Halaman

Cari Blog Ini

Jumaat, 22 Mei 2015

Perkara Asas Tentang Berkebun Di Rumah (Siri 2) – Benih, Bahagian 4 daripada 10

Sebenarnya sel ovum ada mengandungi beberapa kutub nukleus.  Sel sperma daripada debunga (jantan) bergabung dengan kutub nukleus (betina) dan menjadi endosperm, iaitu isi benih yang mengundungi storan makanan.  Satu lagi sel sperma bergabung dengan nukleus membentuk embrio yang akan membesar menjadi anak pokok.  Kejadian ini dikenali sebagai persenyawaan.  Inilah titik permulaan pertumbuhan benih.

Selepas pendebungaan, bunga (bahagian betina) akan menghasilkan buah.  Apabila disebut menjadi buah, sebenarnya saya kurang tepat apabila berkata demikian kerana ada benih yang tersimpan di dalam isi buah, ada benih yang tersimpan di dalam lenggai kekacang dan ada benih yang terdedah tanpa buah.

Misalnya, mangga, cili dan terung, benihnya terbentuk di dalam buah yang berisi, kacang tanah, kacang buncis terbentuk di dalam lenggai.  Salad dan bayam, benihnya terdedah.

Biji benih itu sendiri ada peringkat pertumbuhannya.  Misalnya bahagian endosperm menjadi semakin berisi.  Embrio menjadi semakin besar.  Kulit pula menjadi semakn kenyal mnyeliputi dan melindungi benih.

Selain daripada kulit, pokok ada mekanisma lain untuk melindungi benihnya.  Ada buah yang pahit dan tidak enak dimakan.  Ada kulit benih yang tahan asid kuat, jadi apabila dimakan oleh haiwan, ia tidak terhadam.

Tumbuhan juga ada cara untuk menyebarkan benihnya.  Ada yang menghasilkan buah ranum yang enak supaya dimakan oleh haiwan dan apabila haiwan beristinja, benih tersebar.  Ada benih yang terlekat pada bulu haiwan, ada benih yang disebarkan oleh angin dan ada yang disebarkan oleh air.  Ada juga benih yang tersebur melalui letupan lenggainya.

Proses menyimpan mengambil benih dilakukan apabila masa benih matang sebelum proses penyebaran.

–-----------------------------------------
Dapatkan benih baru, labu manis kebayan.  Buahnya kecil dengan kulit yang nipis.  Isinya lembut dan manis.  Hanya RM5 satu pek.  SMS/WhatsApp 0175009364

Tiada ulasan:

Catat Ulasan