Halaman

Cari Blog Ini

Selasa, 2 Jun 2015

Gambar Hari Ini -- Jambu Golok

Buah jambu golok atau ketereh, bijinya di luar.

Di zaman sekolah rendah dulu, buah ini amat popular dalam aktiviti teka-teki.  Biasanya lengkap dengan pantun empat kerat berakhir dengan ayat trivia,

"Buah apa, bijinya di luar?"

"Buah gajus!"  kata murid yang berasal dari pantai barat.

Di tempat kami, buah ini dikenali sebagai buah jambu golok.  Dulu di tanam secara komersial untuk bijinya yang popular atas nama cashew nut. Lazimnya isi buah dibuang atau dijadikan makanan haiwan ternakan.  Orang Terengga hiris buahnya dan makan sebagai ulam, cicah budu.  Daunnya juga dimakan.  Kadang-kadang buahnya dimasak.  Enak kalau dimasak lemak bersama sotong.

Ketika ini kami jadikan rutin, "mencari" kembali bahan-bahan yang lazimnya dijadikan makanan ketika kami masih kecil untuk ebook kami, yang berkait dengan makanan dulu-dulu yang berkhasiat.

2 ulasan:

  1. dana penah mkn buah ni masa kecik2... sedap buah jambu nyer kalu buah nyer dh msk ranum...

    tp dh besar nih suke mkn biji nyer je

    BalasPadam
  2. di brazil, isi buah gajus diblend dan dijadikan jus, berkotak2, boleh dapat kat kedai, sedap :)

    BalasPadam