Halaman

Cari Blog Ini

Isnin, 20 April 2015

Tanamsendiri Lobak Putih

Pokok Lobak Putih


Hari ini kita bercerita sedikit tentang cara menanam lobak putih.  Sebenarnya saya pertanh buat posting tentang lobak puth, jadi rakan-rakan boleh rujuk posting tersebut.  Dalam posting yang terkini, saya bercerita tentang cara membuat benih.  Sebelum ini saya tak bercerita tentang cara membuat benih.  Sambil sambil itu, tujuan saya buat posting ini ialah untuk promotekan Set Lobak, iaitu koleksi 4 jenis lobak putih (radish), dan satu jenis lobak merah.  Ok berbalik tentang tanamsendiri lobak putih.

Lobak putih, di dalam bahasa latin disebut Raphanus sativus yang bermaksud mudah ditanam.  Nama ini memang tepat kerana ia sememangnya mudah ditanam.  Pokok lobak putih adalah satu keluarga dengan sawi, iaitu dalam keluarga Brassicaeae.  Ia ada pelbagai.  Ada baka semusim dan ada baka dua musim.    Baka yang kami edarkan adalah dari jenis semusim, ia dapat dituai dengan cepat, dan jika tidak dituai akan menghasilkan benih dalam musim (tahun) yang sama.

Untuk dapatkan benih, biarkan lobak berbungga dan hasilkan lenggai (pod).  Apabila lenggai berwarna cokelat, cabut pokok dan jemur dengan menggantung di tempat yang bebas aliran udara, tetapi tidak terkena panas terik.  Benih lobak putih tahan selama 5 tahun jika disimpan di dalam bekas kering yang kedap udara.

Jika pokok pernah diserang penyakit, sebelum menyemai rendam di dalam air suam 50 darjah Celsius selama setengah jam untuk membantutkan pertumbuhan hama penyakit.

Lobak putih akan bercambah di dalam tanah yang suhunya antara 7 hingga 32 darjah.  Jika suhu terlalu tinggi, melebihi 32 darjah Celsius, biasanya benih tidak akan bercambah kerana benih kekal tidur.  Elok semai dalam tanah yang longgar, misalnya tanah yang mengandungi pasir dan tidak menakung air.  PH yang sesuai ialah antara 5.5 hingga 7.0.  

Dalam posting terdahulu, saya sarankan supaya semaian dialih.  Bagaimanapun, jika tanah subur adan ada ruang, lobak putih boleh disemai terus.  Semai dalam liang sedalam 1 cm.  Jarakkan antara benih kira-kira 10 cm.  Apabila anak pokok semakin membesar dan menjadi terlalu rapat, tuai pokok yang lemah untuk jarangkan.  Pokok yang dituai awal boleh juga dimasak seperti sawi.

Jika selepas satu ketika pertumbuhan semakin perlahan, anda boleh alih anak pokok.  Jika pertumbuhan galak, tidak perlu alih.

Dari pengalaman kami, pokok lobak putih jarang diserang penyakit.  Bagaimanapun, kekauh kutu sering menyerang menyebabkan daun berlubang halus.  Kebiasaannya ini tidak menjadi masalah.  Jika merasakan ini suatu masalah, letak bekas misalnya tupperware yang diisi air dan sedikit sabun pencuci.  Kekabuh kutu akan terjatuh ke dalam bekas dan lemas.

Puteri tengan tuaian lobak putih yang ditanamsendiri.
Tuai apabila diameter lobak mencecah saiz bola ping pong.  Jangan tunggu terlalu lama kerana lobak putih yang tua rasanya pedas.  Daun lobak putih juga boleh dimakan.



Lobak putih enak dimakan sebagai sayur dengan digoreng dengan bawang putih, atau dibuat sayur air dan sup.  Daun serta hirisan lobak enak juga dijeruk di dalam cuka.  Anda juga boleh jeruk lobak putih menggunakan garam, iaitu seperti menapai kimci.

Kami ada jual benih lobak putih melalu set yang dinamakan Set Lobak.  Di dalam set ini ada 4 jenis lobak putih iaitu lobak kampung, lobak queen, lobak king, dan lobak rosy ()warna merah jambu. Set ini juga megandungi 3 pek benih lobak merah.  15 pek semuanya dijjual dengan harga RM30.  Poslaju percuma.

SMS/WhatsApp 0183601610 untuk buat pesanan.



6 ulasan:

  1. tak tau pun lobak putih ada mcm2 jenis...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika pergi ke pasar, cuba perhatikan daunnya. Ada yang daun seperti sawi, ada daun berpelepah. Lobak, ada yang putij, ada yang merah jambu, ada yang merah ungu, ada yang hijau muda, ada yang putih bagahian atasnya hijau muda. Bentuk juga berbeza, biasanya panjang berbentuk hati, tapi ada juga yang bulat. Walaupun pedas, tahap kepedasannya juga berbeza.

      Padam
  2. Encik Is, boleh tak cuba dapatkan benih water chestnut (sengkuang cina)? Susah la nak dapatkan benih tersebut. T.kasih...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok encik is. Tapi saya reserved booking dulu yea. Pleaseeee......Terima kasih :)

      Padam
    2. InsyaAllah bila dapat saya akan simpankan.

      Padam