![]() |
Pablano dan centil. |
Kontras benar dua cili ni, satu hijau; yang satu lagi merah.
Satu besar, seperti raksasa; satu lagi kenit.
Satu tak pedas; satu lagi pedas melampau.
Dalam aktiviti berkebun memang ada pelbagai.
Ada orang dirahmati dengan tanah berekar; ada orang rumah pun sempit, berkebun pun mencelah mencari ruang yang ada. Tak perlu rasa terpinggir. Semua orang berhak berkebun, walaupun di rumah. Semua orang berhak menikmati makanan hasil tanamsendiri. Setiap orang berhak memakan makanan yang elok elok. Mengapa diabaikan hak itu.
Tanamsendiri untuk makanan yang segar dan berkhasiat, itu terbaik untuk keluarga. Kita tak perlu ruang yang besar. Jika ruang besar tak terjaga pula nanti. Kan kita semua ada tanggungjawab lain. Kita semuanya sibuk dengan kerja yang hakiki. Itu kan penting. Tuntutan hidup ini kini amat berat.
Itu betul, kita semua faham kekangan masa. Kekangan ruang. Sebenarnya kita tak perlu ruang yang besar untuk tanamsendiri di rumah. Satu meter persegi pun dah cukup untuk bekalkan 9 jenis sayur dalam satu masa. Dalam masa 4 bulan 18 jenis sayur. Ruang yang kecil juga tidak perlukan masa yang banyak.
Tak percaya? Tak perlu percaya. Saya hanya cuba membuka mata aja.
Biar saya congak. Satu meter persegi ada hampir 9 kaki persegi. Setiap kaki persegi tanam satu jenis sayur. 9 kaki persegi dapat 9 jenis sayur.
Tanam yang mudah dulu.
Kangkung? Mudah
Sawi renek? Juga mudah
Kailan
Lobak putih
Lobak merah
Kacang panjang
Remayung
Bayam
Ulam raja
Dah. Dah cukup 9 jenis sayur. Semuanya mudah.
Lepas tu tanam
Cili
Terung
Tomato
Jagung
Salad
Salad cina
Kacang tanah
Pegaga
Collard
Ya betul tu. Dalam 4 bulan keluarga dapat nikmati 18 jenis sayur tanamsendiri daripada ruang hanya satu meter persegi.
Nak gandakan lagi, boleh, buat dua tingkat. Kita boleh hidup bertingkat, tak kan sayuran tak boleh.
Ker guane?
setuju... sbb wawalupun duk kt apatment ngn ruangan balkoni kecik dpt jgk bercck tanam n merasa hasilnyer
BalasPadambetul tu en. is, sebagai ikhtiar utk kurangkan kos hidup yg sgt mencabar ini tanam secara kecil2lan mmg boleh mengurangkan kos sekurang2nya utk mkn sendiri sekeluarga. kalau salad, limau purut, tomato, cili pun boleh tanam dlm pasu di balkoni apartment..penjagaan rumput xperlu, makhluk perosak pun kurang.
BalasPadam