Salam En. Iskandar,
Saya ada mengikuti group berkebun. Sifu di dalam grup tersebut ada sarankan supaya gunakan pencuci ammonia yang dicairkan sebagai baja semburan. Apa pula pendapat En. Iskandar?
-----------------------
Waalaikum salam,
Alamak? Ok, ni kira saya diminta mengulas saranan Sifu ker?
Bahaya ni. Ok, macamni, saya akan jawab soalan ni, dan perlu diingatkan bahawa saya bukannya sifu. Saya hanyalah seorang yang minat berkebun di rumah dan masih ditahap siput (bukan sifu), meluncur perlahan-lahan mengikut rentak pertumbuhan tanaman. Berkebun pun setakat kat rumah aja.
Jawapan yang saya berikan biasanya bersandarkan pengamatan saya menggunakan pengetahuan di dalam bidang sains hayat, ilmu kimia serta beberapa disiplin yang lain.
------------------------
Ini andaian saya -- Begini, mungkin Sifu anda meyarankan begitu dengan bertanggapan bahawa bahan pencuci ammonia mengandungi ion ammonium, iaitu ion yang terdiri daripada sebatian nitrogen. Jadi, dengan membancuh atau mencairkan larutan ammonia, gas ammonia akan bergabung dengan air membentuk larutan ammonium akueus yang mengandungi sebatian nitrogen yang sedia diserap oleh tumbuhan. Oleh kerana sebatian nitrogen diperlukan oleh tumbuhan dengan kuantiti yang banyak, tumbuhan akan tumbuh dengan subur dan pertumbuhannya juga menjadi galak dan perubahan ini amat ketara.
Betul lah tu. Jika sifu anda telah praktikkannya dan berjaya, minta jenama pencuci tersebut, serta rumusan yang dgunakan, iaitu satu bahagian pencuci ammonia berapa bahagian air, kerana anda perlu ikut sukatan dengan tepat sebagaimana yang disarankan.
Jika larutan terlalu pekat, pokok akan cedera dan mungkin akan mati.
--------------------------
Ini pula penjelasan saya daripada sudut ilmu kimia (dalam bentuk yang amat ringkas) -- Pencuci ammonia biasanya dihasilkan dengan melarutkan gas ammonia di dalam air suling. Apabila terlarut di dalam air, larutan ammonium hidroksida dihasilkan. Larutan ini yang juga dikenali sebagai larutan akueus ammonia bukan sahaja mengandungi ion ammonium (yang terdiri daripada sebatian nitrogen yang boleh diserap oleh tanaman), ia juga mengandungi ion hidroksida, iaitu bahan beralkali. Kedua-dua jenis ion ini akan bergerak dengan bebas di dalam larutan
Apabila ion ammonium diserap oleh tumbuhan, yang tinggal di dalam larutan pencuci ammonia ialah ion hidroksida dan kepekatannya bertambah. Perubahan ini akan meningkatkan pH larutan dan ini akan menyebabkan lebih banyak ammonia bertindak dengan air. Larutan ammonium walaupun menjadi baja, apabila terlalu pekat amat beracun kepada tumbuhan. Pada kepekatan serendah 3.5 bahagian dalam sejuta (ppm), larutan ammonium mampu membunuh tumbuhan tersebut.
Jadi, saya tak kata sifu anda salah, cuma pastikan anda ikut saranan yang sifu anda berikan sepenuhnya.
-------------------------
Soalan peribadi saya -- Mengapa nak gunakan cecair pencuci ammonia kalau baja yang dijual dah ada nitrogen di dalamnya, dan harganya lebih murah daripada cecair pencuci ammonia, dan sukatan yang disyorkan adalah lebih jelas?
-------------------------
Harapan saya pula --
Belilah cecair pekatan teh kompos yang kami sediakan. Ia seamat digunakan dan ia organik. Anda cuma perlu bancuh mengikut sukatan yang kami syorkan. InsyaAllah pokok akan tumbuh dengan subur, pertumbuhan lebih galak, dan sayur atau buah-buahan rasanya lebih enak.
Cecair pekatan teh kompos, hanya RM10 satu botol.
SMS/WhatsApp/Telegram 0175009364 untuk buat pesanan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan