Halaman

Cari Blog Ini

Rabu, 27 Mei 2015

Ebook Untuk Dijual -- Menyediakan Tanah Semaian

Pilihan tanah semaian adalah penting yang menentukan semaian berjaya atau gagal.  Lain bekas menggunakan rumusan yang berlainan.


Tanah yang digunakan untuk menyemai benih adalah penting kerana ia menentukan samada benih tersebut akan tumbuh dengan subur atau gagal bercambah.

Ebook "Menyediakan Tanah Semaian" dapat membantu anda memilih atau mengadun sendiri tanah semaian untuk menghasilkan cambahan yang berjaya.  Jika anda menyemai sendiri benih sayur, berbaloi membeli ebook ini.



Satu salinan peribadi fomat PDF harganya RM100.  SMS/WhatsApp 0183601610 untuk membuat pesanan.

Bayaran boleh dibuuat ke mana-mana akaun berikut.
Iskandar ab Rashid
Affin 205470241951, atau
BSN Giro 1010929000080825, atau
Bank Islam 12092020181754
atau
Zaitun Ismail
CIMB
7017583738
Abdul Rahman bin Iskandar
Maybank
162441150114
atau bayar ke akaun PayPal
[email protected]
Ketika membuat bayaran gunakan maklumat berikut:
Recipient email: [email protected]
Recipient Mobile: 0183601610

Ebook ini mengandungi topik berikut:

Apa Itu Tanah Adunan Semaian?
Ciri Tanah Adunan Semaian Yang Elok Digunakan
Beli Atau Adun Sendiri Tanah Semaian
Ciri-ciri Tanah Adunan Semaian
Kaedah Penyediaan Tanah Adunan Semaian
Bahan Adunan Semaian
Bekas Semaian
Ramuan Adunan Tanah Semaian
Ramuan Untuk Dulang Rata
Ramuan Untuk Dulang Semaian Bersel (Dulang Modular) atau Pasu Semaian
Ramuan Untuk Blok Tanah
Menanam Semaian (Menyemai)
Kelebihan Menanam Secara Semaian
Kelemahan Menanam Secara Semaian
Alat Untuk Menghasilkan Cambahan Semaian
Perkara Yang Diperlukan Oleh Benih Untuk Bercambah
Masalah Cambahan Serta Puncanya
Penutup

Tak Perlu Meracun

Pokok kacang panjang bebas daripada serangan serangga perosak.  Dua minggu lepas pokok ini dipenuhi bena hitam.

Pokok kacang ni dua minggu lepas diserang bena hitam. Penuh di batang dan daunnya. Saya tak perasan serangan tersebut, seorang pengunjung yang datang nak tengok “kebun En. Iskandar”. Mungkin sebab dah terlalu biasa dengan serangan, saya dah tak ambil pusing? Mungkin itu yang difikirkan oleh oleh pengunjung tersebut.

“En. Iskandar tak sembur racun organik?”

Soalan tersebut memecahkan khayal saya sebab ketika itu asyik memerhati sekeliling. Cuba menilai persekitaran kalau-kalau perlau dibuat sesuatu untuk menyelamatkan pokok tersebut.

“Tak, saya tak guna racun. Organik atau sintetik, racun tetap racun.”

Saya jawab dengan tak bersungguh sebab masih lagi tercari-cari punca masalah dan penyelesaiannya.

Pengunjung tersebut terdiam. Mungkin selama ini dia anggap racun organik tak berbahaya, cuma racun sintetik sahaja yang bahaya. Salah tu. Tanyalah orang asal yang pergi menuba, racun apa digunakan? Timbul perut semua ikan. Tanya lagi, jika masih memburu menggunakan sumpit, racun apa yang digunakan? Haiwan pun boleh mati terkena sumpitan. Semuanya racun organik.

Saya cuba jelaskan.

“Mungkin sebab minggu lepas tak hujan, saya pula menyiram petak depan aja. Terlepas pandang, mungkin pokok stress kurang air dan jadi lemah. Itulah sebabnya bena hitam ambil kesempatan. Jika di dalam pagar rumah saya akan sembur dengan larutan sabun pencuci pinggan dengan minyak masak. Kat luar ni, tengoklah dalam 2 minggu lagi. Jika tiada perubahan, saya akan sembur.”

Pengunjung tersebut diam aja, mendengar penjelasan saya. Kusyuk benar. Kalau zaman mengajar dulu, ini “A student”. He he.

Sebenarnya rumusan larutan air sabun pencuci pinggan dan minyak masak bukanlah racun. Kalau sabun pencuci pinggan itu racun, kita tak akan guna buat cuci pinggan sebab pinggan tersebut kita akan isi makanan. Minyak masak pastilah bukan racun sebab kita guna untuk goreng goreng.

Ia betindak begini. Serangga bernafas melalui kulit. Badannya diselaputi lilin yang melindungi liang pernafasan daripada air. Jadi, bila hujan, liang tersebut tidak tersumbat kerana air tidak meresap ke permukaan lilin.

Denga menyembur minyak masak, pencuci pinggan akan menanggalkan lilin pada badan serangga, dan minyak masak pula akan menyumbat liang pernafasan yang telah tidak terlindung. Akibatnya, serangga yang disembur lemas dan mati.

Tapi kali ini saya biarkan saja bena tersebut. Hari ini, saya belek, tiada lagi bena hitam pada pokok kacang panjang tersebut. Perkara ini sememangnya saya telah jangkakan. Sebab itu saya tidak berbuat apa-apa.

Sebenarnya bila ditunjukkan pokok yang penuh dengan bena hitam, saya telah perasan di bawah daun terdapat beberapa larva kekabuh kura-kura atau lebih dikenali sebagai ladybird. Larva tersebut memakan bena hitam. Oleh kerana bena hitam terlalu banyak, saya jangka ladybird juga akan membiak dengan cepat kerana ada banyak makanan di situ.

Ya, ladybird tidak akan mampu makan habis bena hitam tersebut. Itu tidak mengapa kerana lokasi pokok ini adalah di seberang jalan berdekatan dengan longkan banjir (storm drain). Oleh kerana saya tidak menggunakan pestisid atau herbisid, dan tidak pula menggunakan baja sintetik, ruang tersebut mempunyai pelbagai hidupan yang saling berkait. Apabila bena hitam membiak dengan banyak, ia akan menarik perhatian pemangsanya. Burung akan nampak bena tersebut dan akan singgah mengutip semua bena tidak lama selepas itu. Bena yang terlepas akan dimakan pula oleh larva ladybird. Ingat “rantai makanan” yang kita belajar di dalam kelas sains atau biologi ketika di sekolah menengah dulu? Jangan setakat hafal untuk periksa aja, sekaranglah masanya untuk applykan semuanya.

Jadi tidak lama selepas itu, bena hitam tidak lagi menjadi masalah kepada pokok kacang panjang yang saya tanam.

Inilah keistimewaannya jika kita menanam secara organik tanpa menggunakan racun. Kita boleh manfaatkan komuniti hidupan yang ada di laman kita.

Jika pokok ini berada di dalam pagar di depan rumah, barulah saya akan lakukan sesuatu kerana di dalam pagar kami, kucing jiran berkeliaran. Jadi burung tidak dapat berkunjung untuk mengutip serangga perosak.

Semua ini ada saya ceritakan di dalam ebook "Menanam Secara Organik Di Rumah" dan bakal diedarkan beberapa hari lagi.

Ebook terkini daripada kami.

   

Isnin, 25 Mei 2015

BAKTERIA DAN ORGANISMA LAIN DI DALAM TIMBUNAN KOMPOS

Kompos masak mengandungi serbuk dan cebisan ranting dan akar yang sukar mereput.  Penguraian dilakukan oleh bakteria dan organisma lain.

Bakteria!  Oh ya, perkataan ini menakutkan ramai orang di luar sana.  Ini kerana bakteria lazimnya dikaitkan dengan penyakit berjangkit.
Jangan begitu, sebenarnya ada bakteria baik.  Tak semua bakteria jahat.  Ada di antara bakteria yang mampu menghindar penyakit.  Jika tidak masakan ramai di antara kita yang minum yogurt, susu yang telah ditapai dengan bakteria!

“Ada ada saja Iskandar ni,” mungkin ada di antara pembaca yang berfikir begitu.

Walau pun kita tidak nampak bakteria dengan mata kasar, ia ada.  Malahan di dalam badan kita jumlah bakteria dikatakan lebih 10 kali ganda daripada jumlah sel badan.  Jika tiada bakteria, pasti kita akan jatuh sakit kerana bakteria banyak membantu kita, misalnya di dalam proses pencernaan makanan.  Bakteria juga adalah penghuni yang paling banyak di Bumi ini, lebih banyak daripada bilangan manusia dan haiwan lain jika digabungkan semuanya.  Mahu atau tidak, kita perlu menghargai kehadiran makhluk halus ini.

Hari ini biarlah saya sentuh tentang peranan bakteria dalam aktiviti menghasilkan kompos daripada bahan organik yang diperoleh daripada sisa dapur dan sisa kebun.  Pembaca pasti telah jangka, bakteria adalah hidupan yang paling banyak yang berada di dalam timbunan kompos.  Organisma atau hidupan yang ada di dalam timbunan kompos boleh dibahagikan kepada dua iaitu mikroorganisma, iaitu hidupan seni yang tidak dapat dilihat dengan mata tanpa bantuan peralatan optik, dan makroorganisma, iaitu hidupan kecil yang dapat dilihat tanpa memerlukan bantuan beralatan optik. Lebih daripada 90% hidupan di dalam timbunan kompos adalah bakteria.

Secara amnya, bakteria di dalam timbunan kompos dikategorikan kepada 3 kumpulan, iaitu psikrofil, mesofil dan termofil.

Psikrofil adalah bakteria pengurai yang mula menjalankan proses penguraian.  Kumpulan bakteria ini adalah bakteria sejuk.  Ia kaif di dalam timbunan kompos yang suhunya sehingga 12 darjah celsius.  Jika kawasan seperti di tempat yang saya tinggal, bakteria psikrofil tiada kecuali di musim tengkujuh.  Ia bekerja bersama mikroorganisma yang lain termasuk kulat yang kelihatan seperti benang putih yang rapuh, dan aktinomiset yang kelihatan juga seperti kulat, tetapi dengan warna hijau.

Pada suhu yang rendah, bakteria psikrofil menguraikan bahan organik, membebaskan asid amino ke dalam timbunan kompos, dan tenaga dalam bentuk haba. Ini menyebabkan kompos mula menjadi suam, kerana suhu timbunan kompos meningkat.

Ada buku yang saya rujuk mengatakan haba ini menyebabkan kompos terurai.  Sebenarnya ini tidak benar.  Penguraian kompos bukannya berlaku kerana haba tetapi oleh bakteria yang berada di dalamnya, apabila kompos mengandungi air dan udara.  Persekitaran ini elok untuk pertumbuhan bakteria.

Apabila suhu semakin meningkat, bakteria psikrofil tidak lagi aktif dan mati.  Bakteria daripada kumpulan mesofil pula yang akan aktif menguraikan bahan organik di dalam timbunan kompos tersebut.  Kumpulan ini dinamakan Mesofil.  Ia membiak dengan cepat dan aktif pada suhu di antara 10 hingga 45 darjah Celsius.   Ada juga yang berpendapat bakteria ini aktif dalam suhu di antara 21 hingga 32 darjah Celsius.  Di negara kita, biasanya bakteria daripada kumpulan ini akan memulakan aktiviti penguraian.

Penguraian bahan organik oleh bakteria mesofil juga membebaskan haba menyebabkan timbunan kompos semakin panas.  Apabila suhu timbunan kompos mencecah 37 darjah Celsius, bakteria mesofil mula kurang aktif.  Ia tidak tahan panas.  Ia mula mati kepanasan.  Kompos ketika mesofil aktif masih mengandungi benih rumpai dan maikroorganisma pembawa penyakit.

Bila kompos semakin panas, bakteria kumpulan lain mengambil alih.  Bakteria ini dikenali sebagai Termofil.  Kumpulan ini seolah-olah memasak timbunan kompos.  Pada suhu yang tinggi, benih rumpai dan mikroorganisma pembawa penyakit akan mati.  Biasanya bakteria termofil akan terus aktif menguraikan timbunan kompos sehingga suhu mencecah 71 darjah Celsius!  Suhu akan kekal pada tahap ini selama seminggu.  Ia bergantung pada saiz timbunan kompos, jumlah air dan udara persekitaran.  Jika kita tambah kompos, suhu akan turun sekejap dan bakteria mesofil akan mengambil alih.  Apabila suhu meningkat, bakteria termofil akan mengambil alih semula.

Selain daripada mikroorganisma, makroorganisma juga menguraikan bahan organik di dalam timbunan kompos. Ia memecahkan bahan organik kepada saiz yang lebih kecil, memudahkan bakteria, kulat dan aktinomiset menguraikan bahan tersebut.  Kadang-kadang, kulat dan aktinomiset dirujuk sebagai mikroorganisma pelengkap erana ia menyempurnakan proses penguraian timbunan kompos.

Makroorganisma, iaitu hidupan kecil yang dapat dilihat dengan mata kasar tanpa bantuan alatan optik, misalnya anai-anai, semut, kutu layu, lipan, ulat gonggok, nematod, cacing tanah, ulat kekek, kekabuh dan siput babi memakan bahan organik yang besar, misalnya ranting, kayu dan tempurung, membina rangkaian terowong yang berselirat di dalam timbunan kompos.  Ia meninggalkan perca organik sisa tinja yang membekalkan makanan yang digemari mikroorganisma.  Rangkaian terowong pula membekalkan udara serta memudahkan air mengalir melalui timbunan membuatkan timbunan kompos tidak terlalu basah.

Aktiviti komuniti di dalam tanah yang saling berkait mencepatkan lagi proses penguraian timbunan kompos.  Untuk menghasilkan kompos yang bermutu tinggi, anda perlu imbang kandungan kompos supaya serasi dengan komuniti tersebut.



Untuk panduan menghasilkan kompos yang elok, dapatkan Ebook “Buat Kompos Sendiri”.  Hanya RM20.  SMS/Whatsapp 0175009364 atau emel [email protected] untuk buat pesanan.
 

Sabtu, 23 Mei 2015

Ebook tentang penanaman organik di rumah


Walaupun saya bukan authoriy dalam perkebunan secara organik, saya rasa dah tiba masanya untuk saya tulis buku berjudul "Menanam Secara Organik Di Rumah" sebagai pencetus idea untuk mereka yang ingin berkebun di rumah secara organik kerana sayur organik yang dihasilkan tanpa penggunaan racun begitu bermanfaat untuk menjamin kesihatan keluarga.
Buku ini ditulis secara longgar dan berdasarkan pengalaman berkebun di rumah.
Topik meliputi apa itu peanaman secara organik, kaedah penanaman organik di rumah (skala kecil), masalah yang bakal dihadapi, menuai, memasak atau menghidang serta kaedah menyimpan hasil tuaian.
Sasaran halaman muka surat, 120.

Harga satu salinan versi peribadi, RM20.
Format PDF.

Pesanan awal diterima.  Sila sms/whatsapp 0175009364 untuk buat pesanan.

Maybank
Abdul Rahman bin Iskandar
162441150114

CIMB
Zaitun Ismail
7017583738 atau
 atau

Iskandar ab Rashid
Affin 205470241951, atau
BSN Giro 1010929000080825, atau
Bank Islam 12092020181754

Rujukan emel, [email protected]
Rujukan no mobile 0175009364


Tuaian Hari Ini

Ruang sayur hjau dipenuhi dengan bayam malabar hijau selepas sebahagiannya dituai.

Berkebun di rumah secara organik mendorong kita menghargai alam sekitar. Rezeki pun berterusan. Lihatlah sendiri petak satu meter persegi ni. Hari ni tuai 2 kg. Dua hari lepas satu kilo. Itu pun petak seolah olah tak luak. Saya tak membaja dah sebab komuniti tanah dah seimbang. Cuma topup kompos bila aras tanah dah turun.

Tuaian hari ini, bayam malabar dan dill.

Jumaat, 22 Mei 2015

Perkara Asas Tentang Berkebun Di Rumah (Siri 2) – Benih, Bahagian 4 daripada 10

Sebenarnya sel ovum ada mengandungi beberapa kutub nukleus.  Sel sperma daripada debunga (jantan) bergabung dengan kutub nukleus (betina) dan menjadi endosperm, iaitu isi benih yang mengundungi storan makanan.  Satu lagi sel sperma bergabung dengan nukleus membentuk embrio yang akan membesar menjadi anak pokok.  Kejadian ini dikenali sebagai persenyawaan.  Inilah titik permulaan pertumbuhan benih.

Selepas pendebungaan, bunga (bahagian betina) akan menghasilkan buah.  Apabila disebut menjadi buah, sebenarnya saya kurang tepat apabila berkata demikian kerana ada benih yang tersimpan di dalam isi buah, ada benih yang tersimpan di dalam lenggai kekacang dan ada benih yang terdedah tanpa buah.

Misalnya, mangga, cili dan terung, benihnya terbentuk di dalam buah yang berisi, kacang tanah, kacang buncis terbentuk di dalam lenggai.  Salad dan bayam, benihnya terdedah.

Biji benih itu sendiri ada peringkat pertumbuhannya.  Misalnya bahagian endosperm menjadi semakin berisi.  Embrio menjadi semakin besar.  Kulit pula menjadi semakn kenyal mnyeliputi dan melindungi benih.

Selain daripada kulit, pokok ada mekanisma lain untuk melindungi benihnya.  Ada buah yang pahit dan tidak enak dimakan.  Ada kulit benih yang tahan asid kuat, jadi apabila dimakan oleh haiwan, ia tidak terhadam.

Tumbuhan juga ada cara untuk menyebarkan benihnya.  Ada yang menghasilkan buah ranum yang enak supaya dimakan oleh haiwan dan apabila haiwan beristinja, benih tersebar.  Ada benih yang terlekat pada bulu haiwan, ada benih yang disebarkan oleh angin dan ada yang disebarkan oleh air.  Ada juga benih yang tersebur melalui letupan lenggainya.

Proses menyimpan mengambil benih dilakukan apabila masa benih matang sebelum proses penyebaran.

–-----------------------------------------
Dapatkan benih baru, labu manis kebayan.  Buahnya kecil dengan kulit yang nipis.  Isinya lembut dan manis.  Hanya RM5 satu pek.  SMS/WhatsApp 0175009364

Selasa, 19 Mei 2015

Perkakas Untuk Dijual -- Transplanter

Transplanter untuk mengorek lubang dan mengalih anak pokok/semaian.


Perkakas untuk dijual -- Transplanter.
Angkat untuk mengalih anak pokok. Ia digunakan untuk membuat lubang dan mengalih anak pokok. Dengan alat ini risiko kerosakan pada akar dapat dikurangkan.
Satu unit dijual dengan harga RM30.
Kendalian poslaju RM10.

Email [email protected] atau SMS/WhatsApp 0175009364 untuk pesanan.

Isnin, 18 Mei 2015

Tuaian Hari Ini -- Sayur Buah


Tuaian hari ini, dari depan rumah.  Ya, semuanya dari ruang depan rumah (seberang jalan).  Jika kita manfaatkan ruang yang ada, mana-mana pun memulangkan rezeki. Alhamdulillah.  Mana lagi nak dapat sayur sesegar ini?

Ebook Untuk Dijual -- Menyediakan Tanah Semaian


Masalah menyemai? Mungkin adunan tanah semaian tak serasi.
Dapatkan ebook "Menyediakan Tanah Semaian."
Hanya RM20 untuk satu salinan.
SMS/WhatsApp 0175009364 untuk pesanan.

Kitar Semula Dalam Skop Yang Lebih Luas, Buat Kompos Sendiri


Kitar semula tidaklah terhad kepada mengumpul tin minuman dan suratkhabar lama.

Sisa makanan, sisa keratan rumput dan lain-lain bahan organik boleh dikitar semula, menghasilkan kompos iaitu bahan baja yang bermutu tinggi.  Sebagai upah, kita dikurniakan dengan tanaman yang subur dan berkhasiat.  Jika tidak berkebun, kita boleh jual kompos tersebut dengan harga yang tinggi.  Nah... Jimat duit belanja dapur.

Dari kajian yang saya pernah baca, 40% daripada makanan dan sayur segar yang kita beli berakhir di dalam tong sampah.  Bayangkan banyak mana bahan ini memnuhi ruang pusat pelupusan sampah.    

Aktiviti mengkompos adalah aktiviti murni kerana ia mesra alam.  Aktiviti ini mudah dilakukan dengan perbelanjaan awal yang minima.  Ada yang berkata aktiviti kompos busuk dan tidak enak dipandang.  Orang ini tidak tahu menahu dengan apa yang dikatakannya.  Maafkan dia.

Mengkompos memerlukan empat bahan asas iaitu bahan organik yang dibahagikan kepada bahan hijau dan bahan kelabu, air dan udara.  Jika sukatan betul proses akan berlaku dengan cepat dan bersih.  Hasilnya, habuk rupa seperti serbuk kopi dengan bau tanah.

Untuk panduan membuat kompos dan membuat kompos menggunaan cacing, dapatkan ebook ini, “Buat Kompos Sendiri.”  Harganya RM20 sahaja.  SMS/Whatsapp 0175009364 untuk membuat pesanan.

Sabtu, 16 Mei 2015

Buat Sendiri Jus Nenas, Langkah Bijak Untuk Jimatkan Belanja Dapur

Jus nenas, 1 tin . Enak, kaya dengan vitamin. Dapat minum seorang.
Jika satu keluarga 6 orang, terpaksa berbelanja RM9 untuk satu tin seorang.
Ke pasar Kajang, beli nenas ranum bersaiz kecil, RM6 untuk 7 biji.

Buah nenas ranum untuk buat jus.
Balik masukkan dalam juicer, tambah air mati dan gula. 7 biji dapat 7 liter.
Tambah gula jika nak setarakan manisnya dengan jus yang dalam tin yang disebut tadi, 700g. Kemudian pasteurkan dan simpan dalam botol yang disterilkan. Dapat 7 botol 1 liter. Bila nak minum, bancuh menjadi 5 liter.
Secara kasar, 6 tin (1.5 liter) jus nenas komersial berharga RM9, dengan harga yang sama dapat 35 liter jus nenas dengan rasa yang sama jika dibuat sendiri.
Minumlah puas puas. Jimat belanja, keluarga dapat minum jus berkhasiat. Jika nak jus pekat tanpa gula, jangan tambah gula. Lagi jimat.
Selain jus nenas, ana juga boleh buat jus epal, durian belanda, belimbing, jambu dan bermacam-macam lagi.
Hari ini saya akan tunjukkan cara memproses jus buah, pasteurkan dan simpan dalam botol yang disterilkan di dalam gerobok. Bila dah buka tutup botol, baru perlu simpan dalam peti sejuk.
Jimat ruang, jimat elektrik.

Untuk juskan nenas untuk disimpan, boleh gunakan panduan berikut.
Satu biji nenas untuk hasilkan 1 liter pekatan stok.
Pilih nenas yang ranum dan manis.
Untuk sterilkan botol lalukan larutan satu sudu besar pencuci pinggan, 1 sudu teh bleach dan dicampur air panas 80 darjah celsius dan lalukan larutan di dalam botol kaca dan penutup yang ingin disteril. Bilas dengan
air panas mendidih selama sekurang-kurangnya 2 minit.
Telengkupkan untuk keluarkan air bilasan dan jangan kendali dengan tangan. Gunakan penyepit yang di steril.
Kupas dan potong empulur.
Basuh dengan air yang bersih. Hiris supaya muat di dalam juicer atau pengisar.
Kisar. Tambah air yang telah dimasak dan 100g gula jika ingin manis. Jika ingin dihidangkan segera, tidak perlu tapis palpa. Jika ingin simpan lama, tapis dan asingkan palpa. Palpa mengandungi enzim yang akan mencerna jus dan membuatkan warnanya menjadi pudar.
Tambah satu sudu teh garam untuk menghalang warna pekatan menjadi pudar.
Panaskan campuran hingga ke suhu 70 darjah celsius sekurang-kurangnya 2 minit untuk pasteurkan dan kurangkan rasa tajam nenas.
Tuang campuran yang masih suam ke dalam botol ke aras 1 inci daripada leher botol. Tutup botol dengan kemas. Pastikan penutup mengandungi bahan pengalas kedap udara.
Apabila udara kembali ke suhu bilik, bahagian dalam botol akan mempunyai tekanan yang rendah. Ia boleh disimpan lama sehingga 6 bulan di dalam gerobok simpanan makanan.
Jika tudung botol telah dibuka, simpan botol di dalam peti sejuk menghalang kontaminasi.
Kebanyakan bakteria berbahaya, misalnya E.coli, Salmonella dan Cryptosporidium akan mati setelah dipasteurkan. Bagaimanapun, ada spora bakteria yang tidak mati selepas dipasteurkan. Ini tidak membimbangkan kerana jus yang berasid menghalang bakteria daripada membiak.

Bacaan pH jus nenas selepas dikisar.

Biasanya, jika kita botolkan minuman, kita bimbang spora bakteria akan membiak, terutamanya Clostridium botulinum yang boleh menyebabkan penyakit botulisma. Kita tdak peru risau kerana jus nenas berasid, misalnya jus yang saya buat sebentar tadi pHnya serendah 2.6. Kebanyakan bakteria, kulat dan virus berbahaya akan mati atau tidak dapat membiak. Sebagai panduan, bakteria Clostridium tidak aktif pada pH dibawah 4.6.



Untuk hidangan, campurkan air sejuk dan minum.
Jika tekstur (rupa) atau bau berubah, buang stok tersebut sebagai langkah berjaga-jaga.

Khamis, 14 Mei 2015

Timun Tersorok Di Celah Daun

Buah timun yang tumbuh tersorok di celah daun.

Beberapa biji timun menyorok dicelah daun. Lihat sendiri saiz timun ini. Ia mampu tumbuh lebih besar. Timun ini sesuai untuk dibuat ulam.
InsyaAllah saya akan tuai 2 hari lagi.
--------------------------------
Set timun ada stok, hanya RM30 untuk 5 jenis timun, 15 pek semuanya. Poslaju percuma.
SMS/WhatsApp 0175009364.

Bendi Dah Mula Berbuah

Bendi putih menghasilkan buah yang lebat.

Bendi, dah mula mengeluarkan hasil. Walaupun pokok tak banyak, cukup untuk makan keluarga. Ada dalam 15 pokok semuanya. Jika sekali tuai sebiji pun, insyaAllah dah ada 15 biji.
-------------------
Set Bendi ada stok, 15 pek daripada 5 jenis bendi yang istimewa.
SMS/Whatsapp 0175009364 untuk buat pesanan.

Cendawan Sisik di Kayu Mati

Cendawan sisik yang sengaja dibiarkan hidup pada kayu ati yang di susun di luar rumah.

Cendawan sisik pada kayu mati. Cendawan ini sengaja dibiakkan di luar, tidak diasingkan ke dalam bongkah cendawan kerana ini adalah cendawan tempatan. Ia memang serasi tumbuh pada kayu mati di luar rumah. Biasanya kami kutip daripada semua kayu mati yang disusun di seberang jalan, dapatlah dalam secawan. Cukuplah untuk sekali makan.

Rabu, 13 Mei 2015

Mitos Dalam Gardening -- Kobis Tidak Akan Tumbuh Jika Disemai Di Tanah Rendah

Pernyataan sifu gardening -- Kobis hanya boleh tumbuh di kawasan tanah tinggi.
--------------------------
Kobis ini (di dalam gambar) saya tanam di Semenyih, Selangor. Aras ketinggian, 13.5 kaki daripada aras laut.

Sebenarnya ada baka yang serasi dengan tempat sejuk, ada pula baka kobis yang tahan panas dan serasi dengan kawasan di tanah rendah.


Kobis merah yang ditanam di kawasan tanah rendah.

Mitos Dalam Gardening -- Sayur Yang Sempurna Menandakan Ada Menggunakan Racun

Pernyataan Sifu Gardening -- Jika tanam secara organik, sayur akan berlubang kerana tidak menggunakan racun. Tanaman yang sempurna menandakan ada menggunakan racun.
-------------------------
Saya menanam secara organik. Saya tidak menggunakan racun walau setitik pun, baik sintetik mahu pun organik. Gambar yang dipamerkan adalah sawi yang saya tanam. Ia sempurna.

Sawi yang ditanam tanpa menggunakan racun serangga.

Khamis, 7 Mei 2015

Jika ada ruang air yang bertakung

Pegaga perlukan persekitaran yang basah.
Kadang-kadang persekitaran rumah kita tidak sebagaimana yang diharapkan.  Ada kawasan yang berdekatan dengan kawasan paya atau tanah liat yang menakung air apabila hujan.  Kita boleh baiki kawasan tersebut dengan membuat saliran.  Jika tanah berlumpur, gaul dengan pasir.
Bagaimanapun, jika kita perhatikan, walau apa pun jenis tanah, rumpai tetap akan mampu tumbuh.
Sebenarnya kepelbagaian tanah ini elok sebab akan sentiasa ada tumbuhan yang serasi dengan kawasan tersebut.

Jika kawasan berair, kita boleh manfaatkan dengan menanam pegaga, kesum, kaduk dan lain lain tanaman yang sukakan tanah basah.  Tanaman ini berkhasiat dan enak digunakan sebagai perisa makanan.

Untuk atasa masalah jentik jentik, boleh lepaskan ikan dari keluarga labyrinth, misalnya pelaga dan gapi.

Gambar Hari Ini -- Buah Kari Sedang Meranum

Buah Kari

Buah kari hampir meranum disimpan untuk dijadikan benih.  Apabila ranum isinya mempunyai aroma kasi yang padat.  Kadang kadang saya keringkan isinya untuk dijadikan perisa kari.  Ambil secubit aja cukup jadi perisa satu periuk.

Selasa, 5 Mei 2015

Perkara Asas Tentang Berkebun Di Rumah (Siri 2) – Benih, Bahagian 3 daripada 10

Dalam posing sebelum ini saya ada bercerita tentang pistil, iaitu bahagian betina bunga.
Bahagian jantan bunga dikenali sebagai STAMEN.

Stamen adalah terdiri daripada kapsul atau kandul debunga yang dipanggil anter (anther) dan filamen, iaitu tangkai anther.

Pendebungaan
Pendebungaan adalah proses debunga dialih daripada anter ke stigma, sebahagian daripada pistil.
Debunga didak akan bergerak sendiri.  Biasanya debunga dialih aleh angin atau serangga.

Persenyawaan
Apabila debunga melekat ke stigma, proses persenyawaan mula berlaku.  Bahagian baka jantan akan masuk ke dalam ovari melalui tiub di dalam style.  Selepas persenyawaan, bahagian ovari akan berkembang menjadi benih.
----------------------
Perkara Asas Tentang Berkebun Di Rumah (Siri 2) – Benih, Bahagian 3 daripada 10

Isnin, 4 Mei 2015

Ebook Untuk Dijual -- Buat Kompos Sendiri


Alhamdulillah, ebook berjudul "Buat Kompos Sendiri" kini sedia untuk dijual.
ebook ini dijual dengan harga RM100 untuk salinan peribadi di dalam format pdf.
SMS/WhatsApp 0183601610 atau emel [email protected] untuk dapatkan ebook.

Bayaran boleh dibuuat ke mana-mana akaun berikut.
Iskandar ab Rashid
Affin 205470241951, atau
BSN Giro 1010929000080825, atau
Bank Islam 12092020181754
atau
Zaitun Ismail
CIMB
7017583738
Abdul Rahman bin Iskandar
Maybank
162441150114
atau bayar ke akaun PayPal
[email protected]
Ketika membuat bayaran gunakan maklumat berikut:
Recipient email: [email protected]
Recipient Mobile: 0183601610


Topik di dalam ebook ini adalah seperti berikut:

PENGENALAN
MENGAPA NAK BUAT KOMPOS?
APAKAH KEBAIKAN KOMPOS KEPADA TANAH?
APAKAH KEBAIKAN KOMPOS UNTUK TUMBUHAN?
APA ITU KOMPOS?
BUAT KOMPOS SENDIRI
PROSES PENGURAIAN BAHAN ORGANIK
Sumber karbon
Sumber nitrogen
BAHAN ORGANIK YANG TIDAK SESUAI DIGUNAKAN
BAHAN ORGANIK YANG SESUAI DIGUNAKAN
AKTIVITI PENGURAIAN OLEH BAKTERIA DAN KAITANNYA DENGAN NISBAH KARBON:NITROGEN (C:N)
CARA MUDAH UNTUK KENAL BAHAN KARBON DAN BAHAN NITROGEN
PERANAN UDARA DAN AIR DI DALAM PROSES MEMBUAT KOMPOS
KETIKA PROSES PENGURAIAN
BEKAS KOMPOS
CONTOH BEKAS KOMPOS YANG DIBINA SENDIRI
BEKAS KOMPOS DAWAI MATA PUNAI
BEKAS KOMPOS MENGGUNAKAN BATU BLOK YANG DISUSUN
BEKAS KOMPOS KAYU TIGA FASA
PETUA UNTUK MEGHASILKAN KOMPOS DENGAN CEPAT
MASALAH YANG LAZIM KETIKA MEMBUAT KOMPOS
Bahan berikut boleh digunakan sebagai bahan kompos
Bahan yang tidak sesuai dijadikan kompos
MENAPIS KOMPOS MASAK
MENGGUNAKAN KOMPOS
KOMPOS SEBAGAI BAJA
KOMPOS SEBAGAI KONDISYENER TANAH
KOMPOS SEBAGAI SUNGKUP
MEMBUAT TEH KOMPOS
PENUTUP

Ahad, 3 Mei 2015

Batch Baru Sauerkraut

Kobis yang baru ditapai.


Dalam proses penapaian untuk buat sauerkraut, kita nak manfaatkan bakteria Lacterbacillus yang kebiasaannya sememangnya ada di dalam kobis (dan juga pada badan kita). Proses penapaian berlaku pada suhu bilik biasanya mengambil masa 10 hari. Kobis mesti tenggelam di dalam cecair kobis yang keluar apabila cebisan kobis disapu garam. Jumlah garam yang digunakan mesti tepat untuk pastikan bakteria yang kita hendak yang membiak, bukan bakteria lain. Jumlah garam yang tepat juga menghasilkan tekstur yang rangup.

Untuk pastikan bukan bakteria bertoksik (Botulism) yang membiak, persekitaran di dalam bekas mestilah pada tekanan yang rendah dan pada pH tertentu.

Kebiasaannya Sauerkraut dicampur bahan lain, misalnya rempat untuk menghasilkan rasa yang serasi dengan selera. Kami tidak campur apa-apa kerana kami ini akan gunakan sauerkraut dalam masakan. Untuk makan, kami akan campur bahan lain mengikut selera, sebelum makan. Sauerkraut, kobis jeruk yang masam walaupun dijeruk di dalam garam, bukannya jeruk dalam cuka.

Apa khasiat Sauerkraut? Banyak, sebagaimana khasiat kobis segar tetapi lebih berkesan kerana bahan yang kompleks di dalamnya telah diringkaskan melalui poses penapaian. Selain daripada elok untuk jantung, ada kajian yang membuktikan Sauerkraut juga mampu membendung kita daripada terkena kanser. Ia juga membantu sistem pencernaan. Kami makan untuk rasanya.

Jumaat, 1 Mei 2015

Tuaian Hari Ini

Tuaian daripada petak seberang jalan, di depan rumah.

Alhamdulillah, tuaian dari depan rumah.  Sayur segar ditanam menggunakan kaedah tanpa menggunakan racun enah dimakan.  Puas dan berkhasiat.

Selamat Hari Pekerja.  Jika tak kemana, mari kita berkebun sekeliling rumah.  Hijaukan kawasan.

Aktiviti Petang Khamis

Ruang parkir depan rumah.
Alhamdulillah hari ini sempat bersihkan ruang parkir. Di sepanjang petak saya akan setkan tiub sistem irigasi bawah untuk pokok sayur buah.
Lebihan sayur yang dikutip ketika membersihkan petak menanam termasuk basella, pepperomia, belimbing tanah, kangkung, sawi dan kailan, semuanya 2 baldi penuh. Jika tuaian sentiasa seperti ini, terfikir juga nak bela arnab.
Tak boleh.... Kawasan perumahan. Hmmmm.....