya ambil pemanis tiruan
• Ok.... masukkan sekali, pemanis tiruan
• Makanan yang diproses, cuba perhati ramuannya, satu yang booleh dimakan, 10 pengawet entah apa-apa
• Air berklorin
• Pencemaran
• Pil penahan sakit, pening sikit, pop telan pil, antasid
• Julap....
• Minuman beralkohol
• Sayur yang disembur racun, maksud saya pestisid
• Antibiotik, bukan yang kita makan. Yang diberikan pada haiwan ternakan, yang kemudiannya kita makan
Ok.... Siapa yang tak makan bahan tersebut, oklah jika kita makan makanan organik, dah bagus tu...
So, nak abaikan tak usus kita? Berani nak ambil risiko dengan tidak menjaga makan? Tak jaga berat badan?
Saya tak berani, sebab tu saya jaga makan. Tapi saya orang tua yang phobia, bukan boleh pakai pun cakap orang macam saya. Oh ho, kata kenalan saya.
"Aku dah makan supplement probiotik."
Saya senyum. Probiotik ke hapa? Masuk aja dalam badan, semua tu dah mati.
Nak probiotik yang hidup, amalkan makan makanan organik yang di"tanamsendiri". Makan sayur yang ditapai (nak jual ebook larr tu), yang macam saya duk promote. Yang ada enzim prokinetik, yang memudahkan anda nyahtinja, yang ada serat yang tak larut, supaya usus tak kembong, tak burrrrppppp, atau prok prek....Yang ada probiotik yang semulajadi, yang meggalakkan pertumbuhan dan pembiakan probiotik, menghalang pertumbuhan patogen (bakteria jahat), dan membantu mengekalkan kesihatan sistem pencernaan. Yang ada Lactobacillus yang dapat mengekalkan kesihatan mulut.
TanamSendiri.com adalah blog tentang berkebun di rumah. Selain daripada maklumat, anda juga boleh dapatkan benih serta perkakas berkebun di rumah. Hubungi kami melalui emel [email protected]
Jumaat, 31 Julai 2015
Amalan Pemakanan Punca Masalah Kesihatan Kita
Semaian Cili Gergasi baka New Mex
![]() |
Semaian Cili Gergasi baka New Mex |
Bila berbincang tentang menyemai cili, pelbagai nasihat telah saya terima. Ada yang sarankan saya siram dettol, ada yang sarankan siram klorin pada tanah semaian. Alasannya supaya tanah mati.
Masalah sungguh, kalau tanah mati, macamana pokok nak hidup? Tanah semaian yang saya gunakan ialah tanah kebun, maksud saya topsoil. Saya perbaik strukturnya supaya cambahan yang tumbuh dapat bekalan air, udara dan asas tembap berpegang yang kukuh supaya bila disiram cambahan tak tumbang.
Bekas semaian saya letak di tempat cerah supaya anak pokok tak tumbuh tinggi lonjong mencari cahaya matahari.
Jika diperhatikan ada rumpai tumbuh bersama cambahan cili. Walaupun ia berebut ruang, air dan baja, saya biarkan aja. Ini kerana di peringkat awal saya mahu akar rumpai mengekalkan lembapan tanah supaya cambahan cili dapat bertahan. Apabila suasana di dalam bekas hidup, saya akan kerat buang rumpai. Peringkat awal, saya tidak risau tentang perebutan nutrien kerana cambahan mendapat nutrien daripada benihnya.
Agak tricky. Kita perlu imbang pesekitaran supaya tanah hidup. Tanah hidup menghasilkan cambahan yang subur. Tak, jangan letak dettol, jangan letak klorin. Semua itu akan menghasilkan cambahan yang manja.
Untuk maklumat lanjut tentang menyediakan tanah semaian, dapatkan ebook "Menyediakan Tanah Semaian," harganya harnya RM20. Untuk memahami konsep penanaman secara organik, dapatkan ebook "Menanam Secara Organik Di Rumah," hanya RM50.
Owh garfu tu nak bagi amaran kepada kucing jalanan yang mungkin mencari jamban. Untuk kefahaman tentang tabiatkucing yang sering merosakkan laman kebun, dapatkan ebook "Kucing Sahabat Taman," harganya juga RM20.
Untuk pesanan, SMS/WhatsApp 0175009364.
Khamis, 30 Julai 2015
Kisah Cacing Tanah, Part 1.
Jom, kita kenal cacing tanah … sebelum ambil keputusan untuk menternaknya.
Cacing tanah, di sebut cacing “tanah” kerana ia ditemui di dalam tanah. Ada yang risau, kawasan kebun banyak cacing tanah, tak berjangkit ker kalau makan sayur yangtanahnya ada cacing tanah? Mungkin yang risau tu tak pernah ada cacing di dalam usus. Cacing tanah hidup di dalam tanah. Cacing parasit dalam badan kita bukannya cacing tanah. Cacing rambu, cacing gelang dll hidup di dalam usus manusia. Ia hidupan yang berbeza.
Cacing tanah berbentuk tiub atau salur, dengan badan bersegmen atau berketak. Cacing tanah memakan bahan organik, misalnya daun yang reput, dan tinja haiwan ternakan. Sistem perncernaannya ada di sepanjang badan. Cacing tanah bernafas melalui kulitnya. Cacing tanah ada otak, sepasang sebesar bintik aja bersambung ke sistem sarah tunjang yang berada di sepanjang badannya.
Otor cacing tanah dalam bentuk gegelang dan juga dalam bentuk panjang yang bermula dari kepala hingga ke ekor. Otot ini memabntu cacing bergerak. Otot tersebut juga digunakan untuk menelan makanan dan membawa makanan daripada mulut hingga ke hujungnya.
Seks? Yes. Cacing tanah hebat, kalau ia tak ada pasangan, ia boleh lakukan sendiri. Jadi sendirian atau berpasangan, cacing tanah mampu membiak.
Cacing tanah tak bertulang. Ia kekalkan bentuknya menggunakan lembapan yang ada di dalam badannya.
Cacing tanah aktif bila tanah lembap. Bila tanah kering ketiadaan hujan, cacing tanah akan tidur. Cacing tanah biasanya dikelaskan mengikut kedudukannya di dalam tanah. Ada jenis yang tinggal berdekatan dengan permukaan tanah dan keluar di waktu malam atau ketika tanah lembap. Ada jenis yang tinggal jauh ke dalam tanah. Jenis ini tidak keluar ke permukaan tanah.
Cacing tanah menjadi sahabat pekebun kerana ia menghadam dan menguraikan bahan organik ke dalam bentuk yang ringkas yang mampu diserap oleh tumbuhan. Laluan cacing tanah menjadi terowong yang berselirat membekalkan udara dan air kepada akar tumbuhan.
Lazimnya ada dua sebab mengapa orang ternak cacing tanah. Pekebun bela cacing tanah untuk komposkan bahan organik. Meletakkan cacing tanah di ruang kebun supaya cacing tanah membantu menyuburkan tanah. Lumayan kata pekebun.
Ada juga orang menternak cacing untuk menjual cacing sebagai makanan haiwan kesayangan atau sebagai umpan memancing. Lumayan kata mereka.
Satu dekad yang lalu ada hype tentang bela cacing. Nak buat mekap larr, nak buat protein pelt larr, itu semua tipu belaka. Tu scammers yang gunakan sistem MLM untuk menipu orangramai. Dan ramai yang tertipu.
Bila ada orang tawarkan projek juta-juta, kononnya buy back, fikir betul betul, gunakan logik. Jika nak bela cacing untuk kebun atau petstore, itu logik, boleh dipercayai. Jika bela cacing dapat juta juta sebab ada kilang yang nak beli dan tempat kilang tu entah kat mana-mana, itu tipu. Jangan percaya. Sebabnya, kenapa nak protein cacing sedangkan ayam itik ada?
Ok, nanti kita sambung.

Cendawan Tiram Di Rumah
![]() |
Mycelium kulat (cendawan tiram) sedang memakan keratan ranting. |
-----------------------
Ebook "Cendawan Tiram Dari Dapur" dalam penulisan. Saya ada incubate spawn cendawan tiram. 50 balang aja untuk 50 pembeli ebook pertama. Untuk preorder harganya ebook RM40.
Harga ebook, RM50, tidak termasuk spawn cendawan.
SMS/WhatsApp 0175009364 untuk pesanan.
Labels:
cendawan,
cendawan tiram,
Cendawan Tiram Dari Dapur,
ebook
Rabu, 29 Julai 2015
Menanam Secara Organik Di Rumah
Minat saya untuk berkebun, sebenarnya sejak dari kecil lagi. Ketika dalam umur prasekolah, kami sememangnya aktif berkebun. Ia menjadi penghubung antara kami anak beranak.
Kebun kami di bahagi kepada dua kerana separuh daripada kebun ditenggelami air bila musim tengkujuh. Jadi kawasan kering ditanam pokok saka, termasuk rambutan, mempelam, dan ciku. Di bahagian basah di tanam tanaman jangka pendek termasuk jagung dan sayuran.
Oleh kerana rumah kami jauh daripada kebun, tanah tersebut tidak disiram, kecuali ketika baru menyemai. Selepas itu tanaman dibiarkan tanpa disiram. Walaupun tidak disiram, ketika itu, kawasan tersebut mendapat hujan hampir setiap minggu, jadi air tidak menjadi masalah utama di dalam aktiviti berkebun. Kaedah yang digunakan ketika itu memungkinkan tanaman mendapat air yang cukupnya walaupun tidak disiram secara berkala.
Tidak dinafikan ketika di peringkat awal, rumpai menjadi masalah utama kerana kawasan tersebut dipenuhi lalang. Tanah dibajak sebelum menanam, tetapi ayah mendapati aktiviti tersebut telah mendedahkan tanah menyebabkan tanah menjadi lesu. Masalah rumpai dan air dapat diselesaikan dengan menggunakan sungkupan, iaitu menutup permukaan tanah dengan jerami jagung dan keratan rumpai yang telah ditinggalkan reput.
Ebook "Menanam Secara Organik Di Rumah" adalah hasil daripada pengalaman kami berkebun, serta daripada pembelajaran dan bacaan kami. Ia semuanya digabungkan untuk mencari kaedah serta penyelesaian kepada masalah yang dihadapi ketika berkebun di rumah. Walaupun aktiviti berkebun di rumah kecil berbanding dengan berkebun di kebun, kaedah serta permasalahan adalah hampir sama.
Jika anda ingin menanam sayur di rumah, inilah satu satunya buku (ebook) yang anda perlukan.

Selasa, 28 Julai 2015
Ebook dalam penulisan, tentang penanaman cendawan di rumah.
Ebook dalam penulisan.
"Cendawan Tiram Dari Dapur"
Di jangka siap 14 Ogos 2015
Harga ebook RM50,
Harga preorder RM40, 50 pesanan pertama, benih cendawan (spawn) percuma.
SMS/Whatsapp 0175009364 untuk pesanan.

Isnin, 27 Julai 2015
Group "Menanam Secara Organik Di Rumah"
Untuk membantu rakan-rakan yang ingn berkebun di rumah secara organik, kami buka group "Menanam Secara Organik Di Rumah." Group ini dibuka secara percuma untuk rakan-rakan yang membeli ebook "Menanam Secara Organik Di Rumah".
Jika telah membeli ebook tersebut, sila request untuk serta group tersebut.

ebook,
group,
menanam secara organik di rumah
Sembang-sembang-- Bela Cacing Di Rumah
Singgah di Pet Store, pemilik kedai bertanya tentang bela cacing. Saya tanya sebab nak bela cacing. Cacing in demand katanya. Supply tak cukup. Cacing dijual sebagai umpan memancing, dan juga sebagai makanan burung dan makanan ikan.
Untuk pemilik Pet Store, memang serasi bela cacing. Boleh guna tinja sebagai makanan cacing.
Cacing gemar makan tinja arnab dan cepat membiak. Pet Store memang ada lambakan tinja arnab. Berbeza dengan sasaran kita yang berkebun dan bela cacing. Kita bela cacing untuk cepatkan proses kompos. Cacing makan bahan organik, uraikan menjadi kompos.
Jika berkebun di rumah dan ada bela arnab, ini gabungan terbaik.
Lebihan sayur diberi makan arnab, arnab hasilkan tinja. Tinja arnab diberi makan cacing. Cacing membesar dan membiak, hasilkan vermikompos. Vermikompos dibuat baja. Sayur segar.
Tapi saya nak ingatkan, arnab cepat membiak. Jika tinggal di taman perumahan, teruk kena kerja sebab kalau gagal cuci, bau hancing. Tak boleh mc. Satu hari mc tinja arnab melimpah. Kesian jiran.
Daging arnab pula tak best. Hamis, hamis yang memualkan.
Saya pernah bela, beli 4 ekor aja. Di akhir tahun membiak jadi 100 ekor. Saya guna tinja buat makanan cacing dan sisanya dibuat baja. Memang baja vermikompos amat elok. Cacing pula in demand, tapi teruk kena kerja.
Kalau tinggal di kampung, mungkin ok.

bela arnab,
bela cacing,
sembang-sembang
Sabtu, 25 Julai 2015
Ebook "Menanam Secara Organik Di Rumah"
Ebook ini menjelaskan tentang aktiviti berkebun di rumah secara organik. Harga untuk salinan peribadi versi PDF ialah RM100.
Pembeli akan dipelawa untuk menyertai gruop tertutup facebook "Menanam Secara Organik Di Rumah".
SMS/Whatsapp 0183601610 untuk buat pesanan.
Ebook ditulis dengan detail, mempunyai 415 halaman.
Labels:
ebook,
menanam secara organik di rumah
Jumaat, 17 Julai 2015
Selamat Hari Raya
Selamat Hari Raya, dari keluarga kami (tanamsendiri.com) yang kecil. Maaf Lahir dan Batin.
Terima kasih atas sokongan rakan-rakan semua, memungkinkan kami berkongsi pegalaman menanam sendiri makanan di rumah.
Isnin, 13 Julai 2015
WAKTU MENYIRAM
Ada banyak pendapat tentang waktu menyiram. Ada yang syorkan supaya menyiram di sebelah petang, ada yang syorkan menyiram di sebelah pagi. Ramai yang melarang menyiram di waktu tengahari.
Pada pendapat saya, apabila air yang boleh dicapai kurang daripada 50%, siram, tidak kira waktu.
Ada yang syorkan supaya menyiram di sebelah petang dengan alasan tidak banyak air akan hilang melalui sejatan. Jika menyiram sebelah petang pastikan pokok tidak basah kerana jika pokok basah, keadaan yang lembap akan menyebabkan pokok mudah dijangkiti kulat. saya jarang menyiram di sebelah petang untuk elakkan serangan penyakit, kecuali jika tanah terlalu kering dan pokok menunjukkan tanda stress.
Ada yang syorkan di waktu awal pagi kerana ketika itu cuaca belum panas dan air sempat masuk ke dalam tanah dan tidak terlalu banyak air hilang melalui sejatan. Saya berpendapat ini waktu yang elok untuk menyiram.
Biasanya di waktu tengahari tanah telah menjadi kering dan mungkin mencapai titik layu. Biasanya sebelum tengahari, saya akan siram sekali lagi, iaitu sekitar pukul 11. Ini untuk elakkan tanah terlalu kering di waktu tengahari.
Kebanyakan orang melarang menyiram di waktu tengahari kerana pokok akan mati, kata mereka. Ini benar boleh berlaku kerana pokok akan menutup stoma dan menjadi layu untuk menjimatkan air. Jika anda siram di waktu ini, stoma akan terbuka dan pokok akan mula berfungsi seperti biasa. Oleh kerana cuaca terik, pokok mungkin tidak dapat menyerap air dengan kadar yang sama dengan kadar kehilangan air melalui transpirasi menyebabkan pokok mencapai tahap layu. Jika ia mencapai tahap layu kekal, pokok akan mati kehausan. Air yang disiram mungkin tidak mencukupi kerana sebagaiannya akan hilang melalui proses sejatan.
Jika ingin siram di waktu tengahari, siram dengan air yang banyak iaitu sehingga tanah menjadi lejuh dan air boleh dicapai berada pada tahap maksima. Jangan siram pada pokok, siram pada tanah sahaja untuk mengelakkan bahagian yang basah melecur kekeringan kesan kadar transpirasi melebihi kadar penyerapan air.
Ada yang syorkan supaya gunakan sistem pengairan automatik untuk pastikan tanaman menerima air yang cukup. Jika anda ingin memasang sistem tersebut, pastikan ia ditutup di hari hujan atau sistem mempunyai pengesan hujan dan menutup sistem apabila hujan. Ini untuk mengelakkan berlaku lebihan siraman yang membazir dan memudaratkan tanaman.
Semua ini dalam ebook "Menanam Secara Organik Di Rumah", harga RM50. SMS/WhatsApp 0175009364 untuk buat pesanan.

Jumaat, 10 Julai 2015
Abu Kayu Sebagai Baja
Abu dari pembakaran kayu atau pembakaran arang kayu boleh digunakan sebagai baja. Jadi jika anda buat aktiviti berbeku, abu yang terhasil daripada pembakaran arang kayu jangan dibuang. Bahan tersebut boleh dibuat baja.
Arang kayu mengandungi nutrien yang diperlukan oleh tanaman. Ia kaya dengan kalsium, kalium, magnesium dan fosforus. Abu kayu juga mengandungi sulfur, besi, kuprum, mangan, boron dan zink.
Bagaimanapun anda perlu bilas dahulu dengan air untuk kurangkan sedikit bahan nutrien kerana bimbang tanaman akan melecur, kerana pH abu kayu tinggi, iaitu sehingga 10. Oleh sebab itu, abu kayu juga elok untuk naikkan pH tanah yang berasid.
Dipetik dari ebook "Menanam Secara Organik Di Rumah"

abu kayu,
baja,
ebook,
menanam secara organik di rumah
Langgan:
Catatan (Atom)