![]() |
Tumbuhan di sekeliling kita mempunyai maklumat tentangtanaman apa yang sesuai ditanam di tempat itu. |
Ini kerana, walaupun ditanam pada masa yang sama di kawasan yang sama, persekitaran setiap pohon adalah berbeza. Pohon yang di sebelah timur menerima cahaya pagi paling cepat dan paling lama, manakala pohon yang paling barat menerima cahaya petang paling lama. Ketika pohon sedang membesar, pohon yang pertama disiram mendapat air paling awal dan paling banyak kerana jumlah air yang ada masih banyak. Pohon yang disiram paling akhir menerima air paling lewat dan paling sedkit kerana jumlah air siraman telah hampir habis.
Keadaan tana juga berbeza walaupun masih berdekatan. Semua ini mempengaruhi pertumbhan tanaman.
Pertumbuhan juga ada kaitan dengan keserasian. Misalnya jika tanam pokok kaktus, jika mendapat air yang banyak, kemungkinan pertumbuhannya terganggu. Jika menerima jumlah air yang sedikit, pokok kakyus mungkin lebih subur berbanding pokok daripada jenis yang lain. Pokok keladi pula mungkin lebih subur apabila menerima air siraman yang banyak dan akan terbantut jika kawasan ia ditanam kering kontang.
Kita juga boleh belajar dengan memerhati rumpai yang tumbuh. Jika kawasan dipenuhi pokok jerangau, kemungkinan besar kawasan tersebut mempunyai air yang bertakung. Mungkin kawasan begini elok jika kita tanam kangkung, kesom dan kadok.Jika kawasan tersebut dipenuhi lalang, kemungkinan kawasan tersebut eok salirannya dan jika kurang hujan, kawasan tersebut menjadi kering. Mungkin sesuai jika kita tanam bendi, buah naga, jagung.
Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ni, kebanyakan dari kita menaruh harapan yang tinggi. Untuk memenuhi harapan tersebut, mungkin kita akan mencuba pelbagai kaedah. Kita mungkin menabur lebih banyak baja, menyiram air dengan lebih kerap, bercakap dengan tanaman, dan yang taksup, mungkin memasang lampu supaya tanaman dapat terus berkerja membuat makanan walaupun sepatutnya sudah sampai waktu untuk pokok berehat di waktu malam.
Kadang-kadang tanaman seolah-olah faham tentang harapan kita, dan tanaman tersebut akan bekerja “lebih” untuk puaskan keinginan tuannya. Jika tahan, akan hasilkan tuaian yang lebat dengan saiz yang besar. Mungkin juga ada pokok yang mati kerana tidak mampu berterusan bekerja keras cuba menghasilkan yang baik untuk tuannya.
Jadi, seeloknya cuba fahami tabiat tanaman dengan memerhati sekeliling dan cuba usahakan yang terbaik. Terbaik tidak semestinya tuaian yang terbesar, terlebat, atau tiada cela sebagaimana yang lazimnya diharapkan. Cuba fahami keperluan sebenar tanaman untuk mendapat tuaian yang paling enak dan bermutu tinggi. Ambil masa untuk memerhati sekeliling. Perhatikan arah pergerakan matahari, pembentukan bayang bayang, taburan hujan, struktur tanah dan lain-lain yang mampu dimanfaatkan oleh tanaman.
Sambil itu jangan lupa, untuk hasilkan tanaman yang terbaik, mulakan dengan benih yang bermutu tinggi.
–-------------------------
Bahagian 3 daripada 10
Benih terbaru, benih kemunting, 1 pek 10 benih hanya RM2. Tembikai gergasi, 1 pek 5 benih, RM10, cili gergasi 1 pek 10 benih, RM10.
Untuk pesanan, sms/whatsapp/telegram/viber/wechat 0175009364 atau emel [email protected] atau comment dalam posting ini.
tq utk share yg sgt berguna nih... sya nk suh ada baca ntry nih sbb dia suke menanam pokok2 bunga pokok2 syr kt kampung... sgt sesuai utk kita tahu ttg persekitaran rupanya...
BalasPadamBertanam mbuat kita sentiasa belajar, memerhati, mengkaji....melatih utk bersabar, bersyukur & tdk trs putus asa jika tnm tk mnjadi..Cuba cuba & trs cuba..:-)
BalasPadamkalau kawasan tu meriah dgn rumput kerbau, sesuai tanam apa ye?
BalasPadamSaya tidak pasti kerana tidak kenal rumput kerbau.
PadamSaya tidak pasti kerana tidak kenal rumput kerbau.
Padam