![]() |
Pokok kacang panjang bebas daripada serangan serangga perosak. Dua minggu lepas pokok ini dipenuhi bena hitam. |
Pokok kacang ni dua minggu lepas diserang bena hitam. Penuh di batang dan daunnya. Saya tak perasan serangan tersebut, seorang pengunjung yang datang nak tengok “kebun En. Iskandar”. Mungkin sebab dah terlalu biasa dengan serangan, saya dah tak ambil pusing? Mungkin itu yang difikirkan oleh oleh pengunjung tersebut.
“En. Iskandar tak sembur racun organik?”
Soalan tersebut memecahkan khayal saya sebab ketika itu asyik memerhati sekeliling. Cuba menilai persekitaran kalau-kalau perlau dibuat sesuatu untuk menyelamatkan pokok tersebut.
“Tak, saya tak guna racun. Organik atau sintetik, racun tetap racun.”
Saya jawab dengan tak bersungguh sebab masih lagi tercari-cari punca masalah dan penyelesaiannya.
Pengunjung tersebut terdiam. Mungkin selama ini dia anggap racun organik tak berbahaya, cuma racun sintetik sahaja yang bahaya. Salah tu. Tanyalah orang asal yang pergi menuba, racun apa digunakan? Timbul perut semua ikan. Tanya lagi, jika masih memburu menggunakan sumpit, racun apa yang digunakan? Haiwan pun boleh mati terkena sumpitan. Semuanya racun organik.
Saya cuba jelaskan.
“Mungkin sebab minggu lepas tak hujan, saya pula menyiram petak depan aja. Terlepas pandang, mungkin pokok stress kurang air dan jadi lemah. Itulah sebabnya bena hitam ambil kesempatan. Jika di dalam pagar rumah saya akan sembur dengan larutan sabun pencuci pinggan dengan minyak masak. Kat luar ni, tengoklah dalam 2 minggu lagi. Jika tiada perubahan, saya akan sembur.”
Pengunjung tersebut diam aja, mendengar penjelasan saya. Kusyuk benar. Kalau zaman mengajar dulu, ini “A student”. He he.
Sebenarnya rumusan larutan air sabun pencuci pinggan dan minyak masak bukanlah racun. Kalau sabun pencuci pinggan itu racun, kita tak akan guna buat cuci pinggan sebab pinggan tersebut kita akan isi makanan. Minyak masak pastilah bukan racun sebab kita guna untuk goreng goreng.
Ia betindak begini. Serangga bernafas melalui kulit. Badannya diselaputi lilin yang melindungi liang pernafasan daripada air. Jadi, bila hujan, liang tersebut tidak tersumbat kerana air tidak meresap ke permukaan lilin.
Denga menyembur minyak masak, pencuci pinggan akan menanggalkan lilin pada badan serangga, dan minyak masak pula akan menyumbat liang pernafasan yang telah tidak terlindung. Akibatnya, serangga yang disembur lemas dan mati.
Tapi kali ini saya biarkan saja bena tersebut. Hari ini, saya belek, tiada lagi bena hitam pada pokok kacang panjang tersebut. Perkara ini sememangnya saya telah jangkakan. Sebab itu saya tidak berbuat apa-apa.
Sebenarnya bila ditunjukkan pokok yang penuh dengan bena hitam, saya telah perasan di bawah daun terdapat beberapa larva kekabuh kura-kura atau lebih dikenali sebagai ladybird. Larva tersebut memakan bena hitam. Oleh kerana bena hitam terlalu banyak, saya jangka ladybird juga akan membiak dengan cepat kerana ada banyak makanan di situ.
Ya, ladybird tidak akan mampu makan habis bena hitam tersebut. Itu tidak mengapa kerana lokasi pokok ini adalah di seberang jalan berdekatan dengan longkan banjir (storm drain). Oleh kerana saya tidak menggunakan pestisid atau herbisid, dan tidak pula menggunakan baja sintetik, ruang tersebut mempunyai pelbagai hidupan yang saling berkait. Apabila bena hitam membiak dengan banyak, ia akan menarik perhatian pemangsanya. Burung akan nampak bena tersebut dan akan singgah mengutip semua bena tidak lama selepas itu. Bena yang terlepas akan dimakan pula oleh larva ladybird. Ingat “rantai makanan” yang kita belajar di dalam kelas sains atau biologi ketika di sekolah menengah dulu? Jangan setakat hafal untuk periksa aja, sekaranglah masanya untuk applykan semuanya.
Jadi tidak lama selepas itu, bena hitam tidak lagi menjadi masalah kepada pokok kacang panjang yang saya tanam.
Inilah keistimewaannya jika kita menanam secara organik tanpa menggunakan racun. Kita boleh manfaatkan komuniti hidupan yang ada di laman kita.
Jika pokok ini berada di dalam pagar di depan rumah, barulah saya akan lakukan sesuatu kerana di dalam pagar kami, kucing jiran berkeliaran. Jadi burung tidak dapat berkunjung untuk mengutip serangga perosak.
Semua ini ada saya ceritakan di dalam ebook "Menanam Secara Organik Di Rumah" dan bakal diedarkan beberapa hari lagi.
![]() |
Ebook terkini daripada kami. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan