TanamSendiri.com adalah blog tentang berkebun di rumah. Selain daripada maklumat, anda juga boleh dapatkan benih serta perkakas berkebun di rumah. Hubungi kami melalui emel [email protected]
Jumaat, 10 April 2015
Perkara Asas Tentang Berkebun Di Rumah (Bahagian 5 daripada 10)
Bila menanam, biasanya kita guna tanah. Tumbuhan tumbuh di atas tanah, ataupun medium. Tanah adalah bahan yang telah sedia ada di dalam laman di sekeliling runah kita. Tanag berpasir, tanah liat, tanah lom.... semuanya tanah. Medium pula adalah bahan yang biasanya kita gunakan di dalam bekas atau pasu. Ia mungkin mengandung tanah serta bahan-bahan yang lain, misalnya sabut kelapa, kompos, hampas kopi dan sekam padi.
Di dalam proses menanam, tanah membantu dengan menyokong tumbuhan. Jika tanah tidak kukuh, tumbuhan mungkin mudah tumbang. Tanah juga menyimpan udara, air dan nutrien (baja). Tanah mempunyai ciri yang tertentu yang dimanfaatkan oleh tumbuhan. Ini biasanya berkat dengan struktur tanah, keupayaannya menyimpan udara, air dan nutrien.
Misalnya tanah pasir tidak mampu menyimpan air yang banyak kerana unsur pasir agak kasar. Jadi air bebas mengalir menerusi tanah pasir. Kesannya, tanah pasir juga lazimnya kurang bernutrien kerana nutrien yang ada akan terlarut dan hilang bersama air. Walaupun begitu, tanah berpasir mengandungi jumlah udara yang banyak. Udara juga diperlukan oleh tumbuhan.
Kita mudah kenal tanah berpasir kerana unsur pasir yang besar. Bila disentuh dengan tangan, pasir rasanya kesat. Jika digumpal, tanah pasir akan pecah. Ia tidak menggumpal. Jika dituang air, air akan cepat meresap dan hilang. Jadi, tanah berpasir cepat kering.
Kebiasaannya, tanah juga mengandungi bahan organik. Bahan organik adalah bahan yang berasal daripada tumbuhan atau haiwan yang telah mati dan mereput. Bagan organik elok kerana ia mempunyai ciri tanah iat dan tanah berpasir. Keupayaannya untuk menyimpan air dan nutrien adalah ciri tanah liat. Keupayaan bahan organik untuk menyimpan udara dan mengalirkan air adalah ciri tanah berpasir.
–-------------------------
Bahagian 5 daripada 10
Benih basil, atau juga dikenali sebagai selasih, boleh didapati daripada blog/laman ini. Lima pek harganya RM10. Setiap pek ada 10 benih. Untuk pesanan, sms/whatsapp/telegram/viber/wechat 0175009364 atau emel [email protected] atau comment dalam posting ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
terimakasih . info yang berguna nii..
BalasPadamSama sama.
Padaminfo yang bermanfaat. terima kasih banyak
BalasPadamSama sama.
PadamApa nama pokok berdaun kecil-kecil tu tuan Iskandar? adakah itu sejenis herba?
BalasPadamPokok thyme, sejenis herba.
PadamWah!!Thyme ke tu.Sy blom ade koleksi Thyme dlm petak herba.Terkini Marjoram yg br b'usia 2mggu.En.Is jual [email protected]@ank pokok?
BalasPadam