Jika satu keluarga 6 orang, terpaksa berbelanja RM9 untuk satu tin seorang.
Ke pasar Kajang, beli nenas ranum bersaiz kecil, RM6 untuk 7 biji.
![]() |
Buah nenas ranum untuk buat jus. |
Tambah gula jika nak setarakan manisnya dengan jus yang dalam tin yang disebut tadi, 700g. Kemudian pasteurkan dan simpan dalam botol yang disterilkan. Dapat 7 botol 1 liter. Bila nak minum, bancuh menjadi 5 liter.
Secara kasar, 6 tin (1.5 liter) jus nenas komersial berharga RM9, dengan harga yang sama dapat 35 liter jus nenas dengan rasa yang sama jika dibuat sendiri.
Minumlah puas puas. Jimat belanja, keluarga dapat minum jus berkhasiat. Jika nak jus pekat tanpa gula, jangan tambah gula. Lagi jimat.
Selain jus nenas, ana juga boleh buat jus epal, durian belanda, belimbing, jambu dan bermacam-macam lagi.
Hari ini saya akan tunjukkan cara memproses jus buah, pasteurkan dan simpan dalam botol yang disterilkan di dalam gerobok. Bila dah buka tutup botol, baru perlu simpan dalam peti sejuk.
Jimat ruang, jimat elektrik.
Untuk juskan nenas untuk disimpan, boleh gunakan panduan berikut.
Satu biji nenas untuk hasilkan 1 liter pekatan stok.
Pilih nenas yang ranum dan manis.
Untuk sterilkan botol lalukan larutan satu sudu besar pencuci pinggan, 1 sudu teh bleach dan dicampur air panas 80 darjah celsius dan lalukan larutan di dalam botol kaca dan penutup yang ingin disteril. Bilas dengan
air panas mendidih selama sekurang-kurangnya 2 minit.
Telengkupkan untuk keluarkan air bilasan dan jangan kendali dengan tangan. Gunakan penyepit yang di steril.
Kupas dan potong empulur.
Basuh dengan air yang bersih. Hiris supaya muat di dalam juicer atau pengisar.
Kisar. Tambah air yang telah dimasak dan 100g gula jika ingin manis. Jika ingin dihidangkan segera, tidak perlu tapis palpa. Jika ingin simpan lama, tapis dan asingkan palpa. Palpa mengandungi enzim yang akan mencerna jus dan membuatkan warnanya menjadi pudar.
Tambah satu sudu teh garam untuk menghalang warna pekatan menjadi pudar.
Panaskan campuran hingga ke suhu 70 darjah celsius sekurang-kurangnya 2 minit untuk pasteurkan dan kurangkan rasa tajam nenas.
Tuang campuran yang masih suam ke dalam botol ke aras 1 inci daripada leher botol. Tutup botol dengan kemas. Pastikan penutup mengandungi bahan pengalas kedap udara.
Apabila udara kembali ke suhu bilik, bahagian dalam botol akan mempunyai tekanan yang rendah. Ia boleh disimpan lama sehingga 6 bulan di dalam gerobok simpanan makanan.
Jika tudung botol telah dibuka, simpan botol di dalam peti sejuk menghalang kontaminasi.
Kebanyakan bakteria berbahaya, misalnya E.coli, Salmonella dan Cryptosporidium akan mati setelah dipasteurkan. Bagaimanapun, ada spora bakteria yang tidak mati selepas dipasteurkan. Ini tidak membimbangkan kerana jus yang berasid menghalang bakteria daripada membiak.
![]() |
Bacaan pH jus nenas selepas dikisar. |
Untuk hidangan, campurkan air sejuk dan minum.
Jika tekstur (rupa) atau bau berubah, buang stok tersebut sebagai langkah berjaga-jaga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan