Halaman

Cari Blog Ini

Jumaat, 17 April 2015

Serbuk Kopi Terpakai Sebagai Baja

Serbuk kopi yang diambil secara percuma daripada rangkaian kedai kopi popular di negara kita.
Pernah dulu saya buat posting tentang penggunaan serbuk kopi terpakai sebagai baja organik. Alhamdulillah, ramai yang telah mendapat manfaat daripada penggunaan serbuk kopi terpakai sebagai baja.  Setelah menggunakan bahan tersebut untuk sekian lama, elok juga saya updatekan tentang bahan tersebut melalui posting ini.

Serbuk kopi terpakai adalah bahan kompos yang sedia ada dan mudah diperolehi.  Jika anda bancuh kopi sendiri,  sudah pasti ada sis serbuk kopi terpakai.  Kedai kopi ada memberikan sisa serbuk kopi terpakai secara percuma.  Anda hanya perlu bertanya dan beritahu tujuan meminta serbuk kopi terpakai.  Biasanya pemilik kedai kopi gembira memberikannya secara percuma kerana anda telah selesaikan masalah untuk membuang sisa tersebut.

Saya sendiri hanya tabur serbuk kopi ke dalam petak sayur selepas membancuh kopi.  Amalan ini ada kelemahannya, tetapi jika kuantiti sedikit tiada masalah.  Untuk lebih afdal lagi, elok dikomposkan dulu.

Ada yang bertanya, banyak mana nak tabur sebuk kopi?

Jika ingin sukatan yang tetap, sukar nak diberitahu kerana kandungan serbuk kopi ada belbagai bergantung kepada sumber kopi serta cara serbuk kopi dibancuh.  Jika tanaya saya, gunakan dengan menabur secara berpada-pada.

Serbuk kopi adalah bahan organik, jadi secara perlahan-lahan ia akan diuraikan oleh bakteria, kulat serta hidupan yang lain.  Apabila terurai, nutrien yang ada di dalamnya lebih mudah diserap oleh tanaman.  Sebab itu, jika ada banyak serbuk kopi, saya cadangkan komposkan terlebih dahulu.

Daripada bahan rujukan, kandungan kopi secara kasarnya mengandungi nisbah unsur sebagaimana berikut; 2% sebatian nitrogen, 0.3 fosforus, 0.3% kalium dan sedikit unsur mikronutrien.  Mikronutrien adalah unsur yang diperlukan oleh tumbuhan di dalam kuantiti yang sedikit.

Tidak dinafikan, jika digunakan dengan cara yang betul, serbuk kopi menghasilkan tanaman yang lebih elok berbanding dengan penggunaan baja umum.  Bagaimanapun, lain tanaman menunjukkan kesan yang berlainan.

Ada tumbuhan yang menjadi semakin subur jika ditabur serbuk kopi terpakai.  Ada tumbuhan yang tidak menunjukkan kesan yang ketara.  Ada pula tumbuhan yang terbantut selepas ditabur serbuk kopi.  Sawi dan salad menunjukkan perubahan yang postif.  Alfalfa pula tidak menunjukkan perubahan yang ketara.  Tomato pula terbantut apabila ditabur serbuk kopi terpakai.

Ini mungkin kerana serbuk kopi mengandungi bahan yang mampu membantutkan pertumbuhan sesetenagh tanaman.

Serbuk kopi yang fresh, apabila ditabur ke tanah akan menyebabkan bakteria membiak dengan cepat.  Perbahan ini menyebabkan lebih nutrien diserap untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan oleh bakteria.  Jika nutrien di dalam serbuk kopi terpakai tidak mencukupi, bakteria akan mula menyerap nutrien dalam tanah menyebabkan tanah ketandusan nutrien.

Oleh itu, boleh gunakan serbuk kopi dan ia benar-benar memanfaatkan tanaman.  Bagaimana pun, gunakan secara berpada-pada untuk mengelakkan kesan yang negatif terhadap pertumbuhan tanaman.  

4 ulasan:

  1. Sy mmg guna hampas kopi & teh terpkai yg dirumah.sy campakkn aje kt tanman. :-) tp tk pula perhati kesan baik buruk ke ats tnman sy. Yg sy pasti ia pnya manfaat kpd tmman. Nk cuba jugak mntk hampas kopi kt kdai2 restoran2. :-)

    BalasPadam
  2. nak cakap apa ye kalau nak mintak hampas kopi ni kat strabucks?hampas kopi atau ada nama yg biasa diorang pakai?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasanya mereka bungkus dan letak tepi kaunter.
      Sebut aja serbuk kopi terpakai untuk buat baja.

      Padam
  3. Coffee Bean & Tea Leaf, diorg letak depan kaunter. Ambil saje

    BalasPadam