Itu soalan yang diajukan.
![]() |
Pokok herba (dill) yang ditanam secara organik subur dan mempunyai aroma yang enak. |
No satu, menanam secara organik "rock" kata anak muda. Kalau tidak masakan sayur berlabel organik harganya lebih mahal daripada sayur tak organik.
Diakui, jika guna baja sintetik sayur gemuk. Gemuk tak bererti subur. Macam orang juga, gemuk tidak bermakna sihat. Ia cuma bermakna, makan tak seimbang -- terlebih makan. Sihat? Tidak, mudah terena penyakit. Tanda badan lemah. Pokok yang dibaja denganbaja sintetik, gemuk tapi tak subur. Ia lemah, mudah diserang penyakit dan serangga perosak.
Sebab itu bila berkebun secara tak organik, pokok sentiasa diserang penyakit, diserang serangga perosak. Ini kerana apabila memakan daun, serangga tidak kenyang kerana kandungannya hanya air. Jadi serangan menjadi teruk. Pokok yang kandungan airnya tinggi juga mudah diserang penyakit, terutamanya kulat. Bila berkebun secara tak organik, kebanyakan petani terpaksa guna racun. Jika berkebun secara organik, pokok subur tetapi tidak gemuk. Serangga makan dan cepat kenyang. Biasanya paling banyak dimakan setakat 20% aja, selepas itu serangga akan berpindah ke tempat yang lain. Penyakit jarang menyerang pokok yang subur tetapi kurang berair.
Wah subur Dill En.Is..tanam dr benih @ beli ank pokok?
BalasPadamSemai dari benih. Tanam indoor. Bila tumbuh dalam 4 inci, di alih ke ruang ini.
PadamAssalamualaikum En.Iskandar. Dalam set beginner tu ada benih pokok apa ye?
BalasPadam